Tuesday, May 28, 2013

Transkripsi bekas Hakim Mahkamah Rayuan

Pada 12 Mei, Malaysiakini melaporkan ucapan bekas hakim Datuk Mohd Noor Abdullah dalam "Wacana Post Morterm PRU-13: Bicara Kepimpinan dan Survival Ummah".

Mohd Noor Abdullah dilaporkan menyeru golongan Melayu agar bertindak dengan lebih agresif untuk mempertahankan hak mereka serta menyusun semula masyarakat, ekoran keputusan pilihan raya umum 5 Mei.


Beliau membuat seruan demikian kerana orang Cina didakwanya mengkhianati ikatan setia kawan orang Melayu melalui usaha untuk merampas kuasa politik.


Ekoran kenyataan itu, beliau mendapat kritikan keras pelbagai pihak, termasuk oleh Ketua Umum PKR Datuk Seri Anwar Ibrahim yang menyifatkannya mengatasi kumpulan pelampau Ku Klux Klan di Amerika Syarikat.


TRANSKRIP


Benarkan saya bercakap yang benar. Tiada yang tidak benar, melainkan yang benar. Terima kasih.

Beginilah, saya mulai dengan berkata, pengkhianatan orang Cina terhadap ikatan setia kawan orang Melayu, itu adalah benar, oleh kerana mereka merancang untuk merampas kuasa politik setelah membolot kuasa ekonomi.

Kalau ada pihak-pihak yang menyalahkan pemimpin-pemimpin mereka kerana menipu demi hendak menjaga hati dan perasaan orang Cina terpulanglah.

Tetapi bagi orang Melayu, pantang larangnya, jangan dikhianati orang Melayu. Oleh kerana, orang Melayu bila dikhianati, dia membalas. Dan bila dia membalas, dendam kesumat dia tidak sudah-sudah.

Saya hanya menyeru kepada orang Melayu, untuk berjihad dan memperkasakan perlembagaan dan tidak ada sesiapa yang hendak menentangnya kerana perlembagaan itu adalah persetujuan semua masyarakat di Malaysia ini.

Kalau begitu, perjuangan pertama orang Melayu ialah, kita hapuskan istilah "Melayu", "Cina", "India" dan "lain-lain"... dalam otak kita sejak merdeka - Melayu, Cina, India dan lain lain.

Bila ada istilah "Melayu", "Cina", "India", pertama, kita mengiktiraf; kedua, kita ikut susun atur keutamaan-keutamaan.

Adakah kita letak "lain-lain" itu secara... Siapa dia, orang Bumiputera Sabah, Bumiputera Sarawak, layakkah mereka diletak di corot? Selepas orang Melayu, Cina, India, dan orang Bumiputera Sabah, Sarawak dan lain lain. Salah.

Jadi saya menyeru, istilah yang memecahbelahkan, istilah perkauman ini, kita hapuskan, oleh kerana dalam perlembagaan tiada sepatah pun menyebut "Cina", "Orang Cina", "India", "Orang India", "Malaysian Chinese", "Malaysian Indian", tidak ada langsung.

Jadi kenapa kita boleh iktiraf? Izinkan saya menghuraikan apa yang ada, dalam perlembagaan ada menyatakan hanya empat masyarakat. Bukan kaum, bukan bangsa, empat masyarakat.

Pertama Orang Asli, mereka inilah masyarakat yang teristimewa, iaitu apa saja yang nak dibuat menurut undang-undang bagi kemajuan, baik untuk keharmonian atau kebaikan, serba-serbinya untuk mereka ini sah dari segi undang-undang.

Siapa orang asli? Mereka adalah aborigines of Semenanjung of Tanah Melayu. (Mereka) Orang asli di semenanjung Tanah Melayu ini. Mereka ini saya katakan, adalah sepupu orang Melayu.

Yang kedua ialah, yang diiktiraf dalam perlembagaan ini, Orang Asli, orang Melayu. Siapakah orang Melayu? Orang Melayu ialah orang yang beragama Islam, bercakap Bahasa Melayu, berbudaya Melayu dan lahir di semenanjung Melayu sebelum Merdeka.

