Wednesday, February 24, 2016

Kewartawanan bertanggungjawab itu bagaimana?

Menteri Komunikasi dan Multimedia, Salleh Keruak  menyelar  akhbar  The Wall Street Journal (WSJ)  mengamalkan "kewartawanan yang tidak bertanggungjawab"  kerana terus membuat pendedahan  tentang skandal yang sudah dibersihkan oleh Peguam Negara, Apandi Ali. Kalau  WSJ  mengamalkan kewartawanan yang tidak bertanggungjawab,  Salleh kenalah memberi contoh  macammana pula kewartawanan "yang bertanggungjawab".

Adakah Salleh mahu mengatakan bahawa "kewartawanan bertanggungjawab" itu seperti yang diamalkan oleh RTM dan TV3 sekarang ini?  Adakah definisi "bertanggungjawab"  bagi Salleh adalah yang secara melulu melindungi Perdana Menteri dan melulu setuju dengan Peguam Negara menggugurkan kes derma RM2.6 bilion?

Selepas lebih 30 tahun menjadi wartawan,  Salleh kenalah membimbing saya untuk menjadi "wartawan yang bertanggungjawab"  dengan memberikan contoh laporan untuk saya jadikan panduan.  Saya percaya Salleh mempunyai banyak pengetahuan tentang  kewartawanan, kalau tidak atas asas apa Perdana Menteri melantik  Salleh mengawal selia hal ehwal komunikasi.

2 comments:

  1. Tidak cukup pedas tuh....! Menteri tak menteri, Perdana Menteri sekali pun salah tetap salah kasi pedas waktu bidas.

    ReplyDelete
  2. Salleh!! oooh Salleh!!....ko macam burung keruak berbunyi dari sebalik semak je....

    Burung keruak yang dah kenyang makan dedak...entah apa yang ko cakap...cuba lihat diri dalam cermin...dan istifar banyak-banyak...Moga ko dapat hidayah dan ditunjukkan jalan yang benar...

    ReplyDelete