Wednesday, July 1, 2015

Kenapa baik pullih Masjid Kampung Baru terlalu lama?

Jangkamasa  yang diambil untuk mengubahsuai  masjid jamek Kampung Baru di Kuala Lumpur boleh menyiapkan sebuah lapangan terbang.  Ini kerana difahamkan  projek itu telah dimulakan sejak 2011 dan hingga  kini belum siap sepenuhnya walaupun telah boleh digunakan.

Kenapa pihak berwajib tidak mengambil tindakan dengan projek yang perlahan macam kura-kura ini?  Malah yang lebih menarik lagi  kenyataan yang mengatakan projek ini dimulakan sejak 2011 selepas banyak pihak menyindir  syarikat pelaburan 1MDB dengan mudah menutup kehilangan berpuluh bilion ringgit dengan derma RM20 juta kepada projek pengubahsuaian iu.

Malah Perdana Menteri, Najib Razak berkata, 1MDB 'banyak' membantu orang Islam yakni menyalurkan RM20 juta melalui Yayasan 1MDB.  Tetapi agak malang kerana walaupun RM20 juta bukan sedikit  tetapi sebahagian besar rakyat  sudah agak mahir matematik.

Malah banyak tertanya-tanya sekiranya 1MDB sudah menyalurkan RM20 juta pada 2011 dulu, kenapa perkara itu tidak dihebah dan dihebohkan seperti baru-baru ini semasa Najib melawat masjid tersebut?  Kalau benar 1MDB sudah menyalurkan sejak 2011, maka projek tersebut  dianggap antara yang  gagal kerana mengambil masa terlalu lama.

Bagaimanapun banyak yang percaya,  1MDB  bari sahaja menyalurkan  dana kepada masjid tersebut ketika isu 1MDb menjadi kontroversi  disebabkan tidak ada penjelasan yang 'jelas' mengenai  pelaburan yang dibuat selama ini.  Mereka tidak boleh dipersalahkan kalau beranggapan demikian kerana dana RM20 juta telah diheboh  tidak sepadan dengan  nilainya.

Semasa saya berkerja di biro Utusan di Kedah tahun 1983,  bekas Menteri Kewangan, Daim Zainuddin membina sebuah masjid yang dirasmikan oleh Sultan Kedah tetapi tidak pula dijaja  seperti 1MDB  menyalurkan RM20 juta (nilai  sebuah masjid ketika itu mungkin tidak sampai RM20 juta)

Jadi, marilah kita bersangka baik bahawa 1MDB menyalurkan dana itu bukan untuk menyucikan misteri  berpuluh-puluh bilion  yang sekejap aset dan sekejap tunai yang disimpan di Singapura.  Kita anggap sahaja 1MDB sudah lama menyalurkan dana itu sebelum ia menjadi popular pada 2011 lagi.  Dan anggaplah  juga projek itu sangat perlahan,  macam kura-kura  kerana mengambil masa terlalu lama.

Ada kawan-kawan kata, kalau zaman Dr Mahathir,  jangkamasa itu sudah boleh buat sebuah lapangan terbang  atau dua menara Petronas.  Maka kita dapat bayangkan kalau  1MDB  membina sebuah lagi  bangunan Tabung Haji,  berapa lama nak siap agaknya?


Bagaimanapun banyak dalam kalangan rakan-rakan percaya projek asal memang dimulakan 2011 dengan belanja yang tidak mencukupi, sebab itu mengambil masa yang panjang dan sekarang barulah muncul 1MDB menyalurkan RM20 juta.  Saya pun percaya begitu juga.

No comments:

Post a Comment