Termasuk salah seorang daripadanya, orang Melayu yang satu lagi (ialah yang) tidak (Melayu), yang kahwin dengan yang Melayu (maka) anaknya Melayu.

Siapa dia? orang Arab kahwin Melayu, orang India kahwin Melayu, orang Cina kahwin Melayu, siapa saja kahwin orang Melayu, anak itu adalah Melayu Nusantara.

Begitu juga Bumiputera. Bumiputera Sabah adalah anak cucu kepada masyarakat di bumi Sabah. Dan Sarawak pula, begitu juga, cuma terhad kepada anak perkahwinan sesama mereka. Kahwin campur dengan bukan pribumi Sarawak, bukan diiktiraf sebagai pribumi Sarawak.

Orang Asli sepupu kita, Bumiputera Sabah Sarawak itu saudara-mara kita. Selain daripada itu, adalah jiran tetangga semata-mata.

Oleh kerana mereka datang menumpang dulu, kita iktiraf dia, kita beri perlindungan dan akhirnya kita beri kerakyatan sampai kaya raya. Maka, istilah pengkhianat itu pantang larang orang Melayu.

Kedua, menurut perlembagaan, sepatutnya di negara kita hanya ada satu aliran sekolah sahaja. Saya gunakan istilah ini: sepatutnya kita hapuskan sekolah jenis kebangsaan.

Saya guna istilah "hapuskan" oleh kerana perlembagaan tidak mengiktiraf sekolah jenis kebangsaan. Oleh kerana adanya sekolah kebangsaan, adanya sekolah jenis kebangsaan, adanya sekolah Cina, India, dan swasta, ia memecahbelahkan rakyat.

Apakah bentuk satu aliran pelajaran? Saya katakan, zaman Inggeris itu ada government English school, sekarang patut ada sekolah rendah kerajaan, sekolah menengah kerajaan. Itu saja ada sekolah.

Jadi sekolah jenis kebangsaan yang ada sekarang ini, sekolah jenis kebangsaan Cina, India yang ada sekarang ini, kita ubah dia kepada sekolah kerajaan. Jenis-jenis tidak ada dah, sekolah rendah dan sekolah menengah (sahaja).

Di sana, semua pelajar-pelajar belajar di satu bilik darjah, makan minum dalam satu kantin dan bermain sepadang dan gelanggang yang sama. Barulah kita boleh terapkan perpaduan dan integrasi nasional. Kalau ada yang tidak setuju, mereka adalah antiperpaduan.

Adakah salah bagi saya menyatakan sesuatu yang benar? Sepatutnya apa yang saya kata ini disokong bukan saja oleh orang Melayu tetapi oleh seluruh masyarakat Malaysia.

Yang penting, bukan sekadar betul, kita berjihad untuk memperkasakan perlembagaan. Seandainya ada sekolah-sekolah yang membantah, maka caranya ialah, dapatkan perintah mahkamah, bahawa wujudnya sekolah jenis kebangsaan Cina dan India, itu tidak sah dan bertentangan dengan perlembangaan.

Tentu adanya peguam di sini dan peguam itu boleh dapatkan perintah mahkamah. Di Mahkamah Persekutuan, lima panel hakim di sana, mengatakan, pertama dana negara, dana negeri yang dibelanjakan untuk sekolah jenis kebangsaan Cina dan India tidak ada peruntukan dalam perlembagaan.

Lihat Perkara 12, ada menyatakan: This shall not prejudice the right of the federal government or the state government to establish or help in establishing Islamic schools and incur such expenditure as may be necessary.

Bagi sekolah agama Islam, perlembagaan menyatakan boleh digunakan dana negara dan negeri untuk menubuhkan sekolah itu atau membantu sesiapa saja yang menubuhkan sekolah agama, dan mengguna dana negara dan dana negeri sebanyak mana yang diperlukan, kerana itu ada dinyatakan.

