Tuesday, July 15, 2014

Apabila Najib ke gelandangan

Selepas Perdana Menteri, Najib Razak membuat lawatan ke beberapa tempat warga gelandangan di Kuala Lumpur, beberapa teman meminta pandangan saya mengenai tindakan Najib itu. Tanya mereka adakah yang dilakukan oleh Najib mampu menggambarkan dia seorang pemimpin yang berjiwa rakyat?

Sebelum saya menjawab, saya juga bertanya kepada mereka apakah tujuan Najib pergi ke kawasan gelandangan tersebut? Dia boleh sahaja tanya dengan DBKL untuk mendapatkan gambaran masalah gelandangan di Kuala Lumpur.

Saya menyanjung tinggi kesudian Najib pergi ke kawasan gelandangan tersebut tetapi sanjungan saya akan lebih tinggi sekiranya Najib tidak membawa rombongan dan juga tidak membawa wartawan. Sebabnya kunjungan Najib kelihatan sama dengan program turun padang yang dilakukan sebelum ini.

Bagi saya inisiatif untuk turun padang adalah baik tetapi biarlah ia bukan satu program yang diatur. Turun padang bagi kefahaman saya adalah tindakan spontan seperti yang selalu dibuat oleh Raja Abdullah di Jordan.

Berbalik mengenai kunjungan Najib, alangkah besar kesannya kalau Najib hanya pergi dengan diiringi pengawal peribadi, mungkin 10 orang atau lebih tanpa memberitahu agensi atau kementerian yang terlibat dengan isu gelandangan. Kalau sudah membawa segala macam pegawai kanan dan kiri agensi dan kementerian,  ini satu acara yahg diatur.

Bayangkan di tempat gelandangan itu pun Najib diberi taklimat oleh pegawai dan menteri yang ikut serta. Bukankan lebih baik memanggil menteri atau pegawai berkenaan ke pejabat PM dan meminta mereka menerangkan isu gelandangan. Tujuan turun padang ke kawasan gelandangan untuk mendapat maklumat dan gambaran yang segar serta asli daripada warga berkenaan.

Saya tak fikir wartawan dapat menghidu kunjungan Najib kalau tidak diberitahu lebih awal. Kalau pun dapat menghidu hanya satu akhbar sahaja bukan semua akhbar seperti majlis yang dihadiri oleh Najib. Saya tak fikir kunjungan ini perlu dihebahkan kerana ia hanya untuk pengetahuan Najib sahaja.

Alangkah baiknya kalau dibuat macam Dr Mahathir pergi ke Jalan Raja Alang membeli kuih pada setiap Ramadan yang hanya ditemani oleh pengawal peribadi. Kalau  jumpa wartawan atau jurugambar,  nak buat macamana tetapi bagi Dr Mahathir  semasa menjadi PM itu bukan acara yang perlu dibuat liputan.

Saya masih ingat pengalaman bertemu dengan Allahyarham Yahya Ahmad pengasas DRB yang turun padang seawal 6 pagi  untuk melihat sendiri kelancaran bas Intrakota di Kuala Lumpur.  Yahya naik bas dan turun bas tanpa disedari oleh pekerja Intrakota malah pemandu bas pun tidak tahu yang dalam bas itu ada orang nombor satu DRB yang menguasai Intrakota.

Tetapi bila difikir fikir balik,  Yahya Ahmad berbuat begitu kerana dia bukan orang politik. Dia tidak perlu publisiti untuk memberitahu dia turun padang dan berasak asak bersama penumpang lain. Dr Mahathir pula mungkin kerana dia mahu menjalani hidup sebagai orang biasa, boleh pergi beli kuih sambil bertemu dengan orang ramai.

Saya fikir untuk masa depan Najib perlu membuat lawatan mengejut. Kalau orang kata khidmat di kaunter jabatan kerajaan kurang mesra rakyat, sesekali buatlah lawatan mengejut dan tanya orangramai di situ. Lawatan ke kawasan gelandangan kalau dibuat secara mengejut, tentu mengelupur Ku Nan yang  mahu menghalau gelandangan ke luar dari Kuala Lumpur terutama di kawasan yang dibangunkan oleh taikun Cina seperti YTL dan Berjaya.

Saya percaya kita semua pernah melihat bagaimana calon pilihan raya  berkempen dengan cara mengunjungi pasar ikan yang hanyir dan busuk. Merrka bersama rombongan termasuk jurugambar beraksi mengukur kelapa, tuang santan malah ada yang menebar roti canai.

Tak apalah, sebab kita faham tujuan mereka hendak berkempen. Bukan hendak jumpa rakyat pun. Sebenarnya saya pun tidak faham dengan strategi kempen yang tidak berubah sejak zaman tok nador dulu.

Sebab itu saya fikir tujuan Najib baik iaitu untuk melihat sendiri keadaan warga gelandangan. Tetapi orang yang berada di keliling Najib berfikir cara lama, kalau bos nak melawat mesti hebah kepada pihak itu dan ini termasuk media. Ini cara lama dan dah lapuklah. Mereka sepatutnya membezakan  untuk tujuan politik dengan yang berkaitan kepentingan rakyat.

Tengoklah hasilnya, kerana mereka Najib yang dapat nama buruk sebagai meraih kepentingan politik. Mereka ini hanya jaga KPI sahaja, setiap perkara yang dibuat oleh PM mesti dihebahkan. Sebenarnya apabila melihat pemimpin pemimpin kita duduk dengan orang marhaen sambil makan nasi lemak di akhbar dan televisyen,  rasa macam tidak asli saja.

Wednesday, June 25, 2014

MCA tidak ada prinsip, janji tak ditepati

PUTRAJAYA 25 Jun - Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak mengumumkan tambahan dalam barisan Kabinet yang menyaksikan kemasukan semua wakil-wakil daripada MCA dan Gerakan.

Presiden MCA, Datuk Seri Liow Tiong Lai dilantik sebagai Menteri Pengangkutan manakala Timbalan Presiden MCA, Datuk Dr. Wee Ka Siong pula dilantik Menteri di Jabatan Perdana Menteri.

Presiden Gerakan, Datuk Mah Siew Kiong turut dilantik sebagai Menteri di Jabatan Perdana Menteri. Tiga lagi Naib Presiden MCA turut dilantik sebagai timbalan menteri.

Mereka ialah Datuk Lee Chee Leong sebagai Timbalan Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri; Chua Tee Yong (Timbalan Menteri Kewangan) dan Datuk Chew Mei Fun (Timbalan Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat). - UTUSAN ONLINE


Komen saya:

Sepatutnya wakil MCA tidak ada dalam kabinet kerana orang Cina sudah tidak memerlukan MCA dan suara MCA pun sudah senada dengan DAP.  MCA wajar malu dan tidak sepatutnya menerima jawatan dalam kabinet  sekalipun dipujuk oleh Najib Razak kerana MCA tidak menyumbang dalam PRU 13 yang lalu. Kini ternyata MCA tidak ada prinsip kerana sebelum ini berikrar tidak mahu duduk dalam barisan kabinet. Apa kata UMNO?



Monday, June 23, 2014

Teguran ikhlas kepada Wanita UMNO

Semalam (22 Jun) saya hadir ke majlis Anugerah Nadi Negara anjuran Wanita UMNO di Hotel Premiera. Acara itu  adalah penyampaian anugerah kepada bekas bekas siswa yang cemerlang dalam akademik dan kokurikulum. Tetamu kenamaan adalah isteri Perdana Menteri,  Rosmah Mansor.

