Saturday, November 28, 2015

Khairuddin tidak perlu bebaskan Anwar

Bekas Naib Ketua UMNO Batu Kawan, Khairuddin Abu Hassan tidak boleh mendesak  kerajaan membebaskan Anwar Ibrahim  hanya kerana dia  menentang  Perdana Menteri, Najib Razak.  Dia wajar fokus pada isu yang diperjuangkan iaitu keraguan terhadap urus tadbir  1MDB.

Desakan  Khairuddin memperlihatkan seolah-olah dia mencari rakan yang memusuhi Najib untuk berpakat menentang Najib.  Ini bukan satu permainan politik yang baik dan menguntungkan apa lagi  dia pernah menerbitkan buku hingga membawa kepada pemecatan Anwar.

Sekiranya Khairuddin mahu memperjuangkan Anwar dengan menganggap penahanan terhadap Anwar sebagai  politik,  sepatutnya sejak awal lagi dia membangkitkan  isu penahanan Anwar.  Tetapi malangnya ketika itu hanya isu 1MDB yang menjadi fokusnya.

Khairuddin tidak memberikan hujah yang kukuh untuk membebaskan Anwar selain bertenggek di atas hujah Kumpulan Kerja Bangsa-Bangsa Bersatu mengenai Penahanan Arbitrari (WGAD) yang mendakwa Anwar dinafikan perbicaraan yang adil.

Saya sangat bersetuju backbenches Barisan Nasional tidak mampu mewujudkan semak dan imbang kepada kerajaan kerana  sesetengah daripada mereka  adalah oportunis  yang takut  terlepas habuan.  Tetapi pada masa sama saya tidak setuju  kenyataan  bahawa Anwar  boleh mewujudkan semak dan imbang.

Impian politik Anwar yang begitu tinggi  tidak mampu memandu dia menjadi  semak dan imbang yang  telus, ikhlas dan  bertanggungjawab.  Anwar  akan  berada pada sisi yang  tidak bebas dan adil  kerana hanya  akan nampak buruk  kerajaan semata-mata.


Perjuangan  menuntut ruang bersuara dalam isu 1MDB  jauh lebih besar daripada  membebaskan Anwar.  Khairuddin  wajar lebih fokus dalam keadaan  banyak sistem  dan penguatkuasaan  telah diceroboh  kerana disalahtimbang oleh neraca politik.

2 comments:

  1. I share your sentiment, indeed it would be a grave mistake for that guy (if that means laki si Umi) to find an ally in Anwar. Now it seem his motive is to press for 1MDB's demise (all because of silly deals and judgements made under Najib's watch) or some ulterior move?

    ReplyDelete
  2. Saya sangat-sangat bersetuju dengan pandangan Saudara Ku Seman. Saya baru tahu dari posting Ku ini. Jika benar bahawa Khairuddin mahu Anwar dibebabkan atas apa sekali pun alasan beliau, saya berpendapat ini adalah 'jalan' yang paling bangang untuk 'mengumpul' sokongan dalam usaha menurunkan Najib.

    Pada saya, seorang bekas-banduan yang terbukti salah-guna-kuasa (mengarah Polis menangkap Ummi Hafilda ketika menjadi TPM) dan sekarang menjalani hukuman penjara kerana meliwat, tidak ada tempat dalam Politik Malaysian. Jika di Barat, orang sebeni telah lama terbuang dari arena politik.Tambahan lagi, Anwar adalah bapak segala kawaq yang menyemarakan rasuah di dalam UMNO, amat memuja Amerika dan menyokong LGBT.

    Jika Khairuddin masih mahu "mencari rakan yang memusuhi Najib", lebih baik dia pergi berjumpa Mat Sabu dan tanya mengapa Mat Sabu, bersama Karpal Singh, menuduh Anwar seorang peliwat, di Parlimen pada 1997.

    ReplyDelete