Friday, January 29, 2016

RM300 ribu harga rumah pertama

Walaupun secara keseluruhan Pengubahsuaian Belanjawan 2016 tidak memperlihatkan "untuk rakyat"  tetapi saya memuji langkah Perdana Menteri yang juga Menteri Kewangan, Najib Razak menetapkan bahawa rumah berharga RM300,000 ke bawah untuk pembeli pertama sahaja.  Ini adalah satu langkah yang sangat baik untuk mengekang pihak tertentu membeli  banyak rumah baharu kemudian menjualkan dengan harga yang berlipat ganda.

Sekalipun saya tidak dapat menikmati peraturan yang digariskan dalam Pengubahsuaian Belanjawan 2016 ini tetapi saya tetap menyokong.  Saya bukanlah seperti sesetengah penulis pamplet yang menulis mengikut acuan,  misalnya banyak pandangan bernas yang curiga tindakan Peguam Negara membersihkan Najib dari skandal derma RM2.6 bilion.  Tetapi  penulis pamplet tidak menulis tentang itu kerana tidak berani terkeluar dari acuan.

Saya bukan penulis pamplet,  apa yang baik  perlulah ditulis  baiknya.  Apa yang dilihat, difikir dan berkongsi dengan pakar-pakar semuanya kata tidak baik,  saya tidak akan menulis kononnya baik.  Banyak pihak  yang bertaraf penulis pamplet  misalnya tidak akan mempersoalkan tindakan Peguam Negara membersihkan Najib dilihat  tidak masuk akal oleh pakar perundangan. Tetapi penulis pamplet tidak akan menulis tentang kecurigaan itu.

Berbalik pada rumah RM300,000 untuk pembeli pertama,  walaupun  sepatutnya telah lama dilaksanakan tetapi bukan terlambat untuk memastikan dalam kalangan generasi muda dapat memiliki rumah.  Kalau tidak ada peraturan ini, sudah tentu rumah  baharu berharga RM300,000 dengan sekelip mata sahaja habis dijual,  kemudian  sindiket  yang memborong rumah itu menaikkan harga ke tahap yang "gila".

Sindiket  memborong rumah ini kebanyakkannya dilakukan oleh taikun Cina untuk mendapat keuntungan tinggi dalam masa yang cepat.  Buktinya projek perumahan di atas tanah rezab Melayu akan mengalami jualan yang perlahan kerana orang Cina tidak boleh memiliki rumah berkenaan.  Tetapi bagi projek bukan di atas tanah rezab Melayu,  sebahagian besar pembeli  terpaksa membeli rumah secondhand  dengan harga yang tinggi.

Oleh kerana itu, tahniah kepada Najib dalam bab rumah pertama RM300,000 ke bawah.  Walaupun begitu Najib jangan leka,   sesetengah pemaju juga mempunyai  banyak muslihat untuk memastikan rumah dijual dengan cepat dan diborong oleh yang sebangsa dengan mereka.

Misalnya dengan peraturan rumah pertama harga RM300,000 ke bawah,  mereka  menaikkan harga rumah menjadi RM350,000 atau RM400,000. Sudah tentulah rumah ini tidak dikawal oleh kerajaan dan siapa sahaja boleh membelinya termasuk sindiket pemborong rumah.  Kerana itu Najib perlu selangkah ke depan untuk bertindak  mengawal ketat kenaikan harga rumah. Malah wajar mengenakan peraturan kuota kepada pemaju membina rumah RM300,000 ke bawah dan bukannya  semua berharga di atas RM300,000.

Biarlah kalau dikatakan cara komunis sekalipun asalkan bertujuan baik untuk rakyat.  Bukankah Najib selalu berkata, rakyat didahulukan?  Memanglah pemaju dan sindiket memborong rumah pun rakyat juga. Tetapi kenalah mengutamakan rakyat yang berpendapatan rendah supaya jurang sosial kaya miskin tidak terlalu jauh.








3 comments:

  1. Rumah RM200,000 sebenarnya tidak mampu dibeli oleh kebanyakan org melayu di bandar.Ansuran bulanan akan hampir RM2000. Gaji mereka yang baru grad RM 2000 - RM3000. Apatah lagi org kebanyakan, lagi la tak mampu. Saya masih ingat zaman PKNS buat rumah dulu tahun 80an...RM60k, utk berpendapatan rendah,RM100k...utk sederhana.

    ReplyDelete
  2. Kat Johor, S'gor, teres dua tingkat pun biasanya dah 300 000 +, teres setingkat pun kdg kdg jejak 300 000. So, 300 000 ke bawah tu cuma rumah bertingkat jer la. And mcm anon 641 kata, ansuran bulanannya, dah hampir 2000 sebulan.

    ReplyDelete
  3. 1. Masalah perumahan yang berlaku di negara ini tidak akan selesai dengan pengenalan dasar baru. Buat lah berapa banyak dasar pun tapi jika tiada penguatkuasaan dan pemantauan, ianya akan hanya tinggal coretan di atas kertas yang tidak memberi sebarang makna.

    2. Pemantauan dan penguatkuasaan adalah elemen penting dalam pelaksanaan dasar. Malangnya jati diri agensi penguatkuasaan di negara ini sangat lemah. Rasuah dan salah guna kuasa telah menjadi darah daging mereka. Sebut lah apa sahaja perlaksanaan dasar dan projek di negara ini, semuanya akan melibatkan rasuah dan akhirnya kos yang kecil akan meningkat. Yang menjadi mangsa ini “end user” yang bukan sahaja terpaksa menanggung kos pelaksanaan malah turut menampung kos rasuah tadi.

    3. Namun lebih malang apabila kerajaan membuat sesuatu dasar tanpa menjalankan kajian terperinci dan mendalam. Jika dilihat tindakan kerajaan sedia ada, kebanyakkan dasar yang dibuat lebih kepada dasar politik cari makan, hanya manis dibibir, gula-gula untuk mendapat sokongan masyarakat.

    ReplyDelete