Saturday, January 30, 2016

Takziah kepada Uwei

Petang tadi saya mendapat khabar isteri Uwei Haji Saari, Usah  (warga Amerika)  telah ditemukan  meninggal dunia selepas hilang semasa berenang di laut di  Oakland, California.  Baru sebentar tadi pukul 10 malam saya dapat menghubungi Uwei di Kuala Lumpur dan mengucapkan takziah.

Kata Uwei, beliau telah meminta pihak  rakan-rakan dalam kalangan komuniti Islam di California menguruskan jenazah isterinya.  Sebelum ini Uwei sering berulang alik ke California  untuk melawat  isteri dan dua anaknya, Bantu Hassan dan Lebih.

Saya mengenali Usah semasa terlibat   sebagai penolong pengarah kepada Uwei dalam penerbitan drama swasta tahun 1987.  Ketika itu Uwei baru balik ke Malaysia selepas menetap 12 tahun di New York.  Usah seorang wanita Inggeris yang dapat menyesuaikan diri dengan persekitaran negara ini dan menjadi guru di sebuah sekolah antarabangsa.

Saya selalu menghabiskan masa bersama-sama Uwei di rumah mereka di Sri Hartamas hingga lewat malam untuk membedah skrip dan mencari pelakon. Ketika itu saya mengenali  Usah  kerana sering lepak di rumah Uwei selepas waktu pejabat. Semoga Allah cucuri rahmat ke atas rohnya.

1 comment:

  1. 1. DSN sepatutnya menggunakan saudara dan rakan-rakan yang mahir dalam membedah skrip dan mencari pelakon untuk drama 1MDB dan 2.6 billion. Tentu penonton akan tertarik dan menjadi drama termasyur dalam abad ini.

    2. Namun saya percaya saudara dan ramai lagi di luar sana tidak akan mencemar prinsip yang ada hanya untuk dedak-dedak dunia.

    ReplyDelete