Walaupun penganjurnya sebuah sayap parti politik iaitu Wanita UMNO tetapi saya tidak menjangka majlis yang bertujuan menghargai siswa yang cemerlang itu bertukar menjadi majlis  berkempen UMNO.

Tetapi jangkaan saya meleset sama sekali, tiga ucapan yang disumbatkan kepada tetamu termasuk ibu bapa siswa yang diraikan itu melimpah ruah dengan  kempen politik UMNO.  Penganjur perlu membezakan antara majlis politik dan acara yang dianjurkan untuk memberi semangat dan penghargaan kepada generasi muda khususnya dalam dunia akademik.

Ucapan Ketua. Wanita UMNO, Shahrizat Jalil penuh dengan puji pujian kepada Perdana Menteri dan isterinya, Rosmah Mansor. Dia juga seolah olah mengungkit sumbangan UMNO dalam bidang pendidikan di negara ini.

Ucapan Rosmah juga mengecewakan saya kerana dia tidak menekankan peri pentingnya pendidikan kepada generasi muda. Tetapi yang ditekankan adalah jasa jasa UMNO yang bagi saya semua tidak menafikan perkara itu. Saya percaya sebahagian besar tetamu mengakui sumbangan UMNO terhadap pendidikan.

Saya percaya majlis itu akan menjadi lebih baik sekiranya penganjur tidak tergelincir daripada majlis untuk menghargai siswa kepada acara yang memperlihatkan UMNO begitu defensif pada hal yang tidak sepatutnya UMNO defensif.

Saya membayangkan masa yang saya beri kepada acara itu (selepas Rosmah lewat satu jam masuk ke dewan walaupun sudah sampai)  memberikan sekian banyak pencerahan tentang perancangan Wanita UMNO terhadap dunia pendidikan.

Tetapi malangnya semua itu tidak diberikan kepada tetamu termasuk saya dan  rasa macam sia sia kerana membazirkan masa ke majlis yang mahu memberitahu jasa jasa UMNO. Bagi saya pengendalian majlis ini perlu lebih fokus kepada penerapan peri pentingnya pembinaan generasi pelapis kepimpinan negara.

Saya percaya umtuk menjadi parti politik yang baik tidak perlu berpolitik dan bercakap tentang politik sepanjang masa. Ruang perlu diberikan untuk memikirkan hal hal lain yang boleh digerakkan dengan menggunakan pelantar politik.

CIA hilangkan pesawat MH370



CIA kawal keselamatan pesawat Boeing, kata Global Flight

(Mingguan Malaysia 22 Jun 2014)


Oleh Ku Seman Ku Hussain
Pengeluar pesawat terkemuka, Boeing sentiasa mengambil langkah proaktif untuk memastikan pengguna yakni penumpang pesawat dalam keadaan selamat semasa berada di udara. Boeing antara pengeluar pesawat termoden dan terbesar dunia dan boleh dikatakan di udara sekarang bersimpang siur dengan pesawat Boeing yang dibeli oleh banyak negara.

Walaupun semua pesawat Boeing yang berterbangan di udara telah dijual tetapi tetap ada perjanjian "khidmat selepas jual". Ini boleh dianalogikan kepada mereka yang membeli kereta mewah, walaupun kereta itu sudah bertukar nama tetapi pembuat kereta itu tetap memberikan khidmat kepakaran apabila berlaku sebarang masalah. Ini kerana hanya pembuatnya sahaja yang mahir tentang selok belok atau "perangai" kereta buatan mereka.

Hal yang sama juga dilakukan oleh Boeing. Syarikat ini mempunyai tanggungjawab terhadap setiap yang berlaku ke atas pesawat Boeing. Tentu sahaja membeli sebuah pesawat Boeing tidak sama dengan kita membeli sebuah lampu picit di kedai Ah Kau yang kalau rosak tidak lagi menjadi tanggungjawab Ah Kau. Sebab itu Boeing sangat prihatin terhadap keselamatan pesawat dan juga penumpang.

Salah satu usaha mempertingkatkan keselamatan pesawat dan penumpang ialah memasang alat Advanced Route Evaluation System (ARES) yang dihubungkan kepada pihak Agensi Perisikan Pusat (CIA). Menurut jurnal penerbangan, Global Flight 1 Disember 2006, dengan menggunakan alat kawalan jauh ini, CIA boleh memantau semua penerbangan pesawat Boeing di seluruh dunia. Ini bertujuan untuk menghalang daripada perampas melencongkan pesawat di luar laluan yang sepatutnya.

Menurut Global Flight, Boeing telah menggunakan alat itu sejak 2006 sebagai langkah proaktif menangani kejadian rampasan pesawat di mana perampas akan memaksa juruterbang melencongkan pesawat ke lokasi yang dikehendaki. Dengan menggunakan ARES, CIA yang memantau penerbangan pesawat Boeing akan mengambil alih tugas juruterbang secara kawalan jauh dan memandu pesawat itu ke lapangan terbang yang berdekatan dan selamat untuk mendarat.

Menerusi ARES, apabila CIA mengesyaki sesebuah pesawat Boeing itu dalam keadaan "luar biasa" sama ada isyarat diberikan oleh juruterbang atau CIA melihat pesawat telah terkeluar laluan, CIA akan mengambil alih sepenuhnya pemanduan pesawat berkenaan dan semua sistem di kokpit sudah tidak berfungsi lagi. Sekiranya dirampas, pesawat itu tidak boleh dilencongkan seperti yang selalu berlaku dalam rampasan pesawat sebelum ini.

Menurut artikel itu, dalam keadaan sekarang (2006) di mana semua pesawat Boeing dipasang dengan alat ARES, pergerakan pesawat adalah dalam tangan CIA dan tidak mungkin pesawat Boeing, apa lagi yang dikelaskan sebagai termoden akan terkeluar dari operasi kawalan jauh CIA. Maknanya pesawat Boeing menjanjikan keselamatan yang maksimum dan sekiranya perampas dalam kalangan teroris yang mahu membalas dendam terhadap Amerika Syarikat (AS), kerja mereka akan sia-sia kerana CIA tahu apa yang berlaku.

Penggunaan peralatan kawalan jauh yang dikendalikan oleh CIA ini memberikan keyakinan kepada penumpang-penumpang yang trauma membaca berita tentang pesawat yang dirampas. Penumpang akan selamat apabila keselamatan mereka dipantau setiap saat oleh CIA. Sekiranya perampas bertindak membunuh penumpang yang dijadikan tebusan, kerja itu adalah sia-sia. Juruterbang sudah tidak ada peranan lagi dan pesawat Boeing bertukar menjadi pesawat tanpa pemandu seperti yang digunakan oleh AS untuk mengintip dan mengebom musuh.

Pada 2006, Boeing dalam satu kenyataannya berkata, "Kami secara berterusan mengkaji dan melaksanakan pelan keselamatan kepada penumpang dan menjadi pesawat yang paling cekap di dunia dalam penerbangan." Selain mematikan sistem yang dikemudikan oleh juruterbang, ARES juga dibekalkan dengan sumber tenaga elektrik sendiri yang tidak boleh diputuskan secara manual.

Menurut jurucakap syarikat Raytheon Corporation telah berjaya mendapat kontrak yang dikeluarkan oleh Federal Avation Administration untuk memasang ARES pada pesawat Boeing, sistem ini bukan sahaja menyediakan pemanduan secara kawalan jauh oleh CIA malah menyediakan analisis pada laluan penerbangan yang selamat kepada CIA ketika pesawat dalam keadaan kecemasan.

