Wednesday, January 27, 2016

Terbukti RM2.6 bilion bukan duit UMNO


Dalam situasi sekarang, seharusnya UMNO tidak melibatkan diri dalam isu derma RM2.6 bilion yang dimasukkan ke dalam akaun peribadi. Anggaplah itu milik peribadi dan UMNO seharusnya tahu batas-batas peribadi. Lagi pun sejak awal lagi The Wall Street Journal hanya mengatakan dalam akaun peribadi. Tetapi pelbagai lapisan pemimpin dalam UMNO menafikan "tuduhan" itu dan dianggap "tidak masuk akal". Ironinya apabila SPRM mengesahkan, UMNO mengaku pula duit itu untuk parti.
x
Kalau UMNO mahu dilihat sebagai menjunjung integriti, berkerja kuatlah menjelaskan kepada rakyat bahawa derma itu bukan untuk UMNO. Jangan kelirukan rakyat antara derma dan dana politik. Sekarang sudah ada kecenderungan mengalih isu derma dalam akaun peribadi kepada istilah dana politik. Rakyat marhaen yang dunia mereka sebesar tempurung faham benar perbezaan antara kedua-duanya.
x
Ini kerana, dana politik disalurkan dalam akaun parti dan melalui proses pengauditan. Tetapi derma dalam akaun peribadi adalah hak peribadi penerima. Kata rakyat marhaen, UMNO janganlah pandai-pandai menganggap hak peribadi sebagai hak UMNO. Oleh yang demikian, UMNO perlu menegaskan bahawa derma RM2.6 bilion itu adalah hak peribadi. Jangan menganggap hak parti sedangkan pemimpin parti sendiri tidak tahu menahu tentang kewujudannya. Pelik bukan?
x
Saya petik jawapan Pengerusi Kelab Penyokong Barisan Nasional (BNBBC), Shahrir Samad terhadap soalan nombor empat anak Menteri Besar Johor, Akmal Saufi Mohamed Khaled seperti yang disiarkan Utusan Malaysia semalam. Saya harap Utusan Malaysia tidak "salah taip" atau "salah lapor".
x
Soal Akmal Saufi, jika duit itu adalah sumbangan kepada UMNO, adakah kepimpinan UMNO terutama Majlis Tertinggi mengetahui tentang derma itu?

Jawapan Shahrir: Selama saya dalam Majlis Tertinggi UMNO atau Jawatankuasa Perhubungan UMNO Negeri, soal derma tidak pernah dibangkit atau didedahkan kepada ahli-ahli Majlis Tertinggi dan perhubungan negeri.
x
Ini jelas menunjukkan derma itu bukan kepada UMNO. Maka penat lelah Pengarah Strategik dan Komunikasi Barisan Nasional (BN), Rahman Dahlan yang membina persepsi bahawa dana politik bukan suatu yang luar biasa sudah tidak relevan langsung. Kita bercakap tentang isu yang lain. Dalam laporan Astro Awani, Rahman berkata, dana politik yang diterima Perdana Menteri Najib Razak adalah satu perkara biasa yang sememangnya telah diamalkan pemimpin terdahulu lagi.
x
(Di atas adalah petikan kolum Anekdot Ahad 9 Ogos 2015 dan yang terakhir disiarkan)
x
x
Selepas tulisan itu disiarkan di Mingguan Malaysia pada hari berkenaan beberapa pemimpin UMNO telah meroyan dan memperlihatkan kuasa  mereka kepada saya.  Saya wartawan (bukan penulis pamplet) tetap dengan pendirian. Sebenarnya dalam tulisan itu saya hanya mengatakan duit RM2.6 bilion itu adalah hak peribadi Perdana Menteri, Najib bin Razak dan bukan duit UMNO.
x
Pemimpin-pemimpin UMNO berkenaan  menganggap saya tidak faham bahawa RM2.6 bilion itu adalah dana politik UMNO bukannya derma kepada Najib walaupun disalurkan melalui akaun peribadi  Najib. Mereka telah memutarbelitkan fakta kepada rakyat  untuk memperlihatkan Najib tidak dikaitkan dengan derma misteri itu.
x
Dalam tulisan itu saya tidak mengatakan salah laku Najib kerana saya bersangka baik dan menganggap Najib manusia paling beruntung di dunia kerana mendapat derma RM2.6 bilion.  Cuma saya mempertegaskan bahawa itu bukan duit UMNO dan UMNO tidak wajar melibatkan diri dengan mendakwa itu duit UMNO. Ini kerana perbuatan itu akan melingkupkan UMNO pada pilihan raya umum akan datang.
x
Hari  ini,  saya hendak tanya kepada pemakan dedak dalam kalangan pemimpin UMNO, apakah komen mereka apabila  Peguam Negara, Apandi Ali secara rasmi mengumumkan derma RM2.6 bilion itu diberikan kepada Najib dan tidak disebut pula dana politik seperti mana yang cuba diputarbelitkan oleh pemakan dedak dalam UMNO?
x
Maka  tidak hairanlah  Timbalan Perdana Menteri yang disingkirkan, Muhyiddin Yassin yang juga Timbalan Presiden UMNO tidak tahu kewujudan “dana politik” yang dikatakan oleh sesetengah pemimpin UMNO itu.  Kalau memang benar itu satu dana politik, sudah tentu Muhyiddin tahu,  Shahrir Samad tahu dan Shafie Apdal tahu.  Mereka hanya tahu tentang duit UMNO bukan duit Najib.
x
Saya hanya menekankan supaya pemimpin UMNO tidak mencemarkan parti itu  menyekutukan dengan perbuatan yang tidak amanah dan bukan milik parti berkenaan. Soal derma RM2.6 bilion itu  biarlah Najib  di atas kapasiti peribadi menguruskan persepsi rakyat,  tetapi bukan sebagai Presiden UMNO.
x
Biarlah Najib menjawab bagi pihak dirinya sendiri kepada rakyat selepas  Peguam Negara memutuskan perbuatan menerima derma RM2.6 bilion itu bukan satu kesalahan.  Walaupun dalam kalangan penjawat awam, mereka arif sangat tentang larangan  menerima derma, sumbangan atau hadiah waima sebungkus hamper kerana itu dianggap sebagai rasuah.
x
Saya harap UMNO tidak lagi memutarbelitkan fakta kepada rakyat bahawa RM2.6 bilion itu adalah dana politik.  Kata Peguam Negara, duit itu adalah sumbangan peribadi keluarga diraja Arab Saudi kepada Najib,  tidak disebut pun untuk kegunaan UMNO.



