Friday, June 26, 2015

Justo bukan pil penawar sakit 1MDB

Ada beberapa pihak di negara ini telah bertepuk sorak kerana gembira apabila pengarah jabatan teknologi maklumat (IT)  syarikat minyak dan gas PetroSaudi International , Xavier Andre Justo ditangkap dan didakwa memeras ugut bekas majikannya.  PetroSaudi  antara syarikat yang mempunyai hubungan pelaburan dengan 1Malaysia Development Berhad (1MDB).

Mereka gembira kerana dalam soal siasat polis Thailand  mendapati  Justo telah meminda e-mel PetroSaudi berkaitan dengan 1MDB.  Mereka gembira kerana menganggap Dr. Mahathir  memetik fakta dari sumber yang palsu.

Hello Bro, jangan gembira dulu.  Justo bukanlah  pil penyembuh 1MDB yang tenat dan diserang banyak penyakit misteri.  Kalau benar Justo  meminda e-mel itu dan didapati bersalah sekalipun,  itu hanya satu chapter kecil dalam novel misteri  bernama 1MDB.

Tetapi kita jangan lupa kepada  teori konspirasi.  Teori ini boleh dilakukan  dan tidak mustahil penangkapan  Jusco sebahagian dari teori konspirasi tahap tinggi untuk  menyelamatkan 1MDB daripada  terus diserang oleh Dr. Mahathir.

Bacalah yang semiotik (tersirat)  sebaik sahaja berita penangkapan mamat  berasal  Switzerland ini tersebar.  Sebuah akhbar dari Media Prima,  New Straits Times telah menyiarkan  sisi hitam  Justo.  Kenapa?  Teorinya  untuk membina persepsi khalayak bahawa mamat ini memang  berperibadi buruk, kaki joli dan dia memerlukan duit yang banyak untuk itu.

Tetapi kenapa seorang Cina yang dikatakan mempunyai hubungan dengan  keliuarga Perdana Menteri, Jho Low  tidak didedahkan  sisi yang sedemikian?  Padahal  nilai berita  Jho Low sama dengan Justo,  orang kaya yang menjadi perhatian, setidak-tidak dalam isu 1MDB.

Kita kena ingat bahawa media di bawah Media Prima yang banyak menyiarkan serangan ke atas Dr Mahathir kerana Dr Mahathir mengkritik  dan mempersoalkan 1MDB.  Hinggakan ‘keledek rebus’ yang mencabar Dr Mahathir berdebat pun menjadi bahan berita.  Semua ini bukan kerja salah dan tugas kita sebagai warga perlu berwaspada dengan  segala bentuk konspirasi.

Pihak 1MDB mendakwa  e-mel yang disebarkan kepada blog pemecah berita Sawarak Report dan  akhbar mingguan The Edge telah  dipinda oleh Justo. Jadi,  maksudnya pembongkaran yang dibuat oleh Sarawak Report dan The Edge (yang memetik Sawarak Report)  adalah palsu.

Tetapi siapa pun boleh mendakwa e-mel itu dipinda  bagaimanapun  tidak disertakan dengan bukti bahawa ia benar-benar dipinda.  Saya fikir kita janganlah bergembira terlalu  awal sebelum dapat memastikan permainan di sebalik ini.

Kes Justo hanya secebis sahaja dari sekian banyak  misteri yang melanda 1MDB.  Justo tidak menjadi kudis kepada misteri  1MDB sama ada dia bersalah atau tidak. Ini kerana misteri 1MDB sangat besar dan jangan terperosok dalam jaring teori konspirasi  untuk menutup kononnya kontroversi 1MDB hanya Justo.

Menteri Dalam Negeri, Zahid Hamidi memberi amaran akan mengambil tindakan ke atas Sarawak Report dan The Edge kerana membuat laporan yang palsu.  Baguslah tindakan itu.  Tetapi jangan terlalu gopoh kerana palsu atau benar,  perjalanannya masih terlalu jauh untuk dipastikan.  Tunggu selepas mahkamah di Bangkok membuat keputusan barulah boleh cakap palsu atau benar.

Sekarang ini kita semua dalam keadaan pening-pening lalat kerana mabuk gas  PteroSaudi,  banyaklah pihak yang datang menghulurkan  pil  penahan loya dan menyakinkan pilnya sangat mujarab. Awas,  jangan mudah percaya kerana gas PetroSaudi  yang menular kepada 1MDB   bukan  mudah untuk dicari penawarnya.




2 comments:

  1. Kipidap!!!!! Yg sebetulnya puak puak penyokong (penjilat) sengaja tidak mahu memahami isu. Jawapan2 yg diberi menujah dan merendah tahap intelektualiti rakyat dlm segala isy berbangkit dari harga ayam, gst hinggalah 1MDB. Mereka anggap rakyat Malaysia masih du era 60-70an. Hatta orang yg ada di kampong pun kebanyakan paling lekeh berpendidikan sekolah menengah.

    ReplyDelete
  2. MT umno dilaporkan menangguh mesyuarat agung yang dijangka tahun depan atas alasan nak tumpu khidmat kepada rakyat . Agak pelik bunyinya. Atau nak tunggu keputusan pru. Terkilat ikan di air dah tahu jantan betina.

    ReplyDelete