Thursday, January 2, 2014

Bukan kerana harga naik


Perhimpunan haram di Dataran Merdeka menjelang tahun baharu Selasa lalu tidak ada kena mengena dengan kenaikan kos sara hidup berikutan kenaikan harga barang, tol, bahan api dan tarif elektrik. Perhimpunan oleh puak-puak pembangkang yang berselindung di sebalik NGO pro pembangkang diadakan sebagai tempat untuk melempiaskan kejahatan sama seperti perhimpunan haram sebelum ini.

Walaupun saya tidak setuju tahun baharu disambut dengan hiburan yang bertaraf sampah tetapi tindakan peserta perhimpunan yang menceroboh pentas memperlihatkan mereka ini bukan sahaja jahat tetapi bodoh. Mereka bodoh sombong tentang adab dan etika. Maka kita perlu bertanya kepada pembangkang adakah budaya monyet begini yang hendak disebarluaskan sekiranya mereka menjadi kerajaan di negara ini.

Tetapi banyak yang kecewa dengan polis yang "terlalu mesra" hingga berlaku tidak adil kepada orang awam yang hendak meraikan tahun baharu di Dataran Merdeka. Adalah memalukan apabila pentas utama ditawan oleh peserta demonstrasi. Kalau polis hendak bertolak ansur pastikan hak orang awam yang patuh kepada undang undang tidak diambil untuk menjaga hati orang yang membuat salah.

Pembangkang di negara ini sudah lama hilang maruah apabila perjuangan untuk mendapatkan kuasa politik disusupi oleh elemen jahat. Pembangkang yakni PKR dan DAP berjaya memperjuangkan doktrin liberalisasi atau keterbukaan tanpa had kepada Pas hingga parti yang kaya dengan imej Islam itu turut menjadi lebih liberal berbanding PKR atau DAP. Pas penting kepada pembangkang kerana mereka merupakan peluru untuk meruntuhkan masyarakat Islam yang sewajarnya tidak dibatasi fahaman politik.

Perhimpunan haram ini juga turut disertai oleh beberapa pemimpin kanan Pas yang berpotensi menarik penyokong-penyokong Pas yang liberal untuk turut menari mengikut rentak yang bertentangan dengan imej yang dibawa. Kenyataan seorang aktivis pembangkang, Khalid Ismath bahawa cara Pas sebelum ini yang memberikan ceramah agama di masjid sebagai membunuh pemikiran generasi muda parti itu sebagai "keberanian" selepas banyak anak muda Pas berubah dari Islamik kepada liberal dan sekular.

Pas sudah tentu tidak berani menyerang balas kenyataan biadab Khalid Ismath kerana bimbang populariti Pas dalam kalangan generasi muda akan berkurangan. Pas selepas ini akan mengikut aliran pemikiran sekular yang dirintis oleh aktivis seperti Khalid Ismath walaupun bertentangan dengan Islam. Khalid akan menjadi ikon kepada generasi muda Pas kerana Pas telah lama membiarkan diri diperkudakan oleh PKR dan DAP.

Kalau Pas berani hari ini akan ada kecaman daripada Pas terhadap Khalid Ismath (budak setengah masak) yang berlagak untuk mengajar Pas berpolitik. Tetapi Pas tidak akan berani berkasar dengan Khalid Ismath seperti Pas takut kepada Anwar Ibrahim dan Lim Kit Siang. Sepatutnya pemuda pemuda Pas membelasah Khalid Ismath hingga tidak dengar kapalterbang lalu tetapi malang sekali Pas tidak ada keberanian itu. Kawan saya kata, sejak bila Pas berani? Penyokong peringkat akar umbi berjuang habis habisan supaya pemimpin Pas boleh jadi Perdana Menteri, tiba tiba Haji Hadi merajuk dengan Anwar Ibrahim dan nak balik kampung jadi nelayan.

No comments:

Post a Comment