Monday, April 21, 2014

Isu MH370: Australia cuba perangkap Malaysia

Kenapa Malaysia dan Australia perlu menandatangani perjanjian bersama (MoU) dalam rangka kerja menguruskan bangkai pesawat MH370,  mayat dan kotak hitam? Ini soalan penting yang mesti dijawab oleh pihak berkuasa Malaysia untuk mengelak daripada menjadi mangsa permainan Australia.

Nampaknya pertolongan yang dihulurkan Australia dalam mencari pesawat itu mempunyai muslihat. Malaysia pula sudah banyak terhutang budi dengan Australia dan ini menjadi pertaruhan Australia untuk mendapatkan hak ke atas ketiga tiga perkara tersebut.

Seperti yang semua pihak tahu kehilangan pesawat MH370 bukan satu kemalangan biasa tetapi satu konspirasi pihak tertentu. Bayangkan sekiranya bangkai pesawat ditemui dan ia menjadi hak Australia.

Bangkai pesawat itu mempunyai banyak bukti apa yang telah dilakukan hingga hilang begitu lama dan tidak dapat dikesan sekarang ini.  Bayangkan kalau segala barang bukti itu tidak ada dalam tangan kita dan Australia boleh sahaja mengubah mengikut keperluan agenda mereka.

Persoalannya kenapa Australia mahu mengendalikan bangkai pesawat, mayat dan kotak hitam kerana semua itu kepunyaan Malaysia dan sekiranya ditemui di lautan Hindi, itu dalam perairan antarabangsa. Tambahan pula rakyat Australia bukan sebanyak China.

Dalam soal ini kita sudah terperangkap dengan cara Australia menghulurkan budinya dan menariknya apabila pihak kerajaan Malaysia termakan dengan budi itu. Australia banyak melabur dalam pencarian MH370 dan kerjasama seperti yang digambarkan oleh Perdana Menteri Najib Razak tidak wujud apabila Australia mendesak diadakan MoU tersebut.

Malaysia akan kehilangan hak dalam banyak perkara dan yang lebih penting dan sensitif apabila kotak hitam juga menjadi antara barang kes yang kemungkinan dikendalikan oleh Australia. Kerajaan Malaysia perlu berfikir panjang sebelum menandatangani MoU ini kerana ia melibatkan hak mengendalikan kes terbesar ini.

No comments:

Post a Comment