Saturday, April 26, 2014

Bangga pendirian Utusan isu Obama

Hari ini tiga akhbar arus utama, Berita Harian, New Straits Times (NST) dan Star memuatkan kedatangan Presiden Barack Obama sebagai berita muka depan. Kemudian di muka dalam berlapis lapis lagi rencana yang mengalu alukan dan menganggap ini sebagai satu "sejarah" bagi negara ini.

Hanya akhbar Utusan Malaysia tidak menyiarkan sebagai berita muka depan. Malah di muka dalam hal hal yang memperlihatkan Melayu sebagai warga hamba abdi yang mengalu alukan kedatangan tuan tanah tidak ketara. Hanya sekadar berita biasa sahaja.

Hari ini saya berbangga menjadi salah seorang warga Utusan kerana pendirian Utusan sentiasa berbeza dalam hal hal yang secara tidak langsung menunjukkan kita merendah diri hingga ke peringkat henda sujud di kaki Obama. Saya tidak malu mengaku warga sebuah organisasi media yang  membawa suara rakyat bukan suara seketul dua yang menjadi pemuja Amerika.

Memanglah kedatangan Obama satu sejarah selepas 48 tahun Presiden LBJ melawat Malaysia. Tetapi apakah makna yang lebih besar selain nostalgia sebagai bangsa yang berjiwa hamba kepada kuasa besar yang hilang taringnya?

Muka depan Star bertajuk Welcome, Mr President,  NST (Ties That Bind) dan Berita Harian (Era Baru Malaysia - AS).  Rencana lidah pengarang Star bertajuk Selamat Datang from all Malaysians yang memuja dan menyanjung kesudian Obama datang ke negara ini.

Saya berbangga kerana Utusan mengambil pendirian yang berbeza dalam isu kedatangan Obama. Walaupun ada penjilat Amerika kurang senang dengan pendirian Utusan tetapi itu adalah Utusan. Saya percaya Utusan tidak menentang kedatangan Obama cuma tidak beriya iya.  Akhbar Star lagi kurang ajar siap siar budak budak tadika memegang bendera Amerika.

6 comments:

  1. The star kan walau milik MCA tp berkiblatkan Dap@freedom membabii buta

    ReplyDelete
  2. Apa yg hebatnya dgn Mat Hitam hamba abdi Yahudi
    Dulu hamba Org Putih
    Naik pangkat sikit, jd hamba Yahudi

    Mat Hitam di Malaysia ?
    Hahaha
    Kaki Todi..

    ReplyDelete
  3. Nama tuan timbul dalam video temu ramah Leuren Moret.Munkin tuan sudah menontonnya. Nama tuan timbul munkin ada kaitan dengan pojok yang ditulis dalam Mingguan Malaysia baru-baru ini.

    Apakah kedudukan tuan selepas menulis makalah sedemikian?Bos ada beri amaran ke
    Saya angkat tabik dengan keberanian tuan menulis makalah mengenai kehilangan pesawat MH370 tanpa mengguna sebarang bahasa kiasan.

    Saya tidak terkejut sekiranya tuan menerima amaran atau kata dua daripada bos tuan kerana menulis sedemikian .
    Walau apa pun saya berharap tuan terus menulis kebenaran dan sentiasa mencari kebenaran. Semoga Allah melindungi dan memberi kekuatankepada tuan untuk menulis lagi.

    Terima kasih :)

    ReplyDelete
  4. Sdr Latifah, saya belum menonton video yang dikatakan tentang saya. Sekiranya ada pohon berikan link kepada saya untuk menontonnya. Mengenai teori saya tentang pesawat MH370 saya tidak diberi apa apa amaran oleh Utusan. Saya percaya Utusan menyakini sikap profesionalisme saya dan Utusan mengamalkan kebebasan bersuara dan berekspresi. Sebab itu saya berbangga menjadi warga Utusan yang mempunyai prinsip tersendiri. Cuma ada balaci UMNO di luar Utusan yang kurang senang kerana dia adalah penjilat Amerika. Saya peduli apa dengan dia kerana saya wartawan dan dia politikus. Prinsip kami berbeza, maruah juga berbeza.

    ReplyDelete
  5. http://www.youtube.com/watch?v=WMwrAB4ncgk
    http://www.youtube.com/watch?v=aUgWhUkkzr4

    Tuan boleh juga google nama ..Leuren Moret ...bnyk video t/tamah beliau.
    Saya tak tahu samada kita boleh percaya 100% kata-kata Leuren Moret ini.

    ReplyDelete
  6. I like your website, it is good. Check my website too.

    You can gry
    from my website.
    I like your website, it is good. Check my website too.
    You can gry from my website.

    ReplyDelete