Sunday, May 3, 2015

Nak cari wakil rakyat atau tukang siling?

Saya tidak tahu kenal malah tidak tahu sama ada UMNO mempunyai pasukan yang merancang strategik untuk mencapai kemenangan dalam sesuatu pilihan raya, tidak kira pilihan raya umum atau pilihan raya kecil.  Saya fikir tidak ada strategis.  Tetapi kalau UMNO kata ada strategis,  saya anggap  itu strategis kangkong.

Ketika ini di Permatang Pauh sedang demam Pilihan Raya Kecil  (PRK)  Parlimen Pematang Pauh selepas penyandang Anwar Ibahim dipenjarakan selama lima tahun.  Kerusi yang kosong itu menjadi rebutan  Wan Azizah Ismail (PKR) dan  Suhaimi Sabudin (UMNO). Yang lain calon bebas yang sekadar buat riuh sahaja. Taraf melukut saja.

UMNO memang dengan cara kempen ketinggalan zaman,  seingat saya sejak  berpuluh tahun dulu pun cara kempen UMNO serupa sahaja.  Kali ini juga sama, calon UMNO dengan tiba-tiba menjadikan dirinya 'macam-macam'.

Dalam akhbar BH Ahad  hari ini  melaporkan kehebatan Suhaimi membaiki siling pangsapuri Permata di Bandar Perda yang rosak.  Kalau beginilah cara UMNO berkempen,  pengundi Permatang Pauh tentu boleh membuat pilihan antara keperluan seorang wakil rakyat dan tukang baiki siling.

Kalau saya jadi pengundi Permatang Pauh,  saya akan memilih seorang wakil rakyat bukan tukang baiki siling.  Untuk mencari tukang baiki siling  tidak susah tetapi untuk mencari seorang wakil rakyat yang berkerja demi rakyat terlalu susah nak jumpa.

Inilah strategi lapuk kempen UMNO sejak dulu kini dan mungkin selama-lamanya.  Tolonglah berubah UMNO,  rakyat bukan bodoh dan tolol untuk memilih seorang wakil rakyat yang boleh buat bermacam-macam kerja termasuk membaiki siling.

Sebenarnya PKR bukanlah hebat sangat. Tetapi kalau beginilah  cara berkempen  UMNO,   PKR mungkin boleh menang kerana rakyat sudah meluat  sikap hipokrit begini.  UMNO ni pelik sikit, kalau kita hendak bagi pandangan dikatakan kita ini pembangkang kerana bangkang  cara lapuk mereka.



1 comment:

  1. Camna dengan nenek tua tu pulak yang tiba-tiba boleh bakar satay, goreng cok kodok, tebar roti canai dan sebagainya. Apa punya harami..............

    ReplyDelete