Mana ada dinyatakan sekolah jenis kebangsaan Cina, sekolah jenis kebangsaan India ini? Tidak ada kan?

Ini, kita ini baru defensif. Apa saya katakan tadi, itu defensif. Mari kita bertindak agresif lagi. Saya katakan bertindak agresif, seperti tadi saya katakan, orang Melayu bila dikhianati, dia ada backlash.

Orang Cina must bear the consequences of the Malay backlash oleh kerana sudah dapat kekayaan negeri. Kuasa ekonomi sudah pegang, hendak kuasa politik pula. Dilembikkan apa yang ada pada Melayu ini. Macam mana jadi begitu? Mana maruah kita?

Mari kita bertindak agresif, perlembagaan menyatakan, tanah rizab Melayu yang telah diisytiharkan sebelum merdeka wujud sampai bila-bila, dan kalau dicabut (atau) dikeluarkan, tambah lagi.

Lepas merdeka ini, menteri besar dan exconya boleh lagi mengisytiharkan kawasan-kawasan Melayu ikut jaminan perlembagaan.

Apa kita boleh buat? Pertama, tanah rizab Melayu hendaklah diisytiharkan di kawasan-kawasan bandar supaya orang Melayu boleh memiliki rumah, bukan saja memiliki rumah tetapi berniaga di kawasan bandar yang selama ini dimiliki oleh orang Cina.

Istilah cantiknya ialah "menyusun semula masyarakat", itu istilah cantik. Istilah kasarnya, berhijrahnya orang Melayu ke bandar supaya rumah-rumah yang ada di bandar itu, sama-sama kita memilikinya dengan orang lain, bukan kita sekadar melihat saja.

Kedua, isytiharkan tanah rizab Melayu, bagi orang Melayu berladang dan menternak kerana perlembagaan mengatakan, menteri besar boleh isytiharkan tanah rizab Melayu di mana-mana saja.

Kalau begitu, cari tanah yang cantik untuk orang Melayu bercucuk tanam dan berladang. Jangan seperti sekarang, lima ekar, 10 ekar sahaja, tidak.

Kalau bukit itu ada batu, berikan orang Melayu buat kuari.... Begitu juga kawasan berternak.

Kalau ada kawasan seperti Genting Highlands atau Gunung Ansi di Negeri Sembilan, untuk kawasan peranginan, isytiharkan sebagai kawasan tanah rizab Melayu untuk orang Melayu membuat kawasan pelancongan dan peranginan. Jadi kita ini bukan sekadar memerhatikan, kita punya! Buat macam itu.

Saya gunakan istilah agresif saya. Kenapa tidak? Tanah rizab Melayu ini kita susun atur, kita agih-agihkan di tempat-tempat untuk menjamin majoriti kawasan Melayu dan untuk masa depan PRU seterusnya.

Ini cakap agresif, supaya, mana kawasan Melayu diletakkan, letakkan supaya menjamin kawasan itu kawasan hijau.

Fasal 153, kedudukan istimewa orang Melayu, sudah 56 tahun berlalu kita masih memiliki tak sampai 20 peratus (ekonomi) negara ini. Kenapa? Jadi saya agresif dan katakan, susunlah strategi supaya dalam masa 10 tahun ini, Agong mengarahkan badan-badan, pihak berkuasa berkenaan untuk menjamin supaya kekayaan negara ini dimiliki 67 peratus (Melayu) dalam tiga bidang.

Fasal 153 ini menjamin supaya Melayu berada pada tahap yang selesa sepatutnya, dalam bidang pelajaran, perkhidmatan awam dan perniagaan. Jadi, susun strategi, daripada hari ini, seeloknyalah, kalau tidak dari semalam lagi.

Segala perniagaan sudah ada 67 peratus untuk orang Melayu ambil sahaja bila-bila masa. Apa perniagaan yang ada sekarang ini, dah ditetapkan 67 peratus untuk Melayu ada di sana. Nak berniaga esok, minta lesen dapat.

