Sunday, February 28, 2016

Biar derhaka daripada setia melulu


Keyakinan  saya terhadap  krisis ketelusan   UMNO kini semakin memuncak apabila sesuatu keputusan besar mengenai parti  mendapat persetujuan "sebulat suara"  daripada kepimpina tertinggi.  Saya fikir hampir semua pemimpin UMNO khususnya yang menduduki kerusi Majlis Tertinggi tidak memahami implikasi  keputusan "sebulat suara"  yang mereka buat.

Saya ada juga membaca buku-buku tentang politik dan kepimpinan.  Daripada pembacaan itu sebahagian besarnya menekankan debat sebagai satu kaedah untuk mendapat keputusan yang terbaik.  Keputusan yang dibuat secara "sebulat suara"  memperlihatkan sesebuah organisasi itu bukan sahaja tidak demokratik malah  menghampiri ciri-ciri diktator.

Saya menyokong tradisi debat yang subur dalam politik  di Amerika Syarikat.  Melalui debat rakyat dapat melihat ketokohan atau  kemuflisan pemikiran seseorang pemimpin.  Tetapi di negara kita  debat diberikan  gambaran negatif, padahal  mereka sebenarnya yang takut berdebat.

Oleh yang demikian saya yakin sebahagian besar pemimpin UMNO  memilih  "sokong"  membuta tuli kepada pemimpin utama kerana menjaga kepentingan lain.  Sikap "membuta tuli" inilah yang   akhirnya terhasil  semua keputusan yang dibuat  adalah "sebulat suara."

Saya sangat hairan kerana sesetengah pemimpin UMNO  dengan bangga menjaja bahawa keputusan menggantung  Muhyiddin Yassin daripada jawatan Timbalan Presiden UMNO  dibuat secara "sebulat suara."   Maknanya tidak ada hujah  daripada ahli Majlis Tertinggi  selepas   Nazri Aziz mencadangkan Muhyiddin digantung atau dipecat daripada UMNO.

Organisasi apakah ini?   Khabarnya umur sudah dekat 70 tahun tetapi  mahu terus hidup  dengan dokongan  ahli-ahli  yang "setia melulu".   Malah berbangga dengan penerapan ciri-ciri  diktator  kerana semua keputusan dibuat secara "sebulat suara."

Jadi tidak hairanlah kalau esoknya di media  penuh dengan kenyataan pemimpin-pemimpin UMNO  memuji tindakan menggantung  Muhyiddin.  Saya yang  tidak arif berpolitik ini  tertanya-tanya  apakah mereka ini dipilih oleh rakyat hanya untuk mengangguk seperti ayam yang menjadi pemakan dedak?

Percayalah UMNO  bukan sahaja tidak akan ke mana-mana malah akan pupus kalau  pemakan dedak terus diberi peluang bersarang dalam parti ini.  Sekarang ini siapa lagi yang hendak percaya bahawa  hanya UMNO yang menjadi dahan untuk orang Melayu kalau di dalamnya penuh dengan pemakan dedak?

Saya fikir UMNO kena kembali kepada teras iaitu memperjuangkan kebenaran.  Jangan  memperjuangkan  setia membuta tuli kepada parti sedangkan ada sesetengah keputusan yang dibuat melanggar prinsip kebenaran.  Dalam konteks ini saya sangat setuju dengan Muhyiddin  di mana tindakannya dilihat tidak setia kepada parti (sebenarnya kepada Perdana Menteri sahaja)  tetapi memperjuangkan kebenaran.

Saya tidak kata yang dibangkitkan oleh Muhyiddin itu suatu yang benar. Tetapi kalau yang dikatakan Muhyiddin tidak benar, apa yang benarnya?  Pemimpin UMNO pemakan dedak tidak berupaya membuktikan Muhyiddin tidak benar.  Saya akan setuju dengan pemakan dedak kalau berjaya membuktikan  kenyataan Muhyiddin tidak benar.

Saya tidak menyertai pihak lain  yang terus menyorong UMNO  tenggelam ke dalam longkang di sebalik tulisan-tulisan mereka yang meminta semua orang setia kepada kepimpinan UMNO.  Bagi saya ini bukan hendak menyelamat UMNO tetapi melongkangkan UMNO.  Bagi saya lebih baik menjadi pembelot atau penderhaka  daripada menjadi penyokong  setia tetapi  dungu  yang membawa  UMNO ke lembah kehancuran.


7 comments:

  1. Bro

    Ko tau tak dedak yang diberi oleh Najib semuanya "Dedak Kangkang" sama spesis dengan nasi kangkang....so jangan hairan...hanya yang bersih sahaja yng terlepas dari bahana "Dedak Kangkang" ini..

    ReplyDelete
  2. Yg dibawah dah panas, tunggu meletop je tapi yg diatas macam dah tahu je masa mereka dah hampir sebab tu mereka buat sesuka hati.

    ReplyDelete
  3. Yang mencabar sedikit daya intelek saya yg tidak seberapa ni ialah kenapa pemakan dedak ke gurka2 Najib ke tidak pernah cuba menjawab dengan bijaksana dan menyakinkan bahawa PM itu mmg bersih dan tiada salahnya. Asyik2 guna modal pemimpin harus disokong, parti akan hancur dan yg sekutu dengannya. Gunalah nombor, gunalah fakta, gunalah teori yang bijaksana. Kita jadi bodoh pulak bila tgk tv3, baca utusan, baca BH

    ReplyDelete
  4. Di klgn yg bukan ahli UMNO yg sebelum ini menyokong kerajaan semakin muak dgn najib dan konco konconya, Siapa pun yg terkait najib dibenci kebnykn rakyat.
    Nmpk mcm UMNO dah tak dpt diselamatkan. Mungkin dah tiba masanya penubuhan parti baru. Tun M dan teamnya mungkin boleh membantu sbg penasihat. Anggota gabungan BN juga boleh buat pilihan samada terus terpalit dgn skandal najib, atau bentuk gabungan baru dgn parti baru.

    ReplyDelete
  5. http://politikputramerdeka.blogspot.my/2016/02/wartawan-kanan-tak-mahu-jadi-dungu.html

    ReplyDelete