Sebenarnya semua ini bukan baharu malah sudah lapan tahun digunakan dan banyak orang tahu tentang teknologi pemantauan yang digunakan oleh pesawat Boeing. Dengan teknologi ini juga memungkinkan tidak ada pesawat Boeing hilang dan tidak dapat dikesan.

Dengan teknologi, dunia menjadi semakin kecil. Semua pergerakan boleh dipantau dan sudah tentu tidak boleh hilang begitu saja.

Antara faktor yang mendorong Boeing menggunakan alat ini ialah kejadian rampasan pesawat untuk melanggar Pusat Dagangan Dunia (WTC) di New York pada 11 September 2001. Sekiranya menggunakan alat kawalan jauh ini sudah pasti tidak ada pesawat yang akan melanggar WTC kerana telah dilencongkan oleh CIA. Sebenarnya Boeing melakukan semua ini bukan sahaja kerana tanggungjawab kepada penumpang pesawatnya tetapi untuk menjaga reputasi. Kalau boleh Boeing tidak mahu sebuah pun pesawatnya bermasalah kerana itu akan menghilangkan keyakinan pembeli pada masa akan datang. Salah satu pesawat Boeing yang dilengkapi ARES adalah MH370.

Friday, June 13, 2014

Utusan Malaysia membakar diri demi rakyat



Akhbar  Utusan Malaysia  sekali lagi menjadi lilin, membakar diri untuk menjaga kepentingan jangka panjang rakyat khususnya di Johor apabila mendesak  pembentangan Rang Undang-Undang Lembaga Perumahan dan Hartanah Johor (LPHJ)  ditangguh dan dikaji dengan lebih teliti.  Rang undang-undang ini menjadi sangat “luar biasa”  apabila LPHJ  memberi kuasa kepada Sultan Johor melantik  dan menggugurkan  ahli lembaga.
 .
Maksud  “luar biasa”  ini  adalah rumusan daripada pandangan pelbagai pihak terutama pakar undang-undang dan perlembagaan negara ini. Rang undang-undang tersebut  dilihat secara profesional  oleh  pihak yang  arif  sebagai  bertentangan  dengan sistem Raja Berpelembagaan  dalam Perlembagaan Persekutuan.  
 .
Bagi orang kebanyakkan,  mereka juga merasa “luar biasa” kerana belum pernah institusi raja dilibatkan  dalam bidang  kuasa eksekutif walaupun mereka tidak arif tentang terma-terma perundangan.
 .
Walaupun  banyak pihak menggunakan wadah  yang  dibuka oleh Utusan Malaysia untuk menzahirkan pandangan tentang baik buruknya melibatkan institusi raja dalam LPHJ,  rang undang-undang itu telah disokong oleh semua Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN)  UMNO  pada sidang  Dewan Undangan Negeri (DUN) Johor  Isnin lalu.  Pembentangan usul ini  “berjalan dengan lancar”  walaupun khabarnya mengambil masa tiga  jam di mana akhirnya  semua ADUN UMNO menyokong.  
 .
Sebenarnya tidak banyak akhbar yang sanggup menjadi lilin  dan bermain api seperti yang dilakukan oleh  Utusan Malaysia walaupun  isu ini mempunyai hubungan langsung dengan kepentingan rakyat. Sebabnya tidak banyak pihak yang sanggup mengotorkan tangan kerana isu ini  melibatkan institusi raja.  Tetapi Pengerusi Majlis di Raja Johor, Abdul Rahim Ramli  dalam satu sidang akhbar berkata,  Sultan bukan di belakang rang undang-undang itu. Ternyata Utusan Malaysia tidak menghina Sultan apabila mempersoalkan rang undang-undang ini.
 .
Tulisan ini bukanlah  seperti perumpamaan Melayu,  “rumah siap pahat berbunyi”.   Tetapi pahat berbunyi kerana  rumah disiapkan dalam keadaan tergesa-gesa untuk cepat diduduki.  Dalam keadaan tergesa-gesa,   ada kalanya  kekurangan di sana sini apa lagi “pahat” itu  adalah tukang rumah yang arif  tentang  membuat rumah yang selamat untuk diduduki.
 .
Walaupun kebimbangan  rakyat  yang disuarakan menerusi  Utusan Malaysia telah dijawab  melalui  10 pindaan tetapi sebahagian besarnya adalah  untuk mengindahkan bahasa,  maksudnya  tidak berubah. Pindaan itu memasukkan frasa-frasa yang  lebih sedap  didengar misalnya  perkataan “raja”  dipinda kepada “pihak berkuasa negeri.”  Sementara  frasa yang membawa maksud keputusan  yang dibuat oleh  Sultan  pula dipinda  dengan menambah  supaya lebih sedap didengar, “dengan nasihat Menteri Besar.” 
 .
Pakar undang dan perlembagaan  bukan menentang tetapi meminta ditangguhkan supaya  ADUN  diberi masa yang cukup untuk meneliti rang undang-undang  berkenaan. Mereka berhujah berteraskan kepakaran dalam bidang masing-masing dan tentunya tidak ada kepentingan  lain. Tidak seperti sesetengah orang politik yang menyalahkan orang lain untuk menonjolkan kebaikannya. 
.
Utusan Malaysia  tidak mahu mendabik dada tidak bersendirian dalam isu  yang kontroversi ini walaupun  ternyata banyak pihak mengatakan sokongan kepada Utusan Malaysia. Tetapi  yang penting untuk ditegaskan ialah  pendirian Utusan Malaysia   bukanlah tindakan  melulu.  Sekiranya  Utusan Malaysia bertindak melulu, adalah mustahil  ia  disokong oleh  pakar undang-undang  dan perlembagaan  yang arif  dalam bidang masing-masing.  Utusan Malaysia tidak ada kuasa memaksa pihak lain menyokong kecuali mereka juga sama pendirian dengan akhbar ini. 
 .
Kerana itu  Utusan Malaysia  tidak perlu memohon maaf  walaupun seorang ADUN  meminta  berbuat demikian. Dia kena ingat,  Utusan Malaysia tidak boleh disamakan dengan sikapnya yang menjaga kelangsungan politik  sanggup mengenepikan rakyat.  Utusan Malaysia  menyuarakan hal-hak yang berkaitan kepentingan  rakyat dengan cara mendedahkan baik buruk untuk difikirkan oleh rakyat. Menganggap laporan  Utusan Malaysia mengenai  rang undang-undang itu sebagai provokasi  adalah menafikan peri pentingnya rakyat diberi maklumat yang tepat lagi jelas.
 .
Utusan Malaysia bukan sengaja mahu bermain api  tanpa memikirkan kesan di sebalik pendirian yang ditunjukkan. Tetapi sebagai   suara hati nurani rakyat, Utusan Malaysia  perlu menyuarakan  kebimbangan rakyat terhadap masa depan mereka.  Memang benar, ini tindakan tidak popular.  Tetapi Utusan Malaysia  tidak mahu  popular dengan cara menafikan  suara hati nurani rakyat untuk mengembirakan pihak tertentu. Ini mungkin cara orang politik tetapi bukan cara Utusan Malaysia.
 .
Orang politik  selalunya akan mencari pihak lain untuk diletakkan kesalahan bagi diri mereka kelihatan  betul.  Jadi, tindakan pihak yang  menganggap  laporan muka depan Utusan Malaysia 6 Jun lalu sebagai provokasi  dan mendesak  akhbar itu meminta maaf kononnya tidak sensitif terhadap institusi raja bukanlah suatu yang luar biasa. 
 .
Bagaimanapun  ada perkara yang lebih penting daripada tindakan ADUN UMNO menyalahkan Utusan Malaysia  ialah   rang undang-undang   berkenaan telah menjadi satu kajian kes  dalam konteks  sistem Raja Berpelembagaan  negara ini. Mahu tidak mahu  pihak istana  telah dilibatkan dalam pentadbiran walaupun Menteri Besar, Khaled Nordin menekankan  “atas nasihat Menteri Besar.”
 .
Tetapi penegasan itu  tidak mampu untuk Utusan Malaysia menyembunyikan kebimbangan  rakyat  dalam  kalangan pakar-pakar  yang arif dalam hal ehwal undang-undang dan perlembagaan  serta  orang  biasa  bahawa akan wujud konflik antara istana dan kerajaan pada jangka panjang. Maka Rang Undang-Undang LPHJ yang diluluskan  tetap  akan dibahaskan secara akademik dan profesional.  Mahu tidak mahu  pihak  yang terlibat dalam rang undang-undang ini  wajar menerima dengan fikiran yang terbuka.