Kenapa hendak tunggu lagi, minta nak pertimbangkan, tidak. Agong mempunyai hak untuk mengarahkan pihak berkuasa yang wajib untuk menentukan kadar peratusan Melayu sekian banyak.

Jadi kalau katakan SPAD mengarahkan teksi di seluruh KL ini sekian banyak, untuk Melayu sekian banyak, (kalau ada) masih kosong lagi, Melayu hendak bawa teksi, buat sekarang, tak payah tunggu lagi. Sepatutnya begitu dalam apa (pun) jenis perniagaan.

Tapi janganlah berniaga setakat bawa teksi saja. (Perlu buat) dari peringkat pengeluaran sehingga downstream.

Supaya jangan kita hendak buat rumah, hendak cari zink pun tak dapat cari. Papan pun tak dapat hendak cari. Tak boleh. Macam kuari tadi, satu bukit itu tanah rizab untuk Melayu saja. Nak batu minta, pergi ke sana, sudah ada.

Kontraktor pula, kita dah katakan 67 peratus tadi, minta lesen, pasti dapat oleh kerana sudah ada 67 peratus untuk orang Melayu (untuk) kontraktor tadi.

Dalam negara yang amalkan demokrasi, bilangan penduduk amat penting. Dalam memilih kerajaan tadi, one vote counts. Jadi bilangan penduduk kita harus kita ketengahkan.

Orang Melayu harus dengar. Tadi saya katakan, siapa sepupu kita? Siapa saudara mara kita? Tadi saya terangkan tafsiran orang Melayu, kita ini Melayu Nusantara,

Jangan kita ada perasaan tak suka, iri hati, katakan kepada Indian Muslim (atau) Chinese Muslim oleh kerana mereka adalah ummah dan seagama dengan kita.

Bila kita ramai, sebab itu kuota kita tadi, saya tingkatkan kepada 67 peratus. 67 peratus dalam kiraan saya, two-thirds majority. Jadi kita pegang two-thirds majority itu dalam segala urusan, perniagaan, lesen dan sebagainya. jadi kita perlu ramaikan orang Melayu.

Saya galakkan, pertama, perkahwinan antara Melayu dengan orang Cina dan orang India. Saya galakkan kerana melahirkan keturunan Melayu sampai bila-bila. Mengapa kita tidak relakan orang kita kahwin dengan orang Cina dan India?

Ramai lagi contoh orang Islam Cina yang boleh mengajak orang Cina dan India masuk Islam. orang Cina ini dia sombong sikit, dia takkan masuk Islam kerana Melayu, tetapi dia boleh masuk Islam kerana saudaranya Cina.

Jadi kita bagi kemudahan-kemudahan, kayakan orang Cina ini, supaya kalau dia kaya nanti dia jaga saudara mara dia, mak ayah dia yang belum masuk Islam lagi, sebagai contoh yang baik untuk diteladani orang Cina dan orang Islam.

Selama ini kita tak kenal saudara mara kita, sepupu kita, kita abaikan. Jangan sekali-kali kita derhaka kepada sepupu kita orang asli tadi oleh kerana kalau kita derhaka kepada dia maka orang akan menderhaka pada diri kita sendiri.

Kita nyatakan kita bertamadun, kita dah maju, tetapi apa kita buat kepada Orang Asli? Jangan minta dia minta daripada kita. Dia tidak tahu hendak minta. Minta dari kita pun dia tak tau. Jadi kita kena bagi pada dia.

Sekolah mana kita buka kepada dia, kita ambil dari kampung itu hantar ke sekolah, seperti mana anak Melayu dihantar ke Kolej Kuala Kangsar kan, ataupun university college. Pada 12 Mei, Malaysiakini melaporkan ucapan bekas hakim Datuk Mohd Noor Abdullah dalam "Wacana Post Morterm PRU-13: Bicara Kepimpinan dan Survival Ummah".

Mohd Noor Abdullah dilaporkan menyeru golongan Melayu agar bertindak dengan lebih agresif untuk mempertahankan hak mereka serta menyusun semula masyarakat, ekoran keputusan pilihan raya umum 5 Mei.

