Wednesday, May 14, 2014

Ahmad Said dan ADUN lompat keluar, lompat masuk

 TERKINI
Bekas Menteri Besar Terengganu, Ahmad Said yang keluar UMNO semalam hari ini telah kembali kepada UMNO selepas "berbincang" dengan Perdana Menteri, Najib Tun Razak. Semua ini bukanlah suatu yang luar biasa kerana dalam politik tidak ada kawan, tidak ada musuh. Yang ada apa faedah untuk diri sendiri. Nampaknya yang melompat keluar hari ini berpakat melompat masuk.

Sementara itu di Pasar Batu Enam, Manir, Terengganu  para penjual ikan dan pembeli tawar menawar untuk membeli ikan. Penjual mahu menjual ikan dengan harga yang mahal,  pembeli pula mahu harga yang rendah. Apabila mereka bertemu pada satu titik "win win situation"  berlakulah jual beli ikan kembung yang sebenarnya memang dah kembung. Inilah laporan yang diterima daripada Ayoh Ngoh,  mutual friends Mat Said  yang kerjanya menjadi Pengerusi di kedai kopi dekat Pasar Batu Enam.

POSTING ASAL

COULD the Barisan Nasional be losing grips on Terengganu? Could this be another bala’ for the luckless Prime Minister, Mohd Najib Abdul Razak?

The online media has reported that the axed Terengganu Menteri Besar, Ahmad Said, has left Umno and declared himself an independent state assemblyman. Ahmad is said to have been joined by the Ajil Assemblyman and exco member, Ghazali Taib. Reports say more could be joining them.

They did so hours after Ahmad was replaced by the Seberang Takir State Assemblyman, Ahmad Razif Abd  Rahman, as Menteri Besar yesterday evening.Technically, the BN is now down by two seats in the state assembly and that puts it on par with the opposition Pakatan Rakyat (PR).

In the May 5, 2013 general elections the BN won 17 seats and the PR won 14 via PAS and one through PKR. And could the impossible happen - PAS joining Umno in forming a coalition government in the state?

Or will Terengganu be mired in yet another political crisis reminiscence of the 1960’s and 70’s? If Ahmad and Ghazali persisted with their decision of leaving Umno and declaring themselves independent assemblymen, the PR could demand to form the state government.

It could also ask for a special session of the state assembly to pass a no confidence vote against the new Menteri Besar as he does not have a majority in the assembly. The situation would be worse for the BN if indeed more Umno assemblymen follow Ahmad's and Ghazali's footsteps.

Still this is a developing situation. Could the Barisan Nasional be losing grips on Terengganu? Could this be another bala’ for the luckless Prime Minister, Mohd Najib Abdul Razak? The online media has reported that the axed Terengganu Menteri Besar, Ahmad Said, has left Umno and declared himself an independent state assemblyman.

Ahmad is said to have been joined by the Ajil Assemblyman and exco member, Ghazali Taib. Reports say more could be joining them. They did so hours after Ahmad was replaced by the Seberang Takir State Assemblyman, Ahmad Razif Abd  Rahman, as Menteri Besar yesterday evening.

Technically, the BN is now down by two seats in the state assembly and that puts it on par with the opposition Pakatan Rakyat (PR). In the May 5, 2013 general elections the BN won 17 seats and the PR won 14 via PAS and one through PKR. And could the impossible happen - PAS joining Umno in forming a coalition government in the state? Or will Terengganu be mired in yet another political crisis reminiscence of the 1960’s and 70’s?

If Ahmad and Ghazali persisted with their decision of leaving Umno and declaring themselves independent assemblymen, the PR could demand to form the state government. It could also ask for a special session of the state assembly to pass a no confidence vote against the new Menteri Besar as he does not have a majority in the assembly. The situation would be worse for the BN if indeed more Umno assemblymen follow Ahmad's and Ghazali's footsteps.

Still this is a developing situation. Politicians can change their decisions at will if the “price” is right. It is often said that a politician we could trust is a dead one. Wallahualklam.

(Petikan blog Datuk A. Kadir Jasin 13 Mei 2014)

Saya setuju dengan perenggan terakhir tulisan Datuk Kadir, " Politicians can change their decisions at will if the “price” is right."  Duit boleh menyelesaikan banyak masalah walaupun ada kalanya masalah yang diselesaikan dengan kuasa duit akan beranak masalah baharu.

Di Terengganu, kebijaksanaan UMNO bermain catur sedang diperhatikan. UMNO bermain dengan bekas UMNO (bekas MB Mat Said) yang berpotensi membawa ADUN UMNO yang menyokongnya menjadi ADUN bebas. Tetapi UMNO tidak seharusnya bimbang dengan pergolakan di Terengganu selagi mempunyai duit untuk menyelesaikan krisis ini.