Tuesday, June 10, 2014

Tahniah Khaled Nordin, anda hebat



Rang Undang-Undang Lembaga Perumahan dan Hartanah Johor telah diluluskan oleh ADUN UMNO dalam Dewan Undangan Negeri Johor semalam.  Rang undang-undang yang kontroversi kerana dilihat sebagai langkah permulaan  memasukkan kuasa istana dalam pentadbiran Johor dan seterusnya mungkin akan diikuti oleh negeri-negeri lain.
.
Malah kelulusan rang undang-undang ini juga dilihat kuasa istana (Sultan Johor)  sudah melepasi sempadan yang sepatutnya dalam kuasa eksekutif (Menteri Besar).  Kenapa rang undang-undang ini  memberi penglibatan kuasa istana  terus menjadi persoalan.  Malah  banyak yang sangsi dengan penerangan retorik  Menteri Besar, Khaled Nordin bahawa “kuasa masih di tangan beliau”.
.
Dalam mewajarkan kelulusan rang undang-undang ini sekali lagi rakyat khususnya rakyat Johor telah diperbodohkan oleh kuasa eksekutif  yang diterajui oleh Menteri Besar.  Frasa  dalam rang undang-undang ini yang menyebut “dengan nasihat Menteri Besar”  terus dipersoalkan  hakikatnya. Malah  kalau benar wujud “dengan nasihat Menteri Besar”  apakah yang Menteri Besar telah menasihatkan Sultan Johor?
.
Tetapi saya percaya rakyat Johor tidak boleh diperbodohkan dengan begitu mudah kononnya terdapat pindaan dalam rang undang-undang yang dibahaskan selama tiga jam sebelum diluluskan.  Untuk rekod,  ADUN pembangkang tidak menyokong rang undang-undang ini.  Hanya ADUN UMNO sahaja yang menyokong.
.
Khaled Nordin berkata,  perkataan “Raja” dalam rang undang-undang asal dipinda kepada “pihak berkuasa negeri” . Mengenai frasa yang menyebut “lembaga yang dilantik oleh Raja” ditukar kepada “dilantik oleh Raja dengan nasihat Menteri Besar.”   Bagi saya pindaan itu tidak ada beza apa-apa pun.
..
Adakah pindaan-pindaan yang sekadar mainan bahasa ini mengubah tujuan asal  rang undang-undang ini yang memberi kuasa kepada Sultan Johor membuat keputusan walaupun ada disebut “dengan nasihat Menteri Besar”. Siapa pun tidak dapat memastikan benar-benar wujud keadaan Sultan Johor mendengar nasihat Menteri Besar  atau  Menteri Besar yang  akur kepada  perintah Sultan Johor.
.
Hingga kini tidak disebut siapakah yang mengusulkan supaya rang undang-undang itu dibentangkan untuk mendapat kelulusan DUN Johor?  Dan siapakah yang mengusulkan nama Sultan Johor dimasukkan rang undang-undang itu?  Adakah usul ini datang daripada Khaled Nordin sendiri?  Kenapa Khaled Nordin beriya-iya mempertahankan rang undang-undang itu  sedangkan dasar perumahan dan hartanah Johor selama ini tidak melibatkan Sultan Johor?
.
Saya tertanya-tanya mana suara  UMNO  Johor?  Adakah mereka sudah menjadi tukang angguk kerana masing-masing menjaga tembolok supaya tidak dimurkai  oleh pihak istana?  Saya lebih percaya kepada hujah-hujah tokoh undang-undang termasuk bekas Ketua Hakim Negara, Abdul Hamid Mohamad daripada ADUN-ADUN UMNO di Johor
.
Kalau tokoh undang-undang melihat  rang undang-undang itu sebagai satu yang menimbulkan konflik antara istana dan kerajaan,  adakah rakyat  Johor  akan percaya kepada keputusan yang dibuat oleh ADUN berhubung masa depan mereka  padahal mereka bukan sahaja tidak arif tentang undang-undang malah mempunyai kepentingan tertentu?
.
Melihat keadaan ini saya sangat setuju dengan pandangan penulis pojok Mingguan Malaysia, Awang Selamat bahawa Menteri Besar Johor lemah.  Saya tambah, bukan sahaja Menteri Besar yang lemah malah panglima-panglima (ADUN UMNO) juga lemah.
.
Saya melihat  ADUN UMNO telah membuat satu keputusan besar yang melibatkan masa depan rakyat secara langsung.  Rang undang-undang telah diluluskan  dan  Lembaga Perumahan dan Hartanah Johor dengan rasminya wujud sebagai satu entiti yang sah di segi undang-undang.  Begitu juga  kuasa "nasihat Menteri Besar kepada Sultan Johor"   dalam menentukan ahli lembaga yang akan menduduki entiti baharu ini.
.
Kita anggaplah entiti baharu ini  "dikuasai sepenuhnya oleh Menteri Besar"  kalau tidak untuk apa ada frasa "dengan nasihat Menteri Besar".  Siapa yang dilantik nanti, itu adalah lantikan oleh Menteri Besar dan siapa yang akan dibuang juga dilakukan oleh Menteri Besar.  Lagi pun Menteri Besar sudah menegaskan bahawa kuasa tetap di tangan Menteri Besar.



Saturday, June 7, 2014

Jawapan retorik MB Johor

Kuasa eksekutif dipegang MB, kata Khaled

Menteri Besar Johor Datuk Seri Mohamed Khaled Nordin hari ini menegaskan penglibatan Sultan Johor Sultan Ibrahim dalam Lembaga Perumahan dan Hartanah Johor yang akan ditubuhkan kerajaan negeri bukan menjadi satu isu kerana kuasa eksekutif dipegang menteri besar.
   
Mohamed Khaled berkata menteri besar adalah pengerusi secara automatik dan apa-apa tindakan Sultan Johor adalah atas nasihat menteri besar.
   
"Apa pun keputusan yang dibuat mengenai pentadbiran negeri ini masih dibuat oleh saya kerana kuasa eksekutif adalah di bawah Menteri Besar.
 
"Menteri Besar akan menjadi pengerusi lembaga manakala pengerusi Jawatankuasa Perumahan dan Kerajaan Tempatan sebagai timbalan," katanya kepada pemberita selepas pelancaran Pelan Induk Pelancongan Johor dan pameran 'Explore Johor Fest' 2014, di Lapangan Terbang Antarabangsa Senai, di Kulaijaya hari ini.
   
Menurut laporan sebuah portal berita, kerajaan Johor akan membentangkan satu rang undang-undang baharu di Dewan Undangan Negeri Johor, Isnin ini untuk membentuk satu lembaga perumahan dan hartanah yang memberi kuasa meluas kepada Sultan tentang isu perumahan.
 