Beliau membuat seruan demikian kerana orang Cina didakwanya mengkhianati ikatan setia kawan orang Melayu melalui usaha untuk merampas kuasa politik.

Ekoran kenyataan itu, beliau mendapat kritikan keras pelbagai pihak, termasuk oleh Ketua Umum PKR Datuk Seri Anwar Ibrahim yang menyifatkannya mengatasi kumpulan pelampau Ku Klux Klan di Amerika Syarikat.

Gabungan NGO-NGO Malaysia dalam kenyataannya pula mendakwa, laporan Malaysiakini berhubung perkara itu tidak tepat, berniat jahat dan bertujuan melaga-lagakan keharmonian dan perpaduan kaum.

Mereka mendakwa kenyataan itu dimanipulasikan oleh wartawan dan berita itu hanyalah segmen-segmen kecil yang dipilih-pilih berdasarkan ucapan penuh Mohd Noor yang berdurasi hampir 60 minit.

Justeru, bagi membantu pembaca mendapatkan gambaran sebenar, berikut transkrip penuh ucapannya berdasarkan rakaman audio dalam wacana itu.

Ini soal jawab yang saya masukkan di sini. Soal jawab, saya menyoal, saya menjawab.

Pertama, bolehkah seorang bukan Melayu menjadi perdana menteri? Kalau mengikut perlembagaan, yang dipertuan Agong mesti melantik seorang perdana menteri yang mendapat majoriti, walaupun satu di Dewan Rakyat. Habis.

Cuma dia kata di situ, seorang warganegara melalui naturalisation or registration tidak boleh jadi perdana menteri. Iaitu, orang yang jadi rakyat kerana telah tinggal di sini selama 10 tahun ataupun mereka yang menjadi rakyat kerana menjadikan Malaysia ini my second home. Orang ini tidak boleh, itu saja. Tidak ada disebut tentang Melayu-Islam.

Tetapi mengikut amalan demokrasi, oleh kerana negara ini negara Islam, jadi tentunya yang Di-Pertuan Agong tadi, bila lantik seorang perdana menteri, bukan saja kriterianya dia mendapat majoriti, tetapi termasuklah dia sebagai wakil negara hendaklah seorang yang Islam dan orang Melayu.

Bagaimana? Bolehkah seorang bukan Melayu menjadi menteri besar atau ketua menteri? Ini berlaku, ya.

Peruntukan perlembagaan negeri menyatakan begini, peruntukan perlembagaan negeri, sembilan negeri Melayu menyatakan begini, raja atau sultan hendaklah melantik seorang menteri besar atau ketua menteri, seorang yang mendapat suara majoriti, (walaupun) satu lebih di Dewan Undangan Negeri.

Kedua, dia mestilah orang Melayu beragama Islam. Ketiga, syarat kedua-dua ini, raja boleh melonggarkan mengikut budi bicaranya - melonggarkan syarat kedua ini bagi menepati syarat yang pertama.

Maknanya begini, siapa yang dapat majoriti dalam Dewan Undangan Negeri itu, maka dialah yang menjadi menteri besar. Kalau DAP mendapat majoriti, maka orang Cinalah yang menjadi menteri besar.

Tetapi (syarat) kedua kata, dia mestilah orang Melayu beragama Islam. Maka yang pertama tadi, dah tak jadi dah.

(Syarat) ketiga kata, syarat kedua ini boleh dilonggarkan bagi menepati syarat pertama. Syarat kedua Melayu-Islam itu boleh diketepikan supaya siapa dapat majoriti dialah yang menjadi menteri besar dan letua menteri. Macam mana?

Kalau tidak boleh, maka pindalah perlembagaan negeri itu dengan sokongan 2/3. Di Melaka sekarang ini, di Pahang, di mana (BN) dapat 2/3 ini, masukkan klausa di situ, Melayu-Islam, tidak ada yang ketiga itu.

