Thursday, June 6, 2013

Apa sumbangan Michelle Yeoh?


Apakah merit pelakon Cina dari Ipoh, Michelle Yeoh dilantik sebagai  mentor  Satu Malaysia Untuk Belia (saya agak meloya untuk menulis 1Malaysia For Youth – 1M4U)?  Itulah yang menjadi topik perbahasan  dalam banyak blog yang prihatin terhadap negara ini.  Mereka bertanya dengan jujur, siapakah Michelle Yeoh hingga menjadi ikon untuk membanteras jenayah di negara ini?

Sebenarnya pelakon Cina dari Ipoh ini tidak ada merit untuk menjadi ikon Satu Malaysia Untuk Belia. Perdana Menteri Najib Razak sekali lagi membuat perhitungan silap selepas menganjurkan konsert  penyanyi Korea di Pulau Pinang untuk memikat pengundi Cina.  Malah kali ini lebih buruk lagi,  sebabnya orang masih ingat bagaimana pelakon Cina ini menyatakan sokongan kepada BN hampir PRU13 yang lalu.

Najib tidak dapat mengalih  persepsi umum bahawa pelantikan  pelakon Cina ini ada kaitan dengan sokongan kepada BN. Tetapi siapakah  dia dalam konteks pembanteras jenayah dan ikon belia di negara ini?  Pelakon Cina ini tidak ada sumbangan kepada negara ini walaupun menjadi pelakon di Hollywood.

Maka jangan salahkan kalau orang berkata, “balik-balik Michelle Yeoh, macam tak ada orang  lain. Dulu ikon kempen membaca pun Michelle Yeoh juga.”  Kalau menganggap golongan artis sahaja yang boleh menarik minat belia,  banyak lagi artis yang memberi sumbangan menaikkan nama negara yang boleh diberi tugas.

Michelle Yeoh jadi pelakon Hong Kong kemudian Hollywood tidak ada kena mengena dengan Malaysia. Hanya kebetulan dia dilahirkan di Ipoh, Perak dan Perak itu sebuah negeri dalam Malaysia. Itu sahaja. Tetapi penampilan Michelle Yeoh di luar negara tidak membawa imej Malaysia.

Cuma sesetengah pihak sahaja yang  bangga tidak tentu arah bila ada orang Malaysia jadi pelakon Hollywood. Padahal  itu hanya kejayaan peribadi dan tidak disumbangkan sedikit pun untuk menaikkan imej negara.  Michelle Yeoh berlakon filem Hong Kong sebagai seorang Cina di Hong Kong.  Dia berlakon filem James Bond pun bukan watak orang Malaysia.  Jadi, apakah yang hendak dibanggakan sangat?

Tahun depan pelakon Cina ini berlakon filem sequel  Crouching Tiger, Hidden Dragon 2. Ini sebuah filem Hong Kong yang kaya dengan budaya dan tamadun Cina di China.  Khabarnya Michelle Yeoh akan mengusahakan  sebahagian penggambaran filem itu dibuat di Malaysia. Sebenarnya tidak perlu.

Dunia tidak kenal Malaysia hanya dengan menjadi lokasi penggambaran filem dari luar. Sama sekali tidak. Sebelum ini ada menteri membuka pintu negara kepada kru filem dari India kononnya dengan  pemilihan Malaysia sebagai lokasi penggambaran, negara ini akan terkenal. Itulah otak menteri dangkal.

Filipina dan Sri Lanka  lebih banyak dari Malaysia menjadi lokasi penggambaran filem Hollywood yang menggambarkan Vietnam dan Kemboja.  Tetapi adakah kedua-dua negara itu terkenal di persada dunia  seperti Malaysia yang terkenal kerana kehebatan Dr. Mahathir?

Jadi, kalau ada kru penggambaran dari Hong Kong datang,  tidak usahlah melayan seperti raja. Mereka tidak menyumbangkan apa-apa kepada negara ini. Sama juga dengan Michelle Yeoh yang tidak beri sumbangan apa-apa tetapi  diberi penghormatan  demi penghormatan bertaraf negara.



6 comments:

  1. Saya fikir saya bersendirian dlm memikirkan perkara tak masuk akal ini...apa nk jd dgn ah jib gor ni..

    ReplyDelete
  2. Nama je menteri.baik pm dgn menteri yg lain..semua bingai.yg najib ni x abis2 ngan sepet.suka sgt kena patuk 2x

    ReplyDelete
  3. setuju dgn anda...

    ReplyDelete
  4. hanya mengatakan 'setuju' hujah berkenaan. Persoalannya, siapakah pemikir di belakang PM?

    ReplyDelete
  5. SAYA TAK FAHAM. TAK FAHAM. TAK NEGERTI

    ReplyDelete
  6. ...Wife aku yang dok ghumah aje pun merungut apehal semua itu nak diberi pada dia...Nampaknya budaya bodek tak boleh luput...Panggil PSY untuk bodek kaum China Penang..finally kena tipu...

    ReplyDelete