Monday, February 29, 2016

Keluar UMNO: Langkah bijak Dr. Mahathir

Tindakan bekas Perdana Menteri Tun Dr. Mahathir Mohamad keluar dari parti UMNO telah memberikan tamparan hebat kepada   Perdana Menteri Najib Razak dan kuncu-kuncunya.  Dr. Mahathir telah membuat satu tindakan penuh tanggungjawab untuk mengajar UMNO yang bersekongkol dengan perbuatan  Najib yang dicurigakan  berkaitan  integriti.  

UMNO  sepatutnya tidak melindungi Najib tetapi  barisan tertinggi daripada Naib Presiden (Zahid Hamidi)  dan semua Ahli Majlis Tertinggi menyokong tindakan Najib.  Cuma Timbalan Presiden (Muhyiddin Yassin) dan Naib Presiden (Shafie Apdal) yang bersuara menentang salah laku Najib.  

Disebabkan UMNO sudah tidak berjuang untuk orang Melayu tetapi hanya mempertahankan Najib  yang sarat dengan perbuatan yang mencurigakan integritinya,  eloklah orang Melayu mengikut jejak Dr. Mahathir meninggalkan UMNO.  Kalau terus bersama UMNO pun orang Melayu tidak terbela kerana UMNO hanya membela Najib.

Biarlah UMNO berbangga dan syok sendiri kononnya tiga juta ahli berada bersama-sama mereka.  Tetapi hakikatnya dalam pilihan raya UMNO memerlukan yang bukan ahli UMNO untuk menang. Kalau mengharapkan tiga juta ahli UMNO,  UMNO tidak boleh menang. Itupun kalau benar tiga juta setia dengan pembelotan UMNO kepada orang Melayu.

Kuncu-kuncu Najib berkata,  Dr. Mahathir keluar UMNO kerana Najib tidak memenuhi tuntutan untuk kepentingan peribadi Dr. Mahathir.  Apakah bezanya dengan  Najib yang memperalatkan UMNO  untuk melindungi masalah peribadi (intergriti dicurigai)  daripada tindakan undang-undang?  Yang menjadi  barah dalam UMNO bukan masalah UMNO tetapi UMNO sanggup menanggung biawak hidup (misalnya derma RM2.6 bilion) yang dimasukkan dalam akaun peribadi Najib.

Kuncu-kuncu yang boleh diisstilahkan sebagai pemakan dedak juga mengeluarkan beberapa kenyataan  yang menunjukkan tindakan Dr. Mahathir keluar UMNO tidak memberikan sebarang kesan kepada parti Melayu yang kini bertukar menjadi Parti Najib itu.  Tetapi pemakan dedak ini tidak sedar bahawa reaksi mereka terhadap tindakan Dr. Mahathir menunjukkan mereka sudah goyang.

Kalau ketua cawangan keluar UMNO kita boleh percaya ia tidak menjejaskan parti,  tetapi kalau banyak macam sekarang tunggu sahajalah pilihan raya umum.  Pemakan dedak tidak memberikan reaksi seperti  terhadap Dr. Mahathir.  Kalau benar tindakan Dr. Mahathir tidak menjadi kudis kepada UMNO yang kuat semasa Najib kenapa mereka memberikan reaksi?  Kalau benarlah pengaruh Dr. Mahathir sekarang setaraf ahli UMNO biasa,  tentulah tindakan pemakan dedak memberikan reaksi menunjukkan mereka tidak pandai menilai.

Orang Melayu perlu keluar UMNO untuk menjadikan parti itu kembali memperjuangkan integriti tanpa mengira kedudukan dalam parti.  Kalau UMNO terus berkongkol dan menjadi pejuang peribadi pemimpin yang bermasalah,  orang Melayu boleh mencari pilihan lain  sebagai wadah politik.  Jangan termakan dengan dakyah sesetengah pemimpin kanan UMNO kononnya hanya UMNO parti yang menyelamatkan orang Melayu.

Dengan dokongan  UMNO juga membuatkan Najib mempergunakan undang-undang untuk menyelamatkan diri daripada tindakan. Ini berbeza dengan Dr. Mahathir yang memberikan kebebasan kepada undang-undang pada zamannya hingga parti UMNO di mana beliau menjadi Presiden pun boleh diharamkan.  Sebaliknya Najib  mengarahkan Peguam Negara tidak mendakwa dia di mahkamah dalam skandal derma RM2.6 bilion seperti Dr. Mahathir berdepan dengan saman "kumpulan 11"  hingga UMNO diharamkan.  Siapa yang memperalatkan undang-undang untuk menyelamatkan diri?




2 comments:

  1. I share your sentiment but could not comprehend Pak Lah coming out in a lamed defence of Najib by saying the man could chart the country's future?

    But we know Pak Lah is just 'sour' despite knowing 7 years of Najib from his 40 years negate whatever 'achievements', if any prominent or grand achievement that Najib brought to the country since from a very naive and english educated 23 years old.....problem is, he went to school but did he learn anything from the English???

    I'll be back if anyone wants to know whether Najib did indeed learn anything from the English.

    Melayu Luar Negara-MLN

    ReplyDelete
  2. Saya sekeluarga (12 orang) juga telah membuat keputusan untuk keluar UMNO dan tidak akan mengundi parti tersebut dalam pilihan raya akan datang

    ReplyDelete