Saya tanya seterusnya, bolehkah Brunei dan Singapura masuk Malaysia? Jawabnya, Parlimen boleh dengan undang-undang, membawa masuk mana-mana negeri - Brunei, Singapura - dan mana-mana (negeri) ke dalam Malaysia ini dengan suara majoriti sahaja.

Satu undi lebih, cukup, boleh bawa Singapura masuk ke Malaysia ini. Tidak payah dengan persetujuan Majlis Raja-Raja.

Tetapi kalau ubah sempadan mana-mana negeri, maka negeri berkenaan kena (dapat persetujuan).... Perubahan sempadan itu diluluskan Dewan Undangan Negeri dan mendapat perkenan raja.

Tetapi hendak bawa masuk Singapura ke Malaysia ini dia perlukan hanya akta Parlimen yang mengatakan membawa masuk Singapura ke Malaysia, dengan satu suara majoriti, maka masuklah Singapura ke Malaysia.

Bayangkan akibatnya. Ini agenda yang saya katakan pengkhianatan itu, termasuklah agenda membawa masuk Singapura ke dalam Malaysia.

Sebab itu kalimah Allah dicampakkan supaya orang PAS dan Umno, orang Melayu berpecah belah. Matlamat akhirnya ialah menawan hati orang Bumiputra Sabah dan Sarawak yang bukan Islam. Nampak tidak telunjuknya ke mana?

Tetapi kita Melayu termakan, mujurlah orang Sabah dan Sarawak menyebelah kita. Kerana itu, saya katakan, istilah. Kita hapuskan "Cina", kita hapuskan "India" oleh kerana tiada dalam perlembagaan tadi.

Maka kita letakkan, istilah: "orang Melayu" (dan) "bukan Melayu" (atau) istilah "Masyarakat Pribumi" (dan) "Masyarakat bukan Pribumi". Gunakan mana yang berkenaan. Maka tidak ada lagi (istilah) "Cina" (dan) "India"....

Kalau dikatakan "Malaysian Chinese", dia Cina dulu, "Malaysian" ini jadi adjective. Barack Obama selalu mengatakan: "I am an African American".

American itu yang asas dia. African itu adjective dia. Kita tidak, terbalik. I am a Chinese first, Malaysian second. Kenapa kita tak peka dengan istilah macam itu?

Akhir sekali, ini saya katakan dengan suara yang lantang dan hati yang ikhlas. Kita hapuskan rasuah di kalangan orang Melayu sendiri. Bermula dari orang politik sampai pegawai kerajaan. Kalau orang Melayu rasuah, tiada lagi maruah kita....

Oleh kerana apa, kita dengar di sana orang Melayu boleh dibeli dengan sebatang rokok. Tidak malukah kita? Jadi, jangan sekali-kali kita rasuah. Itu pertama.

Yang kedua, undang-undang negara ini kita laksanakan tanpa belas kasihan. Yang salah tetap salah.... Belas kasihan atau sebagainya, itu kerja hakim. Kerja penguatkuasa undang-undang ialah undang-undang dibuat supaya semua mematuhinya. (Kalau) tidak patuh, ambil tindakan.

Dan saya percaya orang yang degil hendak langgar undang-undang ini bukan orang Melayu. Bukan. Orang Melayu ini patuh kepada undang-undang.

Sebab itu, kalau saya ambil contoh, kita ada undang-undang hasutan tetapi tidak ada seorang pun yang didakwa. Kalau ambil contoh apa yang berlaku sekarang ini, banyak yang bertentangan dengan perlembagaan, dengan undang-undang, tetapi tidak diambil tindakan.

Sebab itulah saya katakan, orang lain takut kalau orang Melayu tidak rasuah. Orang lain takut kalau undang-undang ini dikuatkuasa sepenuhnya oleh kerana mereka selalu ikut jalan pintas, ikut jalan belakang. Jadi segala rasuah itu menggadaikan negara, menjatuhkan maruah bangsa.

Banyak lagi, tetapi dalam masa terhad ini, sekadar itu saja.

No comments:

Post a Comment