Tambah portal tersebut, ia merupakan enakmen pertama seumpamanya yang akan dibentangkan dengan Sultan Johor diberi kuasa untuk melantik ahli lembaga, menyelia akaun dan juga untuk membubar lembaga berkenaan.
   
Menurut beliau, penubuhan Lembaga Perumahan dan Hartanah Johor adalah sama seperti penubuhan Johor Corporation (JCorp) yang secara automatik peranan pengerusi dipegang oleh menteri besar.
   
Katanya, usaha untuk menubuhkan lembaga itu juga bukan sesuatu yang baru kerana sebelum ini pendekatan yang sama digunakan untuk menubuhkan JCorp atau yang sebelum itu dikenali sebagai Perbadanan Kemajuan Ekonomi Negeri Johor
(PKENJ).
   
"Kita mengikut enakmen sama seperti penubuhan Johor Corporation (JCorp) dahulu dan akta ini mesti dibaca bersama-sama Undang-Undang Tubuh Kerajaan Johor," katanya.  - Bernama

Komen saya:

Kenapa rakyat terus diperbodohkan sedemikian rupa? Maknanya pembentangan rang undang undang yang memberi kuasa kepada sultan ini juga datang dari Menteri Besar? Kalau ini datang daripada Menteri Besar, kenapa pula orang politik hendak memberi kuasa kepada sultan? Saya fikir jawapan Menteri Besar ini tidak menjawab isu utama iaitu kenapa sultan terlibat dalam pentadbiran dan ada kuasa eksekutif.

Thursday, May 15, 2014

PKR menuju kehancuran

Parti Keadilan Rakyat (PKR) yang diperberanakkan dari perjuangan keluarga dan sahabat handai untuk membebaskan Anwar Ibrahim dari tuduhan jenayah seksual tahun 1998 kini menuju kehancuran. Pemilihan PKR yang berlangsung sekarang membayangkan bayangan tersebut apabila banyak cabang PKR diwarnai dengan pergaduhan dan kekecohan.

PKR akan berkubur seandainya  Anwar Ibrahim dipenjarakan tidak lama lagi. Tempuh Anwar Ibrahim berehat dalam penjara memutuskan hubungan dunia politik seterusnya memisahkan dia dengan PKR. Selepas keluar dari penjara Anwar Ibrahim sudah menjadi sangat tua untuk bergiat dalam politik.

PKR sebuah parti politik yang tidak ada idealisme selain membebaskan Anwar Ibrahim akan larut dalam perubahan pemikiran politik rakyat yang pesat berlaku sekarang. Kalau UMNO dengan perjuangan Melayu Islam, DAP dengan perjuangan kaum Cina, MCA perjuangan kaum Cina tetapi PKR gagasannya memperjuangkan "keadilan" yang sangat subjektif sifatnya.

Kononnya di negara ini tidak ada keadilan selepas Anwar Ibrahim dipecat, sekiranya dia masih dalam UMNo dan kerajaan sudah tentu wujud keadilan walaupun semua maklum Anwar Ibrahim tidak berlaku adil semasa dia dalam kerajaan.

Pergolakan dalam PKR ketika ini menunjukkan Anwar Ibrahim sudah tidak ada suara dalam parti itu. Dia gagal mengawal Khalid Ibrahim yang sudah menunjuk taring untuk mengingkari arahannya. Azmin Ali yang sangat dipercayai juga sudah menjadi penentang beberapa dasar Anwar terutama di Selangor.

PKR yang tidak mampu menguruskan pemilihan menunjukkan parti ini tidak mampu mentadbir negara sekiranya pakatan pembangkang berjaya membentuk kerajaan. PKR   condong kepada DAP dan kerap memujuk Pas supaya toleran dengan dasar dasar anti Islam DAP.

Sekarang kita hanya menunggu detik PKR dikuburkan oleh pejuang PKR sendiri. Presiden PKR Wan Azizah sudah lama dipatungkan oleh Anwar Ibrahim. Saya tidak percaya Azmin Ali boleh memanjangkan usia PKR yang semakin tenat ini.

Mudahnya memujuk rajuk Ahmad Said

Menteri Besar Terengganu yang disingkirkan, Ahmad Said dan kuncu kuncunya yang melompat keluar dari UMNO telah melompat kembali. Tidak sampai 48 jam rajuk mereka,  akhirnya semua kembali seperti biasa selepas dipujuk oleh Perdana Menteri, Najib Razak.

Nampaknya untuk memujuk orang politik yang merajuk bukanlah susah. Kalau kena gayanya mereka boleh dipujuk dengan cepat dan Ahmad Said bersama kuncu kuncunya menjadi ADUN bebas paling singkat dalam sejarah politik negara ini.

Walaupun banyak yang menganggap mereka telah diberi habuang (habuan) dan amarang (amaran) oleh Najib tetapi kita kena sentiasa bersangka baik bahawa "rundingan" antara Najib dengan ADUN yang melompat ini tidak melibatkan habuang. Tambahan pula seorang ADUN yang melompat yang saya lupa namanya berkata dia kembali kepada UMNO kerana mahu berjuang untuk "agama,bangsa dan negara". Takkan mereka nak terima habuang kot.

Anggaplah  sandiwara yang menggegarkan UMNO ini hanya rajuk orang politik yang menagih pujukan. Pasal habuang, itu di luar pengetahuan kita semua tambahan pula tidak ada pihak yang mengaku memberi dan menerima. Memang ada pihak yang mengatakan, masuk  tandas pun kena bayar, inikan pula masuk UMNO dan menyelamatkan sebuah negeri dari berpindah ke tangan Pas.

Senang cakap anggaplah tindakan mereka semasa keluar UMNO kerana "agama, bangsa dan negara" dan mereka masuk UMNO semula pun atas alasan yang sama. Walaupun dalam masa tidak sampai 48 jam, "agama, bangsa dan negara" boleh berada di luar dan di dalam UMNO.

Moral ceritanya UMNO memerlukan mereka yang lompat keluar, kalau tidak sudah tentu mereka dilarang masuk UMNO sampai bila bila. Dan mereka tidak berapa hendak dengan UMNO sebab itu mereka keluar UMNO sehingga ada pihak yang merendahkan suara dan memujuk.

Ahmad Said boleh berbangga kerana dia mempunyai nilai yang tinggi kepada UMNO, mungkin kalau Setiausaha Agung UMNO Ku Nan yang lompat parti dan keluar UMNO, tidak ada yang kelam kabut pergi memujuk. Ini kerana Ku Nan memainkan peranan dalam mencaturkan Ahmad Said hingga ada pihak yang mengusulkan supata Ku Nan meletak jawatan.

Wednesday, May 14, 2014

Ahmad Said dan ADUN lompat keluar, lompat masuk

 TERKINI
Bekas Menteri Besar Terengganu, Ahmad Said yang keluar UMNO semalam hari ini telah kembali kepada UMNO selepas "berbincang" dengan Perdana Menteri, Najib Tun Razak. Semua ini bukanlah suatu yang luar biasa kerana dalam politik tidak ada kawan, tidak ada musuh. Yang ada apa faedah untuk diri sendiri. Nampaknya yang melompat keluar hari ini berpakat melompat masuk.

Sementara itu di Pasar Batu Enam, Manir, Terengganu  para penjual ikan dan pembeli tawar menawar untuk membeli ikan. Penjual mahu menjual ikan dengan harga yang mahal,  pembeli pula mahu harga yang rendah. Apabila mereka bertemu pada satu titik "win win situation"  berlakulah jual beli ikan kembung yang sebenarnya memang dah kembung. Inilah laporan yang diterima daripada Ayoh Ngoh,  mutual friends Mat Said  yang kerjanya menjadi Pengerusi di kedai kopi dekat Pasar Batu Enam.

