Monday, March 10, 2014

Jangan cepat sangat salahkan Imigresen

(Petikan Malaysiakini)

Takkan tak boleh fikir, Zahid selar imigresen


Satu siasatan dalaman dijalankan terhadap Jabatan Imigresen berikutan laporan dua pelancong menggunakan pasport curi bagi menaiki pesawat Malaysia Airlines (MAS) MH370 yang dilaporkan hilang awal pagi kelmarin.

Menteri Dalam Negeri Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi menegaskan siasatan secara terperinci itu akan memberi tumpuan khusus kepada Jabatan Imigresen cawangan Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA).

"Kita akan lakukan siasatan dalaman terutama ke atas pegawai yang bertugas di kaunter Imigresen KLIA semasa penerbangan MH370.

"Saya masih hairan tak kan (pegawai imigresen) tak boleh fikir, orang Itali dan Austria tapi muka macam orang Asia," katanya kepada pemberita pada majlis pertemuan peserta konvoi Kembara Bumi Suci 2014 dengan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak di Seri Perdana di Putrajaya, semalam.

KOMEN SAYA:

Zahid kena fikir bahawa pasport warga Itali dan Austria itu hanya hilang di Thailand. Setakat ini tidak dinyatakan digunakan oleh orang Thailand, kecuali pihak berkuasa sudah mengesahkan penumpang itu mirip wajahnya orang Asia.

Sekiranya disahkan wajah penumpang itu mirip orang Asia, Zahid wajarlah menyalahkan Imigresen yang tidak ada common sence untuk mengesan antara wajah orang Itali dan Austria dengan wajah orang Thailand.

Zahid juga jangan lupa pengganas di luar negara bukan macam orang curi ayam. Dalam filem filem Hollywood, membuat wajah palsu bukan suatu yang luar biasa dan tidak memerlukan belanja yang besar. Saya tidak hairan kalau wajah Zahid misalnya digunakan oleh orang lain yang menyokong Anwar Ibrahim. Seolah olah Zahid masih lagi menjadi ayam sabung Anwar sama seperti Zahid menyerang Dr. Mahathir atas kapasiti Ketua Pemuda UMNO.

Saya harap pegawai pegawai yang tidak ada kuasa politik dijadikan kambing hitam untuk menunjukkan Zahid seorang menteri KDN yang paling bertanggungjawab, tidak melindungi pegawai sendiri. Saya percaya dengan mengecam orang lain kita akan dilihat hebat, telus dan bertanggungjawab.

4 comments:

  1. MKDN Please don't talk use your kepala lutut!!!!!!!!!! Fahami situasi dulu baru bercakap. Ada tanya staff JIM bagaimana beban tugas mereka? Tolong tunjukan hasil siasatan CCTV tu dulu baru cakap nak blame staff JIM. Kalau JIM bertegas biasanya orang politik macam MKDN le yang buat sial di kaunter. Semua orang tau, agensi di bawah KDN macam mana bekerja. Kalau bertegas nanti adalah yang adu ke ke MKDN dan hasilnya, tak perlu cakap le. So, tolong jangan salahkan staff tapi tengok KDN dulu adakah selama ni betul jalannnya

    ReplyDelete
  2. Berlagak macam ayam jantan jagoan hanya sebelum perhimpunan agong, selepas itu jadi ayam betina berak kapur .. ni dah mula nak berkokok, tapi sayang bunyinya sumbang..

    tulisan anakmuar itu hanya tip of the bongkah iceburg di lautan artic .. apakah dia tak pernah tahu bagaimana orang melayu asia ini sudah lama membaratkan nama nama anak mereka..apakah muka mereka turut menbarat??

    Malaslah nak cerita kisah pak2 menteri ni ...duduk di sana bukan kerana ilmu dan pengetahuan..tp hanya dilantik dalam memfaraidthkan kuasa..tp berlagak pandai dan hebat

    ReplyDelete
  3. skrg cakap muka non asia mcm pemain bola mario brotelli pulak.calm down dont jump from conclusions pak menteri ooiiii.

    ReplyDelete