Monday, August 10, 2015

Puad Zarkashi dan Salleh Keruak spin tulisan saya

Hari ini dalam Utusan Malaysia,  dua orang kuat Perdana Menteri Najib Razak,   Ketua Pengarah JASA,  Puad Zarkashi dan Menteri Komunikasi dan Multimedia,  Salleh Said Keruak  telah "menjawab" tulisan saya dalam Mingguan Malaysia semalam mengenai derma RM2.6 bilion.

Bagaimanapun kedua-dua panglima  ini sama sekali tidak menyentuh isu yang saya bangkitkan iaitu  derma RM2.6 bilion itu bukan milik UMNO,  hujah saya seluruh kepimpinan tertinggi termasuk bekas Timbalan Perdana Menteri Muhyiddin Yassin tidak tahu tentang kewujudan derma itu.

Jadi,  secara logiknya apabila orang penting UMNO tidak tahu  mereka  tidak layak mengaku  derma yang  banyak itu milik mereka  melainkan mereka  bersedia memikul biawak hidup.  Sekarang UMNO memikul liabiliti  Najib yang akibatnya boleh meruntuhkan keyakinan rakyat  termasuk ahli UMNO kepada UMNO.

Yang ini tidak dijawab sebaliknya mereka spin  tulisan saya seolah-olah saya menuduh derma itu sebagai rasuah. Maka mereka  pun berkata, SPRM sudah mengesahkan derma itu bukan rasuah.  Kenapa mereka menjawab suatu yang saya tidak mempersoalkan?

Kedua-dua panglima  ini menjawab seolah-olah saya mempertikaikan status derma itu.  Mereka ini kaki spin, sebab itulah cybertrooper  yang diketuai Puad  hanya layak dibaca oleh pengampu-pengampu UMNO sahaja.  Cuba cari dalam tulisan saya  adakah  ayat yang membawa maksud saya mempertikaikan derma itu sebagai rasuah?  Saya hanya mengatakan derma itu sebagai hak peribadi.

Puad juga mahu mengajar saya menulis.  Dia berkata sepatutnya saya  tanya adakah dana politik salah di sisi undang-undang.  Apakah Najib mencuri duit 1MDB dan apakah salah akaun  peribadi digunakan untuk menerima derma.

Untuk pengetahuan Fuad,  saya sangat faham  bahawa dana politik tidak salah di sisi undang-undang.  Sebab itu saya tidak membangkitkan isu dana politik.  Saya juga tidak kata Najib mencuri duit 1MDB kerana belum terbukti  dan tidak mungkin dapat dibuktikan.  Saya juga tidak membangkitkan kesalahan menggunakan akaun peribadi untuk menerima derma kerana memang tidak salah.

Yang saya bangkitkan adalah derma  itu kepunyaan  Najib.  Kalau dana politik UMNO,  sudah tentu UMNO tahu sejak awal lagi.   Sebenarnya jawapan kedua-dua panglima Najib ini membuatkan rakyat melihat  pemimpin kanan UMNO  dilihat terlalu dungu hingga tidak tahu apa yang ada dalam akaun parti.  Derma disalurkan dalam akaun peribadi memang tidak salah,  sebab itulah saya tidak membangkitkannya.

Mereka berdua juga tidak menjawab pertanyaan saya,  kenapa sebaik sahaja selepas The Wall Street Journal mendedahkan ada transaksi RM2.6 bilion dalam akaun peribadi Najib,  ada pemimpin UMNO berkata bahawa itu dana politik?  Kenapa masing-masing diam termasuk Puad dan Salleh yang sekarang beriya-iya spin rakyat bahawa itu dana politik?  Janganlah menyembunyikan suatu yang tidak cerdik dengan tindakan yang tidak cerdik.

Sepatutnya mereka menjawab soalan cepu emas anak Menteri Besar Johor dulu sebelum menjawab tulisan saya.  Sebenarnya apabila membaca kenyataan mereka di Utusan Malaysia hari ini yang cuba memperendahkan hujah saya, tiba-tiba saya hilang hormat kepada mereka.

Mereka cuba menonjolkan diri sebagai pembela Najib tetapi pada masa  yang sama tidak mempunyai kecerdikan yang tinggi. Maka akhirnya Fuad dan Salleh hanya boleh diamakan dengan juak-juak UMNO yang telah disihirkan  supaya menjadi tukang angguk.  Sama ada mereka mahu menjadi pembela buta dan tuli, itu soal mereka tetapi jangan menggunakan kuasa untuk menafikan hak rakyat mendapatkan maklumat yang betul.

Saya mencabar sama ada Salleh (Menteri RTM)  atau Puad  supaya mengatur debat dengan saya mengenai isu fundamental derma RM2.6 bilion yang saya anggap bukan kepunyaan UMNO ini.  Kalau disiarkan secara langsung di RTM lagi bagus  supaya mereka lebih kelihatan sebagai pembela Najib.  Saya sanggup untuk berdebat satu lawan dua dengan Salleh dan Puad.





12 comments:

  1. Dalam UMNO sekarang ini tiada pandai & cerdik. Yang ada hanya lah kaki ampu,kaki bodek dan Yes man. Ini lah politik perut.

    ReplyDelete
  2. Bravo bru!!!! Ni baru anak jantan Utusan.