POSTING ASAL

COULD the Barisan Nasional be losing grips on Terengganu? Could this be another bala’ for the luckless Prime Minister, Mohd Najib Abdul Razak?

The online media has reported that the axed Terengganu Menteri Besar, Ahmad Said, has left Umno and declared himself an independent state assemblyman. Ahmad is said to have been joined by the Ajil Assemblyman and exco member, Ghazali Taib. Reports say more could be joining them.

They did so hours after Ahmad was replaced by the Seberang Takir State Assemblyman, Ahmad Razif Abd  Rahman, as Menteri Besar yesterday evening.Technically, the BN is now down by two seats in the state assembly and that puts it on par with the opposition Pakatan Rakyat (PR).

In the May 5, 2013 general elections the BN won 17 seats and the PR won 14 via PAS and one through PKR. And could the impossible happen - PAS joining Umno in forming a coalition government in the state?

Or will Terengganu be mired in yet another political crisis reminiscence of the 1960’s and 70’s? If Ahmad and Ghazali persisted with their decision of leaving Umno and declaring themselves independent assemblymen, the PR could demand to form the state government.

It could also ask for a special session of the state assembly to pass a no confidence vote against the new Menteri Besar as he does not have a majority in the assembly. The situation would be worse for the BN if indeed more Umno assemblymen follow Ahmad's and Ghazali's footsteps.

Still this is a developing situation. Could the Barisan Nasional be losing grips on Terengganu? Could this be another bala’ for the luckless Prime Minister, Mohd Najib Abdul Razak? The online media has reported that the axed Terengganu Menteri Besar, Ahmad Said, has left Umno and declared himself an independent state assemblyman.

Ahmad is said to have been joined by the Ajil Assemblyman and exco member, Ghazali Taib. Reports say more could be joining them. They did so hours after Ahmad was replaced by the Seberang Takir State Assemblyman, Ahmad Razif Abd  Rahman, as Menteri Besar yesterday evening.

Technically, the BN is now down by two seats in the state assembly and that puts it on par with the opposition Pakatan Rakyat (PR). In the May 5, 2013 general elections the BN won 17 seats and the PR won 14 via PAS and one through PKR. And could the impossible happen - PAS joining Umno in forming a coalition government in the state? Or will Terengganu be mired in yet another political crisis reminiscence of the 1960’s and 70’s?

If Ahmad and Ghazali persisted with their decision of leaving Umno and declaring themselves independent assemblymen, the PR could demand to form the state government. It could also ask for a special session of the state assembly to pass a no confidence vote against the new Menteri Besar as he does not have a majority in the assembly. The situation would be worse for the BN if indeed more Umno assemblymen follow Ahmad's and Ghazali's footsteps.

Still this is a developing situation. Politicians can change their decisions at will if the “price” is right. It is often said that a politician we could trust is a dead one. Wallahualklam.

(Petikan blog Datuk A. Kadir Jasin 13 Mei 2014)

Saya setuju dengan perenggan terakhir tulisan Datuk Kadir, " Politicians can change their decisions at will if the “price” is right."  Duit boleh menyelesaikan banyak masalah walaupun ada kalanya masalah yang diselesaikan dengan kuasa duit akan beranak masalah baharu.

Di Terengganu, kebijaksanaan UMNO bermain catur sedang diperhatikan. UMNO bermain dengan bekas UMNO (bekas MB Mat Said) yang berpotensi membawa ADUN UMNO yang menyokongnya menjadi ADUN bebas. Tetapi UMNO tidak seharusnya bimbang dengan pergolakan di Terengganu selagi mempunyai duit untuk menyelesaikan krisis ini.

Apa salahnya memberikan "sedikit" imbuhan kepada ADUN  yang boleh menyelamatkan Terengganu daripada berpindah parti? UMNO tidak perlu apologetik atau rasa bersalah kerana membelanjakan "sedikit" duit bagi kelangsungan penguasaan parti.

Saya tidak mahu menjadi idealis dan menganggap seolah olah dunia bagai nak kiamat kalau duit dijadikan ramuan dalam menyelesaikan pergolakan yang berlaku. Pada masa yang sama saya juga tidak mahu menjadi idealis menganggap orang politik berjuang demi agama, bangsa dan negara walaupun ada yang berbuat demikian.

Saya seorang realis yang dibentuk oleh persekitaran politik di negara ini.  Kalau dalam pemilihan jawatan dalam UMNO ada calon membelanjakan "sedikit" daripada duitnya untuk mendapat kemenangan dan telah dibuktikan oleh Jawatankuasa Disiplin parti itu, apakah dalam isu Terengganu ia menjadi sangat pelik dan mustahil?

Seorang ADUN UMNO yang melompat jadi ADUN bebas telah kembali ke pangkuan UMNO kerana "dinasihati" oleh rakan rakan dalam UMNO. Tindakan ADUN itu menjadikan UMNO masih berkuasa di Terengganu, setidak tidaknya untuk hari ini. Jasa ADUN yang berpatah balik dangat besar kepada UMNO yang bakal kehilangan sebuah negeri yang kaya dengan minyak.

Saya kagum dengan kuasa rakan rakan beliau kerana dalam masa tidak sampai 24 jam mereka berjaya membawa balik ADUN lompat itu kepada UMNO. Kenapa rakan rakan tidak menasihatkan beliau sebelum tragedi lompat berlaku? Kalau benar bagai dilaporkan di media, saya bimbang kerana pendirian ADUN berkenaan cepat berubah.

Saya suka melihat politik melangkau parti UMNO dan Pas dengan melihat konsep berpolitik orang Cina misalnya antara DAP, MCA dan Gerakan. Saya tidak melihat UMNO dan Pas satu fragmentasi sebaliknya kesatuan politik Melayu sebagaimana politik Cina dalam tiga parti tersebut.

Kalau kita melihat politik dalam relung pandang yang jauh, kita boleh kepada tiga: satu politik Cina, kedua politik UMNO dan ketiga politik Pas. Maknanya Cina bersatu dalam perbezaan ideologi politik tetapi Melayu difragmentasikan oleh UMNO dan Pas padahal kedua dua ya sama iaitu Islam dan Melayu.

Kalau dilihat dati sudut politik Melayu yang tidak dipisahkan oleh ideologi politik yang sempit sebagaimana tiga parti Cina bersatu menentang hudud, Terengganu tidak bergolak kerana masih dalam lingkungan politik Melayu. Cina di Pulau Pinang tidak merasakan apa apa perbezaan dari Gerakan kepada DAP, kedua duanya Cina. Kalau begitu halnya, kenapa ia menjadi isu di Terengganu?

Tuesday, May 13, 2014

Surat daripada kawan Ahmad Said

Surat ini dalam bahasa Terengganu, siapa yang tidak faham, belilah kamus Bahasa Terengganu.

Ayoh Ngoh selaku kawan baik, atau lebih tepat lagi Mutual Friend Mad Said amat dukacita dan merasa sedih dengan berita Mad Said dok jadi Menteri Besor Tranung ds.. Bagi Ayoh Ngoh, walaupun Mad Said ni napok je bengong, tapi otok dia kadang2 buleh paka juga.. Daripada kajian, atau org kapung Ayoh Ngoh panggil `survey` yang dijalankan, rakyat Teranung sebenornye suke ke Mad Said ni sebab dia cakne ke rakyat2.. Se lagi peminat sukan Teranung wahi sangat ke dia sbb dia pandai jaga sukan.. Tngk la lepas dia pegang Teranung, sukan Teranung megang okmo seluruh Malaysia dan seluruh dunia.. Pendidikan pun maju sokmo dari negeri lain.. Megang okmo kan pendidikan Tranung bwh Mad Said nak-nak tahun..

