Wednesday, April 23, 2014

Kedatangan Obama membawa bala


Rakyat telah dimomokkan bahawa kedatangan Presiden Amerika. Syarikat (AS) Barack Obama ke negara ini pada 26 hingga 28 April ini mengeratkah hubungan antara kedua dua negara. Bolehkah kita menelan bulat bulat momokan ini kerana yang pasti Obama mempunyai agenda untuk kepentingan AS bukan Malaysia?

Difahamkan antara agenda kedatangan Obama ke negara ini ialah memberi tekanan secara tidak langsung terhadap keenganan Malaysia menandatangani Perjanjian Perkongsian Trans Pasifik (TPPA).  Perjanjian ini adalah agenda halus AS untuk menjajah ekonomi negara negara yang menyertai TPPA.

Selama ini rakyat diberitahu kerajaan tidak akan menandatangani perjanjian itu sekiranya memberikan kesan buruk kepada negara ini. Pada masa yang sama kerajaan cuba memberikan gambaran bahawa TPPA  tidak memberikan kesan buruk sekalipun bekas Perdana Menteri, Mahathir Mohamad meminta supaya kerajaan tidak tergesa gesa.

Ketika saya mengikuti satu seminar di Putrajaya tidak lama dulu, wakil dari satu kementerian dengan yakin menyenaraikan kebaikan TPPA kepada Malaysia termasuklah produk tembakau. Pendek kata semua yang baik baik belaka tetapi saya sedikit pun tidak percaya.

Sebabnya pegawai yang hadir memberi ceramah itu bukan memperkatakan realiti TPPA tetapi membawa suara beberapa pihak dalam kerajaan yang cenderung untuk menerima TPPA.

Saya lebih percaya bekas Menteri Kewangan, Daim Zainuddin yang memberi peringatan supaya kajian yang mendalam perlu dibuatb sebelum menerima TPPA. Siapa nak percaya kata kata manis pegawai yang dihantar oleh Kementerian Kewangan ke seminar itu berbanding Daim?

Kenyataan Daim disiarkan dalam Utusan Malaysia hari ini. Daim memberitahu terdapat beberapa kes yang berlaku di Korea Selatan, Jepun dan Australia telah membuktikan banyak bala dari laba. Perdagangan negara berkenaan telah diliberalisasikan selepas menandatangani TPPA.

Syarikat rokok terkemuka Philips Morris telah menyaman kerajaan Australia kerana ada undang undang terhadap pembungkusan rokok. Siapa kata negara kita masih kebal daripada tindakan undang undang negara luar sekiranya menyekat kemasukkan barang dagangan mereka?

Tetapi malangnya perkara perkara ini tidak diberitahu kepada rakyat. Kerajaan pula kelihatan begitu teruja untuk menyertai TPPA dan kenyataan yang dikeluarkan di media lebih kepada kempen untuk mendapatkan restu rakyat bagi kepentingan pihak pihak tertentu.

Menteri Perdagangan Dalam Negeri, Mustapha Mohamad mengakui isu TPPA akan disentuh dalam kunjungan itu walaupun cuba menenangkan kegusaran rakyat dengan kenyataan bahawa tiada perjanjian perdagangan dimeterai semasa kunjungan itu.

Saya percaya Mustapha bercakap benar, tidak ada perjanjian perdagangan semasa kunjungan itu tetapi beliau tidak memastikan tidak ada tekanan secara tidak langsung ke atas Malaysia supaya mempercepatkan perjanjian TPPA.

Saya percaya TPPA akan ditandatangani tidak lama selepas kepulangan Obama kerana kerajaan kelihatan begitu berminat dan yang ditampilkan kepada rakyat sisi putih TPPA semata mata. Mujurlah Daim tidak diam dan bersuara mengenai hakikat yang mesti diterima sekiranya menyertai TPPA.

Tetapi apalah yang rakyat boleh lakukan sekiranya kerajaan memgambil keputusan menyertai TPPA. Dalam keadaan hubungan diplomatik yang tegang dengan China ekoran tragedi MH370 Malaysia tidak sensitif apabila menerima kunjungan Obama ke negara ini.

Obama akan mendapat banyak keuntungan politik hasil kunjungan ini antaranya memperlihatkan kepada China bahawa AS menguasai wilayah Asia Pasifik sekaligus mengimbangi pengaruh China di wilayah berkenaan. Apa untungnya Malaysia mendatangkan kecurigaan China sedangkan China adalah kuasa ekonomi dunia ketika ini?

1 comment:

  1. SETUJU Ku Seman! Tapi China pun jgn.lah kita percaya sgt. - lihat artikel terbaru yg. amat BERNAS dan penuh teliti oleh Azri Shukri tentang hubungan makin rapat yg. amat mencurigakan antara China-si-DALANG-DUA-MUKA dan Israel/Amerika - yg. mungkin berkaitan rapat dgn. kehilangan MAS kita; lihat di - http://azlishukri.blogspot.com/2014/04/misteri-mh370-ayunan-timur-barat-episod.html , Misteri MH370 : Ayunan Timur Barat (Episod ke-8)!

