Wednesday, March 19, 2014

Pesta muzik liar: Mana suara UMNO


Pesta muzik liar yang dinamakan Future Music Festival Asia yang berlangsung di Stadium Nasional. Bukit Jalil telah mengorbankan enam remaja kerana mengambil dadah secara berlebihan. Sementara berbelas lagi dalam keadaan kritikal.

Pesta muzik ini menggunakan acuan pesta muzik liar Woodstock di New york tahun 1969 yang menganjurkan satu budaya sosial mengagung pergaulan bebas, seks bebas, arak dan dadah. Pesta muzik yang berlangsung selama tiga hari di Woodstock itu telah memberikan kesan yang buruk kepada remaja di dunia pada dekad 1960 an hingga kini.

Tetapi minggu lepas penganjur pesta muzik yang terdiri daripada orang tempatan telah menganjurkan pesta muzik liar hingga mengorbankan enam pengunjung. Ini belum lagi mempromosikan pergaulan bebas oleh pengunjung yang datang dari luar negara.

Cuma yang menghairankan hingga kini kita tidak mendengar sebarang kenyataan daripada UMNO mengenai pesta muzik liar ini. Adakah penganjuran pesta muzik liar ini mendapat restu UMNO maka UMNO kecewa apabila polis membatalkan konsert hari ketiga selepas enam pengunjung mati kerana dadah?

Ternyata UMNO sedikit pun tidak sensitif dengan anasir anasir yang dibawa masuk untuk meruntuhkan generasi muda atas nama muzik. UMNO mungkin takut dilabelkan tidak mesra orang muda maka UMNO sanggup membiarkan mereka jahanam demi kelangsungan politik UMNO.

Adakah orang yang terlibat dalam penganjuran konsert ini berjasa besar kepada UMNO lalu UMNO yang kononnya memperjuangkan alif ba ta (agama, bangsa dan tanah air) cuba melindungkan pesta muzik ini daripada menjadi percakapan rakyat. Atau demi untuk menjayakan Tahun Melawat Malaysia kita terpaksa berkorban waima hal hal yang meruntuhkan generasi muda.

UMNO juga tidak bercakap sepatah haram mengenai konsert Life In Color yang dijadualkan pada 19 April depan di Litar Sepang. Konsert yang dibawa dengan kerjasama Zouk, sebuah pusat hiburan liar di Jalan Ampang Kuala. Lumpur diberi permit oleh kerajaan.

Bagaimanapun terpaksa dibatalkan selepas enam pengunjung konsert di Bukit Jalil mati minggu lalu. Sekiranya tidak berlaku kematian kerana dadah itu konsert Life In Color sudah pasti berlangsung seperti yang dijadualkan.

Hendak tahu apa itu Life In Color? Ini adalah konsert cat iaitu mengecat tubuh dengan warna yang terbesar di dunia. Hebat Malaysiaku. Bayangkan budaya hidup yang dibawa oleh konsert ini yang sama sekali bertentangan dengan imej Malaysia sebagai sebuah negara Islam yang menjadi rujukan dunia.

Di mana alim ulama dalam UMNO? Takkan demi kelangsungan politik mereka pun menjahit mulut daripada bersuara sesuatu yang bertentangan dengan dasar UMNO terhadap hiburan liar begini?

5 comments:

  1. Ku Seman, kalau tak salah ada penjelasan dan komen dari Menteri Pelancongan,Nazri Aziz yang menarik perhatian dari segi positif/keuntungan hasil dari penganjuran pesta itu. Tapi saya tak pasti samada beliau bercakap atas portfolio kementerian yang dipikulnya @ atas parti yang saudara bangkitkan itu...

    ReplyDelete
  2. bodolah kau ni Putri UMNO/Pemuda UMNO dah sound cukupla tak kan seua kerja MT nak kena buat ....

    ReplyDelete
  3. Kepada Anonymous 1.47AM - Maksud saya UMNO tidak buat kecoh macam isu Teresa Kok buat video satira. Saya fikir isu video itu tidak terlalu merosakkan rakyat berbanding konsert liar yang mempromosi pergaulan bebas. Selalunya UMNO menjadi juara tetapi dalam bab ini senyap.

    ReplyDelete
  4. Kalau saudara masuk ke laman Internet, yang kita jumpa komen daripada Pas, bukan UMNO. Saya tidak tahu kenapa cuma saya terfikir UMNO tidak serius. UMNO tidak boleh anggap mereka juara mempertahankan Islam hanya dengan isu kalimah Allah dan Syiah sahaja. Isu pesta muzik ini juga besar sepatutnya UMNO ke depan. Saya fikir UMNO ada kepentingan dalam pesta muzik ini. Saya agaklah.

    ReplyDelete
  5. Kepada Anonymous 12:39 PM - Saudara terlalu idealis. Jangan lupa UMNO itu sebuah parti politik yang semestinya tebal kepolitikannya. Jangan percaya sangat kalau mereka cakap memperjuangkan agama, bangsa dan negara. Saya tidak menyalahkan UMNO kerana saya faham sifat dan sikapnya terhadap politik. Cuma saya bertanya di mana suara UMNO kerana dengan bersuara kepada hal hal begini juga memberikan keuntungan politik kepada UMNO.

    ReplyDelete