Beside that, Mad Said jenis dok mapuh kaki.. Ngan FAM dia dok takut, dengan KBS dia dok takut, lelaki berjambang pun dia dok takut.. Pier2 wak taik ngan pemain dia, memang dia pertahankan la.. Ds natang nelang.. Kalu pemimpin lain, senyak tupah tangan dalam kocek main burung. MB baru ning Ayoh Ngoh x kenal mane.. Org kate dia sek megang kg je.. Sek Berang Takir.. Paling jauh pun sapa Duyung je dia megang.. Kalu megang kg je Ayoh Ngoh dok kenal la.. Org main line Basten bohh ngan Mad Said.. Megang kg dok rok.. Tu je la Ayoh Ngoh nok tulis.. Panjang2 sangat kekgi kan org negeri lain baca, jeng teruh pale otok dok paham spatoh haram.... Take Care Mad Said XoXo

-Daripada : Ayoh Ngoh Pula Babi

Isu Ahmad Said: Pusat (Najib) bertindak tidak bijak

Krisis yang melanda UMNO di Terengganu hingga negeri itu berpindah ke tangan Pas disebabkan tindakan tidak bijak Pusat yang tidak melihat permintaan Ahmad Said untuk meletak jawatan selepas perkahwinan anaknya tidak lama lagi. Walaupun Ahmad Said dikenali sebagai seorang yang bengkeng tetapi Pusat tidak boleh bertindak di luar prinsip kemanusiaan.

Kalau saya jadi Ahmad Said, saya juga mengambil tindakan yang sama; keluar dari parti yang tidak boleh membuat tindakan di atas prinsip kemanusiaan. Perjanjian antara Pusat dengan Ahmad Said untuk memberi setahun lagi selepas PRU 12 setahun lalu bukan rahsia lagi.

Kalau Pusat hendak bertegas, kenapa tidak gantikan Ahmad Said setahun lalu? Apabila Ahmad Said minta dua bulan sahaja lagi dan itu tidak dipenuhi, ini menunjukkan satu tindakan politik yang kurang bijak.

Sekarang, bagi Pusat nasi sudah jadi bubur. Ahmad. Said tidak rugi apa apa tetapi Pusat akan kehilangan Terengganu kecuali Pas mengutamakan perpaduan Islam dan Melayu menolak jawatan Menteri Besar.  Pas sudah tentu akan dilihat berjuang untuk Islam dan penyatuan Melayu kerana sanggup memulangkan jawatan Menteri Besar kepada UMNO.

Krisis yang melanda UMNO Terengganu bukan kerana Pas tetapi kerenah orang UMNO sendiri. Konflik UMNO dan Pas tidak ketara di Terengganu. Malah kelihatan tenang walaupun Pas boleh berusaha membeli ADUN UMNO. Malah setakat ini Pas belum membuat sebarang kenyataan mengenai jawatan Menteri Besar.

Sekiranya permintaan Ahmad Said dipenuhi oleh Pusat, sudah tentu dua penyokong kuat Ahmad. Said tidak keluar dari UMNO. Tetapi disebabkan Pusat bertegas tidak bertempat, UMNO akan kehilangan sebuah negeri. Orang UMNO boleh mengutuk tindakan Ahmad Said, tetapi pada masa yang sama mereka kena melihat ketidakcekapan Pusat menangani krisis UMNO Terengganu.

Sebenarnya landskap politik di Terengganu berbeza dengan Kelantan. Apabila Terengganu dibawah pimpinan Wah Mokhtar tidak ada masa depan, rakyat Terengganu menukarkan Wan Mokhtar dengan Haji Hadi Awang dari Pas.

Tetapi selepas diberi peluang selama sepenggal menerajui Terengganu, Pas gagal membawa sebarang perubahan, rakyat Terengganu menukarkan Haji Hadi dengan Idris Jusuh. Rakyat Terengganu tidak seperti Kelantan yang tetap dengan Pas walaupun Pas wajar ditukar.

UMNO yang selalu menjaja perjuangan untuk agama, bangsa dan negara seharusnya tidak melihat apa yang berlaku di Terengganu sebagai suatu krisis sebaliknya sebagai pemangkin penyatuan Melayu dan Islam. UMNO perlu membuktikan perjuangan terhadap agama, bangsa dan negara tanpa mengira sama ada Pas atau UMNO memimpin Terengganu.

Kerana saya bukan orang politik, maka saya memahami perjuangan terhadap agama, bangsa dan negara melampaui batas politik asalkan dipimpin oleh orang. Islam untuk kepentingan Islam. Dari sudut politik barangkali kefahaman saya adalah salah. Kalau benarlah kefahaman saya salah maka prinsip perjuangan untuk agama, bangsa dan negara hanya satu slogan politik.

Keluar UMNO: Jangan salahkan Ahmad Said


DALAM perkembangan terbaru, Datuk Seri Ahmad Said dan seorang lagi wakil rakyat BN yang merupakan Ahli Exco kerajaan negeri, Ghazali Taib mengumumkan keluar dari parti UMNO dan menjadi ahli dewan undangan negeri (ADUN) Bebas.

Ahmad dan Ghazali yang juga ADUN Ajil difahamkan telah menghantar surat kepada Setiausaha Agung UMNO, Datuk Seri Tengku Adnan Tengku Mansor lewat malam tadi.

Berita itu bagaimanapun belum dapat disahkan tetapi seorang pegawai kepada bekas Menteri Besar Terengganu itu tidak menafikan perkara tersebut.

Sementara itu, Astro Awani dalam laman webnya pukul 12.44 tengah malam ini turut menyiarkan laporan berhubung perkara tersebut.

(Petikan Utusan Malaysia Online 13/5/14)

Komen saya:

Tindakan bekas Menteri Besar Terengganu, Ahmad Said yang keluar UMNO selepas disingkirkan dari jawatan Menteri Besar bukan perkara luar biasa. Ini kerana sebahagian besar pemimpin berada dalam UMNO selagi  ada ruang untuk membuat "penambahbaikan" kepada diri mereka.

Apabila UMNO sudah tidak boleh memberi  kekayaan mereka akan mengambil tindakan keluar dari parti itu. Ini kesilapan UMNO yang sejak sekian lama dan menjadi  ia parti yang materialistik. Parti ini menghimpunkan mereka berfikiran  materialistik, perjuangan alif ba ta  hanya slogan  untuk menunjukkan kepada umat Melayu Islam  inilah parti yang memperjuangkan mereka.

Mana perjuangannya kalau diminta turun dari jawatan terus keluar UMNO? Saya fikir UMNO kena berbangga kerana memiliki Ahmad Said yang melangsungkan pemikiran pemimpin UMNO yang materialistik.

Ini sama dengan bekas Menteri Penerangan, Kadir Sheikh Fadzir yang keluar UMNO kerana dia sudah tidak boleh menjadikan UMNO alat kekayaannya. Sebenarnya Kadir dibuang, dia cuma meletak jawatan tidak sampai dua jam sebelum pembuangan dia diumumkan.

Ahmad Said bukan keseorangan. Banyak lagi yang mempunyai sikap yang sama dengan dia. Cuma sekarang mereka masih mendapat tempat dalam UMNO dengan jawatan yang kononnya sukarela tetapi banyak imbuhan untuk menjadi kaya raya.