3 comments:

  1. Kalau wang itu bukan duit UMNO, maka Rahman Dahlan dan Ku Nan dah berbohonglah, sebab sebelum ini mereka berdua mencanangkan bahawa wang itu adalah derma untuk UMNO, malahan Ku Nan sendiri kata dia dan Datuk Ahmad Husni Bendahari Agung UMNO tahu pasal wang ini.

    Bila Lembaga Disiplin UMNO nak ambil tindakan terhadap Ku Nan dan Rahman Dahlan ni?

    Malahan jika wang itu adalah derma peribadi kepada Najib, mengapakah Najib tidak mengishtiharkan derma tersebut kepada kerajaan? Sebagai pegawai awam, sebab jawatan Perdana Menteri itu adalah jawatan pegawai awam, maka Najib perlu patuhi Peraturan Tatatertib Penjawat Awam 1993 yang mengkehendaki setiap penjawat awam yang menerima atau melupuskan apa-apa harta supaya mengishtiharkan akan pemilikan dan pelupusan harta berkenaan kepada kerajaan. Najib dapat harta berupa derma, tak ishtiharkan kepada kerajaan, lepas tu Najib lupuskan derma tu dengan memulangkan semula kepada keluarga diraja Arab Saudi wang berkenaan, itu pun Najib tak ishtiharkan, maka Najib dah langgar peraturan tatatertib yang ditetapkan oleh kerajaan.

    Lihat ini: http://docs.jpa.gov.my/docs/pp/1995/pp081995.pdf

    Maka apakah sebab Najib ni jawatannya Perdana Menteri maka dia boleh buat ikut suka hatinya sahaja?

    Mengapakah semua penjawat awam lain perlu ishtihar harta mereka pula?

    Sekarang ini daripada hanya isu kegiatan salah laku Najib dah merebak menjadi kes salah guna kuasa oleh Peguam Negara pula, sebabnya kes ini adalah sangat meragukan untuk ditolak, dan berdasarkan bukti yang diberikan oleh pihak SPRM, sepatutnya kes ini dibawa ke mahkamah untuk mendapatkan penjelasan lanjut.

    Kita bukanlah nak merampas jawatan Peguam Negara, tapi tindakan Peguam Negara ni pelik sangat.

    Kebenaran perlu ditegakkan.

    Sedarlah semua.

    Salam perjuangan A Ba Ta,

    Ikhlas daripada,

    Abu Bakar

    ReplyDelete
  2. Please do not underestimate the power of the people as 'sebesar tempurung'....but I do understand you're just insinuating the cradle of power ie. Kepala Lanun & UMNO are a bunch of 'lost-cause'. By that I meant UMNO & Najib are better 'dead' than kicking the bucket list!

    Apa masih menaruh harapan kepada UMNO?

    MLN - Bekas Ahli UMNO luar negara

    ReplyDelete
  3. Peguam Negara Malaysia bukan Apandi Ali tetapi ialah......

    PAK PANDIR BIN ALI.

    ReplyDelete