Wednesday, July 29, 2015

Beza Muhyiddin dengan Mat Sabu

Walaupun Muhyiddin Yassin dan Mat Sabu,   pernah berada pada kedudukan yang sama dalam parti masing-masing tetapi janganlah menyamakan  Mat Sabu dengan bekas Timbalan Perdana Menteri itu. 

Mereka berdua jauh panggang dari api sekalipun kedua-duanya Timbalan Presiden.  Muhyiddin masih lagi  Timbalan Presiden UMNO tetapi Mat Sabu telah disingkirkan dari jawatan Timbalan Presiden Pas.

Muhyiddin semasa disingkirkan dari jawatan nombor dua dalam kerajaan menerima dengan tenang, mungkin beliau tidak mengejar jawatan. Tetapi Mat Sabu  menggelepar dan menyalahkan orang apabila tewas dalam pemilihan Pas.

Muhyiddin terus bersama UMNO walaupun hayatnya sebagai Timbalan Presiden  UMNO dijangka tidak lama. Beliau tidak menubuhkan parti baharu untuk menjadi Presiden.  Tetapi Mat Sabu  hendak tubuh parti baharu dan melantik dirinya sebagai Presiden.

Muhyiddin tidak kata UMNO tidak relevan, tetapi Mat Sabu menghukum Pas sebagai tidak relevan hanya apabila dia dikalahkan dan dimalukan dalam pemilihan.  Saya fikir memang benar Pas kini sudah tidak relevan. Pas tidak relavan dengan Mat Sabu sahaja tetapi relevan dengan orang lain.



1 comment:

  1. Kipidap bru! Perbanyakan tulisan bagi mewakili suara rakyat satu tanggungjawab yang sedikit sebanyak ditinggalkan Utusan Melayu/Malaysia. Saudara juga tidak bebas menulis didalam Utusan kerana tuntutan political master

    ReplyDelete