Apa salahnya memberikan "sedikit" imbuhan kepada ADUN  yang boleh menyelamatkan Terengganu daripada berpindah parti? UMNO tidak perlu apologetik atau rasa bersalah kerana membelanjakan "sedikit" duit bagi kelangsungan penguasaan parti.

Saya tidak mahu menjadi idealis dan menganggap seolah olah dunia bagai nak kiamat kalau duit dijadikan ramuan dalam menyelesaikan pergolakan yang berlaku. Pada masa yang sama saya juga tidak mahu menjadi idealis menganggap orang politik berjuang demi agama, bangsa dan negara walaupun ada yang berbuat demikian.

Saya seorang realis yang dibentuk oleh persekitaran politik di negara ini.  Kalau dalam pemilihan jawatan dalam UMNO ada calon membelanjakan "sedikit" daripada duitnya untuk mendapat kemenangan dan telah dibuktikan oleh Jawatankuasa Disiplin parti itu, apakah dalam isu Terengganu ia menjadi sangat pelik dan mustahil?

Seorang ADUN UMNO yang melompat jadi ADUN bebas telah kembali ke pangkuan UMNO kerana "dinasihati" oleh rakan rakan dalam UMNO. Tindakan ADUN itu menjadikan UMNO masih berkuasa di Terengganu, setidak tidaknya untuk hari ini. Jasa ADUN yang berpatah balik dangat besar kepada UMNO yang bakal kehilangan sebuah negeri yang kaya dengan minyak.

Saya kagum dengan kuasa rakan rakan beliau kerana dalam masa tidak sampai 24 jam mereka berjaya membawa balik ADUN lompat itu kepada UMNO. Kenapa rakan rakan tidak menasihatkan beliau sebelum tragedi lompat berlaku? Kalau benar bagai dilaporkan di media, saya bimbang kerana pendirian ADUN berkenaan cepat berubah.

Saya suka melihat politik melangkau parti UMNO dan Pas dengan melihat konsep berpolitik orang Cina misalnya antara DAP, MCA dan Gerakan. Saya tidak melihat UMNO dan Pas satu fragmentasi sebaliknya kesatuan politik Melayu sebagaimana politik Cina dalam tiga parti tersebut.

Kalau kita melihat politik dalam relung pandang yang jauh, kita boleh kepada tiga: satu politik Cina, kedua politik UMNO dan ketiga politik Pas. Maknanya Cina bersatu dalam perbezaan ideologi politik tetapi Melayu difragmentasikan oleh UMNO dan Pas padahal kedua dua ya sama iaitu Islam dan Melayu.

Kalau dilihat dati sudut politik Melayu yang tidak dipisahkan oleh ideologi politik yang sempit sebagaimana tiga parti Cina bersatu menentang hudud, Terengganu tidak bergolak kerana masih dalam lingkungan politik Melayu. Cina di Pulau Pinang tidak merasakan apa apa perbezaan dari Gerakan kepada DAP, kedua duanya Cina. Kalau begitu halnya, kenapa ia menjadi isu di Terengganu?

1 comment:

  1. Sekiranya alasan DS Ahmad Said hendak ditukarkan kepada DS Ahmad Razif adalah kerana prestasi negeri Trengganu pada PRU13 merudum apa bezanya dengan Perak?

    Kalau nak ukur prestasi, Ketua Perhubungan UMNO Negeri Selangor ketika PRU13 adalah Presiden UMNO. Kenapa beliau tidak letak jawatan?

    Saya rasa ada sebab lain disebalik DS Ahmad Said didesak berhenti dan tidak boleh ditangguh-tangguh lagi walaupun beliau akan mengadakan kerja kawin dalam masa 4 hari lagi.

    Bila kita mengaibkan seseorang atau pihak parti lawan pastikan yang diri atau parti kita bersih macam kain putih. Sekiranya diri pemimpin dan parti serupa saja seperti pemimpin parti lawan diam-diam saja la.

    Apakah perlunya DS Ahmad Said diganti dengan DS Ahmad Razif tanpa berlengah sesaat pun?
    Adakah DS Ahmad Said telah kacau periuk nasi sesiapa sehinggakan tak boleh tunggu 4 hari pun?

    Tetapi biasalah bila kita tuduh parti lawan tak beretika & tak demokratik bila menyuruh ADUN mereka melepaskan jawatan apa bezanya bila menyuruh ADUN Kijal meletakkan jawatan walaupun perjanjian telah dibuat setahun yang lalu.

    Saya cuba sedaya upaya hendak menyayangi parti yang digelar sebagai parti keramat.
    Tapi kalau setakat nama saja keramat, apa guna?

    ReplyDelete