UMNO baru sahaja menyambut ulang tahun ke 68 baru baru ini. Tetapi semangat generasi awal yang memperjuangkan kemerdekaan negara sudah lama mati. Ia mati kerana UMNO tidak dapat mengimbangi tuntutan materialisme dengan perjuangan. Sesetengah pemimpin UMNO lebih memperjuangkan kepentingan materialisme peribadi berbanding perjuangan untuk agama, bangsa dan negara.

Jadi, UMNO janganlah berdukacita di atas tindakan Ahmad Said yang "belot" kepada UMNO di Terengganu membuatkan besar kemungkinan Terengganu jatuh ke tangan Pas. Ahmad Said tidak boleh dipersalahkan kerana dia dibesarkan dan diacuankan dalam persekitaran pemikiran politik UMNO yang sedemikian rupa.


UMNO jangan gundah dengan Terengganu, lebih baik mereka gundah Selangor dan Pulau Pinang yang jatuh ke tangan pembangkang bukan Melayu yang menghakiskan orang Melayu Islam dan kemelayuannya. Terengganu dan Kelantan buat buat pejam mata sahajalah. Di sana orang kita juga.

Saturday, April 26, 2014

Bangga pendirian Utusan isu Obama

Hari ini tiga akhbar arus utama, Berita Harian, New Straits Times (NST) dan Star memuatkan kedatangan Presiden Barack Obama sebagai berita muka depan. Kemudian di muka dalam berlapis lapis lagi rencana yang mengalu alukan dan menganggap ini sebagai satu "sejarah" bagi negara ini.

Hanya akhbar Utusan Malaysia tidak menyiarkan sebagai berita muka depan. Malah di muka dalam hal hal yang memperlihatkan Melayu sebagai warga hamba abdi yang mengalu alukan kedatangan tuan tanah tidak ketara. Hanya sekadar berita biasa sahaja.

Hari ini saya berbangga menjadi salah seorang warga Utusan kerana pendirian Utusan sentiasa berbeza dalam hal hal yang secara tidak langsung menunjukkan kita merendah diri hingga ke peringkat henda sujud di kaki Obama. Saya tidak malu mengaku warga sebuah organisasi media yang  membawa suara rakyat bukan suara seketul dua yang menjadi pemuja Amerika.

Memanglah kedatangan Obama satu sejarah selepas 48 tahun Presiden LBJ melawat Malaysia. Tetapi apakah makna yang lebih besar selain nostalgia sebagai bangsa yang berjiwa hamba kepada kuasa besar yang hilang taringnya?

Muka depan Star bertajuk Welcome, Mr President,  NST (Ties That Bind) dan Berita Harian (Era Baru Malaysia - AS).  Rencana lidah pengarang Star bertajuk Selamat Datang from all Malaysians yang memuja dan menyanjung kesudian Obama datang ke negara ini.

Saya berbangga kerana Utusan mengambil pendirian yang berbeza dalam isu kedatangan Obama. Walaupun ada penjilat Amerika kurang senang dengan pendirian Utusan tetapi itu adalah Utusan. Saya percaya Utusan tidak menentang kedatangan Obama cuma tidak beriya iya.  Akhbar Star lagi kurang ajar siap siar budak budak tadika memegang bendera Amerika.

Wednesday, April 23, 2014

Kedatangan Obama membawa bala


Rakyat telah dimomokkan bahawa kedatangan Presiden Amerika. Syarikat (AS) Barack Obama ke negara ini pada 26 hingga 28 April ini mengeratkah hubungan antara kedua dua negara. Bolehkah kita menelan bulat bulat momokan ini kerana yang pasti Obama mempunyai agenda untuk kepentingan AS bukan Malaysia?

Difahamkan antara agenda kedatangan Obama ke negara ini ialah memberi tekanan secara tidak langsung terhadap keenganan Malaysia menandatangani Perjanjian Perkongsian Trans Pasifik (TPPA).  Perjanjian ini adalah agenda halus AS untuk menjajah ekonomi negara negara yang menyertai TPPA.

Selama ini rakyat diberitahu kerajaan tidak akan menandatangani perjanjian itu sekiranya memberikan kesan buruk kepada negara ini. Pada masa yang sama kerajaan cuba memberikan gambaran bahawa TPPA  tidak memberikan kesan buruk sekalipun bekas Perdana Menteri, Mahathir Mohamad meminta supaya kerajaan tidak tergesa gesa.

Ketika saya mengikuti satu seminar di Putrajaya tidak lama dulu, wakil dari satu kementerian dengan yakin menyenaraikan kebaikan TPPA kepada Malaysia termasuklah produk tembakau. Pendek kata semua yang baik baik belaka tetapi saya sedikit pun tidak percaya.

Sebabnya pegawai yang hadir memberi ceramah itu bukan memperkatakan realiti TPPA tetapi membawa suara beberapa pihak dalam kerajaan yang cenderung untuk menerima TPPA.

Saya lebih percaya bekas Menteri Kewangan, Daim Zainuddin yang memberi peringatan supaya kajian yang mendalam perlu dibuatb sebelum menerima TPPA. Siapa nak percaya kata kata manis pegawai yang dihantar oleh Kementerian Kewangan ke seminar itu berbanding Daim?

Kenyataan Daim disiarkan dalam Utusan Malaysia hari ini. Daim memberitahu terdapat beberapa kes yang berlaku di Korea Selatan, Jepun dan Australia telah membuktikan banyak bala dari laba. Perdagangan negara berkenaan telah diliberalisasikan selepas menandatangani TPPA.

Syarikat rokok terkemuka Philips Morris telah menyaman kerajaan Australia kerana ada undang undang terhadap pembungkusan rokok. Siapa kata negara kita masih kebal daripada tindakan undang undang negara luar sekiranya menyekat kemasukkan barang dagangan mereka?

Tetapi malangnya perkara perkara ini tidak diberitahu kepada rakyat. Kerajaan pula kelihatan begitu teruja untuk menyertai TPPA dan kenyataan yang dikeluarkan di media lebih kepada kempen untuk mendapatkan restu rakyat bagi kepentingan pihak pihak tertentu.

Menteri Perdagangan Dalam Negeri, Mustapha Mohamad mengakui isu TPPA akan disentuh dalam kunjungan itu walaupun cuba menenangkan kegusaran rakyat dengan kenyataan bahawa tiada perjanjian perdagangan dimeterai semasa kunjungan itu.

Saya percaya Mustapha bercakap benar, tidak ada perjanjian perdagangan semasa kunjungan itu tetapi beliau tidak memastikan tidak ada tekanan secara tidak langsung ke atas Malaysia supaya mempercepatkan perjanjian TPPA.

Saya percaya TPPA akan ditandatangani tidak lama selepas kepulangan Obama kerana kerajaan kelihatan begitu berminat dan yang ditampilkan kepada rakyat sisi putih TPPA semata mata. Mujurlah Daim tidak diam dan bersuara mengenai hakikat yang mesti diterima sekiranya menyertai TPPA.

Tetapi apalah yang rakyat boleh lakukan sekiranya kerajaan memgambil keputusan menyertai TPPA. Dalam keadaan hubungan diplomatik yang tegang dengan China ekoran tragedi MH370 Malaysia tidak sensitif apabila menerima kunjungan Obama ke negara ini.

Obama akan mendapat banyak keuntungan politik hasil kunjungan ini antaranya memperlihatkan kepada China bahawa AS menguasai wilayah Asia Pasifik sekaligus mengimbangi pengaruh China di wilayah berkenaan. Apa untungnya Malaysia mendatangkan kecurigaan China sedangkan China adalah kuasa ekonomi dunia ketika ini?