Tuesday, May 13, 2014

Keluar UMNO: Jangan salahkan Ahmad Said


DALAM perkembangan terbaru, Datuk Seri Ahmad Said dan seorang lagi wakil rakyat BN yang merupakan Ahli Exco kerajaan negeri, Ghazali Taib mengumumkan keluar dari parti UMNO dan menjadi ahli dewan undangan negeri (ADUN) Bebas.

Ahmad dan Ghazali yang juga ADUN Ajil difahamkan telah menghantar surat kepada Setiausaha Agung UMNO, Datuk Seri Tengku Adnan Tengku Mansor lewat malam tadi.

Berita itu bagaimanapun belum dapat disahkan tetapi seorang pegawai kepada bekas Menteri Besar Terengganu itu tidak menafikan perkara tersebut.

Sementara itu, Astro Awani dalam laman webnya pukul 12.44 tengah malam ini turut menyiarkan laporan berhubung perkara tersebut.

(Petikan Utusan Malaysia Online 13/5/14)

Komen saya:

Tindakan bekas Menteri Besar Terengganu, Ahmad Said yang keluar UMNO selepas disingkirkan dari jawatan Menteri Besar bukan perkara luar biasa. Ini kerana sebahagian besar pemimpin berada dalam UMNO selagi  ada ruang untuk membuat "penambahbaikan" kepada diri mereka.

Apabila UMNO sudah tidak boleh memberi  kekayaan mereka akan mengambil tindakan keluar dari parti itu. Ini kesilapan UMNO yang sejak sekian lama dan menjadi  ia parti yang materialistik. Parti ini menghimpunkan mereka berfikiran  materialistik, perjuangan alif ba ta  hanya slogan  untuk menunjukkan kepada umat Melayu Islam  inilah parti yang memperjuangkan mereka.

Mana perjuangannya kalau diminta turun dari jawatan terus keluar UMNO? Saya fikir UMNO kena berbangga kerana memiliki Ahmad Said yang melangsungkan pemikiran pemimpin UMNO yang materialistik.

Ini sama dengan bekas Menteri Penerangan, Kadir Sheikh Fadzir yang keluar UMNO kerana dia sudah tidak boleh menjadikan UMNO alat kekayaannya. Sebenarnya Kadir dibuang, dia cuma meletak jawatan tidak sampai dua jam sebelum pembuangan dia diumumkan.

Ahmad Said bukan keseorangan. Banyak lagi yang mempunyai sikap yang sama dengan dia. Cuma sekarang mereka masih mendapat tempat dalam UMNO dengan jawatan yang kononnya sukarela tetapi banyak imbuhan untuk menjadi kaya raya.

UMNO baru sahaja menyambut ulang tahun ke 68 baru baru ini. Tetapi semangat generasi awal yang memperjuangkan kemerdekaan negara sudah lama mati. Ia mati kerana UMNO tidak dapat mengimbangi tuntutan materialisme dengan perjuangan. Sesetengah pemimpin UMNO lebih memperjuangkan kepentingan materialisme peribadi berbanding perjuangan untuk agama, bangsa dan negara.

Jadi, UMNO janganlah berdukacita di atas tindakan Ahmad Said yang "belot" kepada UMNO di Terengganu membuatkan besar kemungkinan Terengganu jatuh ke tangan Pas. Ahmad Said tidak boleh dipersalahkan kerana dia dibesarkan dan diacuankan dalam persekitaran pemikiran politik UMNO yang sedemikian rupa.


UMNO jangan gundah dengan Terengganu, lebih baik mereka gundah Selangor dan Pulau Pinang yang jatuh ke tangan pembangkang bukan Melayu yang menghakiskan orang Melayu Islam dan kemelayuannya. Terengganu dan Kelantan buat buat pejam mata sahajalah. Di sana orang kita juga.

2 comments:

  1. Memang org kita tapi tak mustahil buat gila. Dgn Dap takkan berpisah jua.

    ReplyDelete
  2. Setuju dengan pandangan penulis. Andainya pejuang umno dahulu hidup kembali..pasti meratap sedih dengan sebilangan sikap pemimpin begini..ditambah pula dengan konco2 yg lebih sudu dari kuah.. kebanyakan pemimpin sekarang hanya bersembunyi di sebalik perjuangan bangsa..tp hakikatnya nak kembung perut sampai 27 keturunan. Saya ahli umno...tiada kepentingan jawatan dan juga projek..tapi dimanakah sepatutnya rakyat di letakkan di mata pemimpin. ..bukan masa menagih undi sahaja...pemimpin bekerja untuk rakyat..bukan mengaut harta untuk kerabat

    ReplyDelete