Wednesday, May 13, 2015

Kejayaan liberalis dan sekularis Pas

Bayangkan apakah perasaan anda apabila tokoh politik yang tidak sahaja bukan Islam malah menentang hukum Islam naik ke pentas dan memberikan ceramah agama mengenai hudud?  Kalau perkara ini dibuat oleh parti liberal seperti UMNO,  mungkin kita tidak hairan.  Tetapi perbuatan yang menjurus penghinaan kepada agama ini dibuat oleh parti yang bersandar kepada Islam, Pas.

Ini adalah hasil perjuangan puak-puak liberal dalam Pas yang nampaknya jauh lebih liberal dan sekular daripada UMNO yang selalu dikeji selama ini.  Perbuatan  yang biadab ini dilakukan di Kota Bahru, Kelantan yang dianggap sebagai markas Pas di negara ini.
.
Lim Kit Siang telah memberikan ceramah tentang hudud yang diperjuangkan oleh golongan ulama dalam Pas.  Semua pihak maklum Lim Kit Siang  antara pemimpin tertinggi DAP yang keras menentang  hudud yang diperjuangkan oleh Pas.
.
Golongan liberal Pas telah berjaya memecahkan penguasaan golongan ulama apabila Kota Bahru menjadi lokasi pertama  penyusupan anasir  DAP dalam Pas.   Secara  luaran ini memperlihatkanb Pas sudah ketandusan ulama yang boleh bercakap tentang hudud. Tetapi yang tersirat adalah kejayaan liberalis dan sekularis  Pas yang memijak perjuangan asal parti Islam itu.
.
Adakah orang Pas di Kelantan  dapat menerima perbuatan biadab  DAP dengan izin golongan liberal dan sekular dalam Pas?  Kalau  tidak, apakah usaha mereka supaya Pas  tidak dicemari  oleh  unsur-unsur yang memesongkan perjuangan asal?
.
Tetapi yang nyata Pas tidak mampu menunjukkan keberanian dan berdiri di atas prinsip terutamanya golongan ulama untuk menolak DAP dan PKR.  Pas  menjadi dungu demi kepentingan politik. Buktinya  Pas menjadi kerak nasi apabila  menentang calon PKR di Permatang Pauh di peringkat awal tetapi akhirnya menyokong juga.
.
Selepas Lim Kit Siang berjaya memberi ceramah  tentang hudup di Kota Bahru,  jangan terkejut kalau selepas ini  pemimpin-pemimpin DAP akan berceramah dalam masjid pula. Tambahan pula  anak Lim Kit Siang dianggap oleh sesetengah orang Pas memiliki sifat  tokoh Islam Umar Abdul Aziz.
.

Saya fikir, kalaulah Nik Aziz masih ada,  sudah tentu  beliau tidak tergamak membenarkan Lim Kit Siang  berceramah tentang hudud di Kota Bahru.  Oleh kerana itu harapan terlalu tinggi kepada ketegasan  anaknya  Nik Abduh.

No comments:

Post a Comment