Wednesday, July 27, 2016

Kambing hitam terbaru akan dikorbankan

(Peringatan: Ini bukan rencana politik)

Saya fikir Naib Ketua Pemuda UMNO Khairul Azwan Harun  tidak mempunyai keberanian untuk bertindak sebelum mendapat isyarat daripada Presiden UMNO yang juga Perdana Menteri, Najib Razak.  Saya  sama sekali tidak fikir sikap pemimpin bawahan UMNO berani melangkau ketua.  Mereka sanggup mempertahankan ketua tetapi tidak sanggup mempertahankan kebenaran.

Semalam Khairul dengan diiringi beberapa juaknya telah membuat laporan polis terhadap tiga  bekas pegawai tinggi kerajaan kononnya berkomplot dengan pihak luar untuk menggulingkan Najib.  Mereka yang dituduh oleh Khairul ialah bekas Peguam Negara Abdul Gani Patail,  bekas Gabenor Bank Negara Zeti Aziz dan Ketua Persuruhjaya SPRM  Abu Kassim Mohamad.

Khairul bukan sahaja mendapat isyarat daripada Ketua Pemuda Khairy Jamaluddin tetapi yang lebih signifikan ialah isyarat daripada Najib. Ini kerana mereka bertiga menganggotai pasukan yang menyiasat 1MDB tetapi kemudianya dibubarkan.  Ketua Polis Negara Khalid Abu Bakar yang kelihatan "mesra"  arus perdana tidak termasuk dalam senarai laporan polis.

Tentu kita masih ingat budak yang sama juga yang mendesak kerajaan menarik balik kemudahan yang dinikmati Tun Dr. Mahathir di Yayasan Perdana kerana kerana mengkritik Najib.  Tidak lama selepas itu  "Majlis Tertinggi"  mengambil ketetapan menutup Yayasan Perdana.  Siapa yang menguasai keputusan Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB)  kalau bukan Amerika.  Siapa yang menguasai keputusan MT kalau bukan Presiden.  Maaflah saya tidak fikir MT berani menyanggah arahan Najib.

Perkara ini (laporan polis) adalah suatu yang terancang. Buktinya sebaik sahaja Pemuda UMNO membuat laporan polis  cybertrooper pro Najib dengan cepat memuat naik komen-komen yang menyokong  tindakan itu dan mencaci ketiga-tiga pegawai tinggi berkenaan.

Ini pasti akan disusul kemudian dengan reaksi daripada pemimpin-pemimpin  UMNO  yang menyeru supaya pihak berkuasa membuat siasatan ke atas ketiga-tiga  tokoh ini.  Tidak cukup pemimpin tinggi UMNO  komen juga akan datang daripada "entah siapa-siapa" asalkan menyokong tindakan Pemuda UMNO.

Ironinya, ketiga-tiga pegawai tinggi yang dituduh oleh Pemuda UMNO sebagai dalang mengguling Najib sudah terbukti individu yang berintegriti tinggi.  Tetapi ketiga-tiga jabatan yang mereka terajui telah dikacau oleh tangan-tangan ghaib;  pertukaran aneh Peguam Negara,  pemindahan paling tidak masuk akal dua pengarah SPRM yang menyiasat 1MDB  dan serangan kepada Zeti.

Saya juga mempunyai  kebimbangan bahawa ketiga-tiga mangsa politik kotor ini dikenakan tindakan di bawah undang-undang yang menafikan peluang mengemukakan bukti. Saya selari dengan  kebimbangan peguam Syahredzan Johan sekiranya mereka bertiga  akan ditahan di bawah Akta Kesalahan Keselamatan (Langkah-Langkah Khas) 2012 (Sosma), yang membolehkan penahanan awal sehingga 28 hari tanpa bicara.  Kita jangan lupa bahawa tuduhan ini adalah berat.

Pada Rabu  lalu Najib telah menjadi tumpuan dunia apabila Jabaran Kehakiman Amerika (DOJ)  mengambil tindakan menyita aset dua rakyat Malaysia,  Riza Aziz (anak tiri Najib) dan Jho Lo  seorang Cina dari Malaysia serta dua individu yang bernilai lebih AS1 bilion.  Mereka dituduh mengambil wang daripada 1MDB,  syarikat pelaburan negara yang terlibat dalam skandal kewangan.

Pada umumnya pendirian  UMNO ialah menafikan keempat-empat tertuduh melarikan wang milik 1MDB.  Ini dapat dilihat pada reaksi pemimpin-pemimpin tinggi UMNO yang cuba menyalahkan DOJ  dan yang paling kelakar berhujah mempertikaikan  kewibawaan Peguam Negara Amerika Loretta Lynch.  Kemudian mereka mengalih tumpuan kononnya Amerika mencampuri hal ehwal negara ini.  Mereka tidak terangkan kepada rakyat bahawa Amerika hanya mengambil tindakan perbuatan yang diakukan di Amerika bukan di Malaysia.

Pemimpin-pemimpin tinggi  UMNO juga tidak menerangkan kepada rakyat tindakan mereka melindungi  Riza Aziz dan Jho Lo,  seolah-olah dari awal lagi kedua-dua ini dianiaya oleh Amerika.  Amerika bukanlah baik tetapi dalam isu ini  UMNO sepatutnya berterima kasih kepada Amerika kerana berusaha memulangkan wang yang dicuri.

Kepada rakan-rakan yang memperjuangkan kebenaran,  saudara-saudara perlu menerangkan kepada rakyat bahawa ketiga-tiga tokoh yang dituduh mempunyai rekod integriti yang tidak boleh dinafikan lagi.  Mereka adalah kambing hitam terbaru dalam episod drama 1MDB.  Adakah kita rela melihat mereka yang menjunjung integriti  ini teraniaya?   Adakah kita lebih bersimpati kepada Riza Aziz dan Jho Lo berbanding  Gani Patail,  Abu Kassim dan Zeti Aziz?





6 comments:

  1. Satuuuuuuu......Malaysia!
    Satuuuuuuu......Malaysia!
    Satuuuuuuu......OFFICIAL!!! Err.....

    ReplyDelete
    Replies
    1. Satuuu... dunia dah tau kecuali "org biul"

      Delete
  2. Setuju budak itu kurang cerdik (boleh baca bengap). Dah sangat lama tidak boleh bergantung harap kepada pemuda umno.

    ReplyDelete
  3. Jangan lupa juga bagi mereka yang terlebih dahulu teraniaya seperti, TS Muhyiddin, DS Shafie, DS Mukhriz, Tun Mahathir, DS Khairudiin, Saudari Ainina dan Ketua-ketua cawangan Umno yang dilucut jawatan dan sebagainya.

    ReplyDelete
  4. NajIBLIS kahwin BOROSmah

    Memang Syaitan

    ReplyDelete
  5. ...tahniah kepada Khairul Azwan kerana mempunyai idea di luar kotak...menentang dalam kesamaran...kalaulah pihak polis menerima laporan tersebut dan menyiasatnya...maka akan terburailah satu persatu dari mulut pegawai-pegawai tinggi tersebut...mungkin itulah yg Khairul inginkan...wallahualam

    ReplyDelete