    ReplyDelete
  3. Mereka mereka ini tidak faham atau saja saja buat tak faham, ramai org melayu masih sayangkan UMNO cuma tidak senang hati dgn kepimpinan UMNO yg ada sekarang

    ReplyDelete
  4. Tahniah atas tulisan saudara dlm MM. Saya pernah hantar emel Judi siber kpd saudara.

    Bagi saya 2.6 b tu adalah rasuah pling besar dlm sejarah manusia modern. Dulu saya skeptikal dan prejudis trhadap semua berita dan cerita mengenai 2 org manusia, Najib dan Rosmah. Cerita pembunuhan, cincin, komisen kpalselam, rombongan kluar negara
    , keborosan prkahwinan etc.

    ITU dulu, skrang 80% minda saya mula percaya, semoga semuanya tidak benar, jika benar, Ya Allah Kau selamatkanlah negara ini.

    Apakah mungkin, ' derma ' INI dari kegiatan haram...Judi siber, teroka tanah dan balak haram, pendatang asing etc. Lihatlah sekeliling, semua ini tidak selesai pun, memang ada tangan ghaib yg mmberi lesen utk mereka brmaharajalela.

    Harap saudara terus menulis demi kebenaran
    Cuma amat malang, UM dan TV 3 semakin mnjadi penjilat dan pengampu no 1 Najib!!!!!

    ReplyDelete
  5. Kata sasterawan legenda Indonesia, Pramodeya . Golongan yang kuat membodek dan ampu adalah kumpulan yg menternak perut sahaja. Sdr. Ku Seman tentu sudah maklum dgn ungkapan ini.

    ReplyDelete
  6. Bravo Ku Seman....At last a good person in the eye of the hurricane. Teruskan perjuangan saudara. Perjalanan saudara sudah tentunya berliku tetapi perjuangan seseorang wira tidak pernah tidak berliku. Nagib Razak is a disgrace to the memory of his great father which is a patriotic. Sayang.....Nagib Razak tergelincir di pintu syorga.....

    ReplyDelete
  7. Tuan,

    Personal Opinion - saya rasa derma 2.6b ini salah, jumlahnya terlalu besar, tidak diketahui dari mula, hanya diketahui selepas didedahkan oleh WSJ walaupun dinafikan sekeras2nya pada waktu mula sehingga dikatakan oleh salah satu Pak Menteri "takkanlah PM sebanggang itu". Jumlah sebesar itu boleh meruntuhkan institusi kewangan secara money laundering, juga contradict kenyataan bulan 3 dimana wang/unit akhirnya dimasukkan di Spore kerana Bank Negara terlalu ketat membawa wang ke Msia. Adakah wang ini digunakan sepenuhnya - dimanakan bakinya - habis? Tiada ketelusan - adakah penerimanya dari PM ke ketua bahagian memberitahu orang lain akan jumlah yang diterima atau memasukkan ke "akaun sendiri" akhirnya? Saya terlalu ingin tahu - Bank Spore ada menghantar report ke Gabenor Bank Negara - report okay atau hanya disimpan dan audit report awal - bagaimana Arul boleh tahu semuanya ok? Kita islam & ada syurga & neraka, sepatutnya kita lebih bertanggungjawap lebih dari pemimpin luar negara yang berwibawa. Saya doakan saudara terus berjuang dengan tenang.

    ReplyDelete
  8. Saya juga sangat mual dgn permainan politik Najib dan pengampunya. Mereka bersilat bersungguh2 mempertahankan survival politik mereka, bukan survival umno mahupun BN yg kini dihujung tanduk. Sewaktu org melayu diperlekeh dan diperhina dlm byk isu, mereka rela pula berdiam diri. Malah menjadi pembela pula konon atas dasar berlaku 'adil'..yg mbuat rakyat menyampah di atas ketidakwibawaan mereka. Tetapi skrg berhabis2an menepis dan berkubu untuk seorang yg bernama Najib..pengampu2 yg mengharapkan imbuhan, yang bermuka tebal dan sanggup bersekutu dgn pemimpin yg kredibilitinya tercalar teruk dek perbuatan sendiri. Rakyat tidaklah begitu bodoh utk menilai. Rakyat sedang melihat badut2 yg bodoh dipentas sana dan berkata, 'tunggulah PRU nanti!' Saya berharap saudara Ku Seman terus menulis demi kebenaran, walau nampaknya Utusan Malaysia terlihat seperti tidak sealiran dengan gelombang rakyat sekarang. (Kerana itukah tulisan saudara sudah 2 minggu tidak muncul?) Terus berjuang saudara!

    ReplyDelete
  9. PM kita telah mencadangkan peraturan yg mana duit politik perlu dijaga dgn baik. Kemudian dia masukkan duit tersebut dalam akaunnya. Daripada fakta itu sahaja kita dapat mengesan ketidak telusannya. Dah masuk akaun sendiri namun MT pun tak tahu. Dah lah tu dokumen yg berkaitan pun tak de bagi mengesahkan keluar dan masuk duit tersebut. Walaupun peraturan tak de namun tidak sekali sepatutnya melakukan perkara tersebut. Itu semua adalah ASAS kepada kejujuran dan kebertanggungjawaban. Pada zaman sekarang budak kecil pun tahu. Memalukan perbuatan tersebut.

    ReplyDelete