Thursday, December 17, 2015

Inilah pemimpin berjiwa besar

Speaker Dewan Perwakilan Rakyat Republik Indonesia (DPR RI) Setya Novanto meletak jawatan setelah didapati terbabit dalam kes melanggar kod etika kerana meminta saham dari sebuah syarikat menggunakan nama Presiden Joko Widodo dan Naib Presiden Jusuf Kalla.
x
Peletakan jawatannya diterima oleh Mahkamah Kehormatan Dewan (MKD) malam tadi setelah Timbalan Ketua MKD Sufmi Dasco Ahmad membacakan surat pengunduran diri Novanto dalam satu mesyuarat tertutup.
x
Menerusi siaran langsung televisyen tempatan lewat malam tadi, Sufmi berkata, Novanto yang dilantik sebagai Speaker bagi tempoh 2014-2019, meletakkan jawatannya demi kebaikan bangsa dan negara.
x
Kes Novanto dibongkarkan media tempatan dengan tajuk "Papa Minta Saham" yang menyebabkan Joko dan Jusuf berang serta mahu kes itu dibawa ke muka pengadilan bagi membersihkan nama mereka. – Bernama.
 x

Komen saya:
x
Inilah contoh pemimpin yang  berjiwa besar  kerana sanggup bertanggung jawab dan  meletakkan jawatan apabila didapati melanggar kod etika integriti.  Tetapi ada yang mengaku berjiwa besar  tetapi  tidak mahu mengalah walaupun bangkai gajah yang  ditutup dengan nyiru  itu sudah membusuk. Baunya sudah sampai di serata dunia.

2 comments:

  1. Tapi di Malaysia Speaker Parlimennya pula diberikan habuan jamban baharu di pejabatnya, perabut pejabat baharu, buat ubah suai pejabat sikit, maka ahli parlimen yang berjawatan Perdana Menteri menipu dalam sidang parlimen mengenai isu dana Cayman Island yang berjumlah USD 1.103 bilion yang sekejap tunai, sekejap aset, sekejap unit, berubah-ubah sesuka hati, Speaker tak ambil tindakan, sebab dah disumbat dengan jamban, perabut, dan ubah suai pejabat.

    Inilah yang berlaku di Malaysia kini, sungguh memalukan.

    ReplyDelete
  2. Antara ciri ciri orang berjiwa besar di Malaysia adalah saperti berikut:-
    1.Semasa banjir besar di Malaysia, dia main golf di hawaii
    2. Semasa gempa bumi di Kinabalu dia lari pergi jumpa pak arab
    3. Semasa persidangan antarabangsa mengenai rasuah di Putrajaya, dia suruh menteri laim hadir.
    4. Semasa perhimpunan CHOGM yang dihadiri olih Queen E, dia suruh Zahid hadir
    5. Semasa PAU Timbalan presiden dan lain2 anggota MT tak bolih berucap dan banyak lagi ciri ciri lain

    ReplyDelete