Thursday, May 15, 2014

PKR menuju kehancuran

Parti Keadilan Rakyat (PKR) yang diperberanakkan dari perjuangan keluarga dan sahabat handai untuk membebaskan Anwar Ibrahim dari tuduhan jenayah seksual tahun 1998 kini menuju kehancuran. Pemilihan PKR yang berlangsung sekarang membayangkan bayangan tersebut apabila banyak cabang PKR diwarnai dengan pergaduhan dan kekecohan.

PKR akan berkubur seandainya  Anwar Ibrahim dipenjarakan tidak lama lagi. Tempuh Anwar Ibrahim berehat dalam penjara memutuskan hubungan dunia politik seterusnya memisahkan dia dengan PKR. Selepas keluar dari penjara Anwar Ibrahim sudah menjadi sangat tua untuk bergiat dalam politik.

PKR sebuah parti politik yang tidak ada idealisme selain membebaskan Anwar Ibrahim akan larut dalam perubahan pemikiran politik rakyat yang pesat berlaku sekarang. Kalau UMNO dengan perjuangan Melayu Islam, DAP dengan perjuangan kaum Cina, MCA perjuangan kaum Cina tetapi PKR gagasannya memperjuangkan "keadilan" yang sangat subjektif sifatnya.

Kononnya di negara ini tidak ada keadilan selepas Anwar Ibrahim dipecat, sekiranya dia masih dalam UMNo dan kerajaan sudah tentu wujud keadilan walaupun semua maklum Anwar Ibrahim tidak berlaku adil semasa dia dalam kerajaan.

Pergolakan dalam PKR ketika ini menunjukkan Anwar Ibrahim sudah tidak ada suara dalam parti itu. Dia gagal mengawal Khalid Ibrahim yang sudah menunjuk taring untuk mengingkari arahannya. Azmin Ali yang sangat dipercayai juga sudah menjadi penentang beberapa dasar Anwar terutama di Selangor.

PKR yang tidak mampu menguruskan pemilihan menunjukkan parti ini tidak mampu mentadbir negara sekiranya pakatan pembangkang berjaya membentuk kerajaan. PKR   condong kepada DAP dan kerap memujuk Pas supaya toleran dengan dasar dasar anti Islam DAP.

Sekarang kita hanya menunggu detik PKR dikuburkan oleh pejuang PKR sendiri. Presiden PKR Wan Azizah sudah lama dipatungkan oleh Anwar Ibrahim. Saya tidak percaya Azmin Ali boleh memanjangkan usia PKR yang semakin tenat ini.

1 comment:

  1. Tuan..

    Saya rasa bukan saja PKR menuju kehancuran.
    Komponen Parti BN pun dah bergolak.
    Baru je pemimpin-pemimpin SPDP& SUPP (Sarawak) keluar parti dan masuk TERAS.

    Bolehkah mereka keluar begitu saja tanpa melibatkan PRK?
    Mengikut seorang pemimpin dari Sarawak (tak ingat drp parti mana) mengatakan mereka yang keluar parti tidak boleh bawa kerusi DUN bersama kedalam parti lain.
    Macam mana tu?

    Calon BN di Teluk Intan adalah orang yang sama kalah pada PRU13. Katanya MIC pun nak bertanding di Teluk Intan. Tapi diberi peluang kepada calon (Gerakan) yg pernah kalah.
    Apa kena dengan pemimpin no.1 BN? Dah tak kisah ke siapa calon yang diletak?

    MCA tolak bertanding di Bt.Gelugur pun tak jadi hal.
    Semasa nak buat keputusan bertanding di PRK Kajang pun mengambil masa yang lama.

    Akhir ini tiba-tiba pemimpin no.1 hendak tunjuk macho.Nak saman Malaysiakini jika tidak mohon maaf dan tarik balik kenyataan yang dibuat pada tempoh yang diberi.
    Selama 5 tahun jadi PM macam-macam tohmahan &fitnah dilontarkan tak pulak nak saman pihak lawan.

    Seperkara lagi munkin tuan boleh jelaskan kenapa PM kita lebih cenderung bertemu bual dengan media asing seperti CNN mengenai hilangnya MH370?
    Paling terkini beliau telah menulis dalam laman WSJ mengenai MH370.
    Adakah beliau merasakan tanggongjawabnya untuk memberitahu masyarakat antarabangsa bahawa Malaysia mengambil berat pandangan rakyat dunia melalui temu bual dan tulisan beliau di media asing?

    Apakah media tempatan kita tidak bertaraf antarabangsa dan beliau tidak rasa perlu media dan rakyat tempatan mengetahui perkara sebenar?

    Berkaitan temubual esklusif UMNO 68Tahun dengan pembesar-pembesar Bernama, melalui saluran Astro 502 terdapat beberapa soalan yang beliau memberi jawab yang sama "...mereka tak faham..."
    Kalau dah tahu rakyat tak faham perjelaskanlah kepada rakyat dengan bahasa yang senang difaham.

    Jangan biar rakyat meneka apa yang tersirat daripada yang tersurat...
    Contoh : PM ada membuat kenyataan seperti berikut;

    1. Mengenai MH370 : ..." the plane transponder was
    deliberately switched off .....but not hijacked... ??? "
    " ..the plane ended in the Southern Indian Ocean....???"

    .2. Ketika lawatan PM Singapura ke Malaysia baru-baru ini:
    " Let's built a friendship bridge that is environmentally
    friendly....??? "

    Saya tak faham maksud sebenar ayat-ayat diatas ...tuan faham ke?

    ReplyDelete