    Maka janganlah kita biarkan diri kita diPERBODOHkan berterusan drama DAJAL si DAPBANGKAI/PKRPELIWAT/PENGGANAS Red Bean/Geng Kongsi Gelap (yg. sebenaqnya adalah ejen-ejen Mossad-Israel/ZIONIS-CIA/US-MI6-NATO)! Sebenaqnya dgn. berpura bergaduh antara mereka, mereka mahu UMNO dan Islam/umatnya menyokong kedatangan Obama-si DALANG-DUA-MUKA-PEMBUNUH umat Islam, kat NEGARA ISLAM ini!

    Dan Obama tu sebenaqnya adalah si GAYZIONIS (lihat http://www.thetruthseeker.co.uk/?p=40983, Repost: Obama’s Sodomite Past Comes Back To Haunt Him, By Wayne Madsen on January 8, 2012 - kalau berita ini tak benar, tentu Obama dan gengnya, dah SAMAN)!

    Dan sebenaqnya, pembunuhan beramai(GENOCIDE) ke atas umat Islam yg. makin meningkat sejak Obama menjadi Presiden, samada melalui PENJAJAHAN terus, penggunaan Drone/bom kimia, atau menggunakan pengganas al-Qaeda atau mana-mana “pengganas Islam” yg. sebenarnya dicipta Barat-ZIONIS sendiri - adalah bertujuan utk. MENJATUHKAN Islam/umatnya dan untuk melaksanakan PENJAJAHAN Barat-Israel, ke atas Dunia Islam/Dunia Ketiga, yg. kaya minyak-gas-mineral, yg. bermula dr. Palestin, hingga ke Afghanistan, Iraq, Libya (Obama yg. menyamaq sbg. org. Islam, bersorak apabila Allahyarham Pres. Ghaddafi disula oleh ejen Mossad!), Syria, Mali, Somalia, Yemen, Pakistan, Mali, Nigeria, Republik Africa Tengah dsbnya (lihat di http://www.globalresearch.ca/fighting-al-qaeda-by-supporting-al-qaeda-in-syria-the-obama-administration-is-a state-sponsor-of-terrorism/5339728, Fighting Al Qaeda by Supporting Al Qaeda in Syria: The Obama Administration is a “State Sponsor of Terrorism”, By Prof Michel Chossudovsky, Global Research, June 19, 2013)!

    Jadi sepatutnya, perjanjian TPPA ini tak patut disertai Dunia Islam spt. Brunei dan Malaysia kita (TPPA didominasi ZIONIS-Israel sebenaqnya, kerana mereka telah menguasai rejim Barat serta Singapura dan Mexico)– tolonglah dengaq cakap YAB Ayahanda Tun kita dan sepatutnya buatlah perjanjian perdagangan global spt. ini antara Dunia Islam dlm. OIC, termasuk bidang pelancongan, pendidikan ISLAM, perdagangan dan KETENTERAAN!

    Dan agaknya dgn. "perdagangan tanpa sempadan" TPPA ini, yg. didominasi si KAPIRDAJAL Barat-ZIONIS, kalau diluluskan, maka "PORNO tanpa sempadan" pun mungkin akan dipaksa atas kita secara terangan - bukan lagi hanya di Internet!

    Tengoklah keangkuhan puak SYAITAN Barat-ZIONIS mengagungkan "PORNO tanpa sempadan" ini dgn. tertubuhnya "Eropah tanpa sempadan" iaitu, EU - di http://www.nst.com.my/latest/eu-is-also-porn-without-borders-1.568648:

    EU is also 'porn without borders'

    15 April 2014

    STRASBOURG, France: Improved access to porn movies across Europe’s many borders is one of the merits of the European Union, conservative party chief Joseph Daul said Tuesday.

    Asked by a local French newspaper how he convinced young voters to go to the polls in May’s European Parliament elections, Daul offered freer movement across borders as one convincing argument.

    “I tell them that at their age, when I was 18, when I wanted to go to Kehl (across the border in Germany) to see porno movies that were banned in France, you had to wait two-and-a-half hours to get through custom….

    Makcik Sambal Belacan – PERTAHAN Islam dan umatnya, Raja-Raja Melayu/PERKASA/Bahasa Melayu, hak BUMIPUTERA Melayu dan BUMIPUTERA lain; dan hak orang miskin dari semua bangsa yang hormat Islam, dan bangsa dan hak Bumiputera (Bumiputera juga bermakna Pribumi/Orang Asal-Asli/Indigenous/Native/Aboriginal/First Nation).

    ReplyDelete