Wednesday, March 18, 2015

Saperstein agen meyahudikan dunia

Yahudi Zionis  mempunyai  pelbagai taktik dan pendekatan  untuk menjajah dunia.  Mereka tidak datang dengan bala tentera seperti yang dilakukan pada era Perang Dunia Pertama dan Perang Dunia Kedua.  Itu perang atau penjajahan cara lama. Mereka mengambil pendekatan yang lebih diplomatik dan psikologi  untuk mempengaruhi  Islam menerima idealisme Zionis yang kini menjadi tunggak kepada kuasa besar di Barat.

Pada era neokolonialisme,  penjajahan bentu baharu lebih banyak memberikan kemusnahan kepada Islam.  Yang cuba dijajah atau disuntik dengan fahaman-fahaman yang menyeleweng daripada Islam tidak sedar apa yang sedang dilakukan kepada mereka.

Walaupun secara zahir Kristian  kelihatan menonjol menguasai dunia tetapi hakikatnya Yahudi termasuk yang beridelogi Zionis yang menentukan tatacara politik dan ekonomi dunia yang berpaksi di Amerika Syarikat.  Yahudi menguasai ekonomi walaupun jumlahnya sangat kecil.  Mereka berada sebagai  pembuat keputusan di konglomerat-konglomerat termuka dunia.

Keadaan  goyah pemimpin-pemimpin  di sesetengah dunia Islam pula menjadi pemangkin yang memudahkan Zionis menyuntikkan jarum ideologi sekaligus memudarkan penekanan pemimpin berkenaan kepada Islam.  Di negara-negara yang pemimpinnya materialistik,  terlibat dalam rasuah dan menyalahguna kuasa,  ideologi Zionis lebih mudah meresap ke dalam pemikirannya. Mereka ada kuasa wang.

Amerika Syarikat didokong oleh  Yahudi.  Pelobi-pelobi calon-calon yang akan bertanding Presiden Amerika Syarikat adalah Yahudi yang mempunyai kaitan rapat dengan Zionis.  Zionis dari merempat kini sudah hampir seluruh Palestin dirompaknya. Obama misalnya adalah  boneka Yahudi sekalipun semasa berkempen tahun 2008,  Obama kelihatan menjurus kepada Islam dan keamanan.

Sebab itulah  apabila Obama menjadi Presiden,  dia memberanikan diri memperlihatkan pengiktirafan secara  terus terang  kepada Yahudi. Salah satunya melantik  tokoh Yahudi yang sangat berpengaruh bertaraf Rabbi,  David N Saperstein sebagai Duta Khas Kebebasan Agama Antarabangsa pada 28 Julai 2014.  Saperstein adalah tokoh Yahudi pertama yang dilantik ke jawatan penting itu. Sebelum ini semuanya Kristian.

Tugas sebagai Duta Khas Kebebasan Agama Antarabangsa  adalah agenda untuk mewujudkan,  pertama;  pluralisme agama dan kedua agenda jangka panjang untuk wujud satu agama sahaja di dunia iaitu Yahudi serta satu ideologi politik iaitu Zionis.

Dalam Perlembagaan Amerika Syarikat,  "kebebasan agama"  bermaksud semua orang boleh menganut dan mendakwahkan  agama masing-masing kerana berpegang kepada frasa kebebasan beragama itu.  Bagaimana pun secara tersirat Islam terus dihalang secara yang penuh diplomasi untuk dikembangkan berbanding Yahudi dan Kristian.

Cara untuk memperlahan atau melumpuhkan penyebaran  agama Islam ialah dengan mewujudkan paranoid  rakyat terhadap keganasan Islam yang sengaja dicipta oleh Amerika Syarikat.  Peristiwa serangan di Pusat Dagangan Dunia di New York pada 11 September 2001 adalah serampang dua mata.

Satu,  untuk dijadikan lesen untuk menyerang negara Islam yang sudah lama tersenarai sebagai penentang Amerika Syarikat iaitu  Iraq.  Kedua,  serangan yang menurut banyak pihak  dilakukan sendiri oleh  Amerika Syarikat itu digunakan untuk memberikan imej ganas kepada Islam. Maka wujudkan Islamofobia selepas 11 September 2001.

Apa pula tugas Duta Kebebasan Agama Antarabangsa?  Tugasnya ialah pergi ke seluruh dunia dengan kononnya membawa misi memperjuangkan golongan minoriti dalam kebebasan beragama.  Di negara yang Islam menjadi majoriti,  Saperstein akan memperjuangkan penganut agama minoriti kerana berpegang kepada definisi  Amerika Syarikat,  semua agama perlu diberi ruang yang sama rata.

Saperstein telah melawat di banyak negara dan tujuannya bukan sahaja mempromosi kebebasan beragama tetapi menyebarkan  agama Yahudi dan ideologi Zionis secara yang penuh diplomatik,  berhemah dan  sukar untuk mengesan  hasrat terlindungnya.  Saperstein adalah agen Yahudi Zionis yang diutuskan oleh Amerika Syarikat  untuk meyahudikan dan menzioniskan manusia di seluruh dunia.

Saperstein dilahirkan di New York pada 5 Ogos 1947, seorang rabii terkemuka yang pernah menuntut di Cornell University, Hebrew Union College dan American University  serta pernah menjadi Profesor di Georgetown University.

Oleh yang demikian saya sangat berharap pihak berkuasa terutama Kementerian Dalam Negeri (KDN)  berhati-hati  sekiranya ada pemohonan  Saperetein  untuk mengadakan lawatan di negara ini.  KDN tidak boleh memandang ringan kerana Saperstein bukan duta biasa.

Sekiranya perlu diluluskan demi untuk menjaga hubungan teramat baik Malaysia dengan Amerika Syarikat,  KDN dan pihak berkuasa agama seperti Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim)  perlu memantau pergerakannya di negara ini.  Kalau boleh Saperstein dilarang sama sekali untuk bercakap dengan media tempatan.



No comments:

Post a Comment