Monday, December 7, 2015

Amaran Ku Nan kepada Muhyiddin

PUTRAJAYA,  7 DISEMBER - Timbalan Presiden Umno, Tan Sri Muhyiddin Yassin boleh berucap dalam satu majlis perhimpunan yang dijadual diadakan di Kuala Lumpur malam ini namun diingatkan agar tidak melampaui batas, kata Setiausaha Agung Umno, Datuk Seri Tengku Adnan Tengku Mansor.

Katanya, beliau tidak mengetahui 'desas desus' Muhyiddin akan berucap dalam satu perhimpunan khas di Kelab Sultan Sulaiman, Kampung Baru, malam ini.

Bagaimanapun, Tengku Adnan berkata terpulang kepada bekas timbalan perdana menteri itu jika mahu memberi ucapan pada majlis itu.

"Hanya jangan melampaui batas, jika tidak, kami akan mengambil tindakan," katanya kepada media selepas menghadiri 'Program Back to School' di Menara Seri Wilayah di Putrajaya hari ini.

- BERNAMA


Komen saya:

Batas apa?  Ku Nan kenalah memberikan batas-batas yang boleh dan tidak dibolehkan kepada Muhyiddin berucap malam ini.  Takkan pula Ku Nan mahu Muhyiddin bercakap seperti  Zahid Hamidi?  Takkan Ku Nan mahu Muhyiddin akan bercakap seperti  Salleh Keruak atau Rahman Dahlan?

2 comments:

  1. Para pemimpin UMNO sekarang ramai yang dah lupa daratan .

    ReplyDelete
  2. Sebab tak tetapkan batas, apa saja ucapan boleh dikatakan melampaui batas. Senang buat keputusan. Ku nan tenah syok menang kes pemecatan anina. Anina pun hadir di KSS bersama loyarnya. Mesyuarat MKT 9/12 ni mungkin ada tindakan akan diputuskan. Dah tiga bulan TSMY disingkir dari jawatan TPM. Dah jelas TSMY berucap lawan Presiden. Mungkin kes dirasakan dah cukup kuat untuk ambik tindakan. Ku nan memang suka pecat ahli. Pecatlah semuanya.

    ReplyDelete