Tindakan
Timbalan Menteri Pengajian Tinggi, Saifuddin Abdullah menghubungi, berjumpa dan memuji pelajar India Universiti Utara Malaysia (UUM), Bawani
menimbulkan pelbagai persoalan. Bawani yang
mencetuskan kontroversi apabila "mengasak" ahli panel Syarifah Zohra dalam satu forum di UUM 8 Disember lalu adalah penyokong tegar Parti Sosialis Malaysia
(PSM) yang juga pelajar tahun dua
jurusan undang-undang UUM.
Cuba lihat dan faham kenyataan Saifuddin kepada Sinar Harian mengenai insiden
ini: :
SHAH ALAM - Sambil menyifatkan
KS Bawani sebagai seorang yang "komited dan sopan", Timbalan Menteri
Pengajian Tinggi, Datuk Saifuddin Abdullah hari ini membidas Pengerusi Suara
Wanita 1Malaysia (SW1M) yang disifatkan beliau telah memperkecilkan mahasiswa undang-undang
dari Universiti Utara Malaysia (UUM) itu.
"Tak perlu mengguna ayat-ayat yang boleh membawa maksud mencadangkan Bawani keluar dari Malaysia dan UUM. Adalah lebih baik kalau Sharifah berhujah dengan bijaksana, dengan pengajaran yang baik, berdebat dengan cara yang terbaik," katanya menerusi SMS kepada Sinar Harian Online.
Terdahulu, beliau mengadakan sesi pertemuan "teh tarik" dengan KS Bawani di ibu negara.
"Tak perlu mengguna ayat-ayat yang boleh membawa maksud mencadangkan Bawani keluar dari Malaysia dan UUM. Adalah lebih baik kalau Sharifah berhujah dengan bijaksana, dengan pengajaran yang baik, berdebat dengan cara yang terbaik," katanya menerusi SMS kepada Sinar Harian Online.
Terdahulu, beliau mengadakan sesi pertemuan "teh tarik" dengan KS Bawani di ibu negara.
(Petikan Sinar Harian 18
Januari 2013)
Semua orang
tahu bahawa agenda untuk mengasak ahli panel forum itu diatur sedemikian rupa
oleh pihak pembangkang khususnya DAP.
Pro mahasiswa di UUM didalangi oleh pembangkang iaitu DAP dan Pas. Bagaimanapun banyak pelajar
bukan Melayu jurusan undang-undang di UUM lebih
condong kepada DAP. Malah Bawani
difahamkan calon yang bertanding dalam
pilihan raya UUM tahun lalu tetapi mengalami kekalahan.
Ini
diperjelaskan lagi apabila DAP telah mengeluarkan kenyataan membela pelajar
berkenaan dan cuba
mengaitkan penganjuran forum itu sebagai agenda politik BN. Kini laman sosial dan blog pro pembangkang
memperbesarkan isu kononnya pelajar
berkenaan dinafikan hak bersuara dalam forum
yang dikaitkan dengan BN.
Lihat pula
apa kata DAP:
Kerajaan persekutuan di bawah Barisan Nasional (BN) harus berhenti melayan
mahasiswa-mahasiswi seperti budak-budak sekolah menengah. Kerajaan persekutuan
harus memberi penghormatan, kebebasan dan hak kepada mahasiswa-mahasiswi untuk
menyampaikan pandangan mereka sendiri.
Cara menangani mahasiswa-mahasiswi seperti apa yang ditunjuk oleh Sharifah
Zohra Jabeen ialah cara yang autokratik. Ianya merupakan satu pencabulan hak
terhadap mahasiswa-mahasiswi untuk menyampaikan pendapat mereka secara bebas.
Tindakan Sharifah Zohra Jabeen merampas mikrofon daripada KS Bawani semasa
beliau sedang berucap sehingga Sharifah Zohra Jabeen perlu turun ke bawah
pentas, datang kepada KS Bawani dan menaikkan suara beliau untuk menegah KS
Bawani daripada terus berucap ialah tindakan liar yang perlu dikejam oleh
segenap lapisan masyarakat.
Mahasiswa-mahasiswi pernah dipaksa untuk menandatangani surat akujanji seketika yang lalu. kini
IPTA-IPTA dijadi medan politik yang cuba
dimonopoli oleh Barisan Nasional dengan bantuan jentera-jentera kerajaan
seperti Biro Tatanegara (BTN) dengan tujuan untuk mengukuhkan kedudukan BN yang
samakin terancam dan terumbang-ambing.
(Kenyataan media Lau Weng San Setiausaha Organisasi Negeri DAP Selangor
& ADUN Kawasan Kampung Tunku pada 15 Januari 2013
Maka tindakan
melulu Saifuddin yang lebih dilihat
mengambil pendekatan popular adalah berat sebelah sekaligus
"mewirakan" seorang pelajar
yang biadab dalam sebuah forum akademik.
Malah sangat dikesalkan apabila Saifuddin memuji pelajar berkenaan yang berani mengutarakan
pandangannya walaupun caranya sangat biadab.
Kalau
Saifuddin tertidur biarlah saya kejutkan bahawa yang menjadi isu sekarang
bukanlah ahli panel berkenaan tetapi pelajar-pelajar pro pembangkang di seluruh
negara menjadikan seolah-olah Majlis
Perwakilan Pelajar (MPP) di UUM sebagai
kambing hitam BN. Ini kerana MPP tidak
membela pelajar berkenaan yang kononnya telah dihina dan dinafikan hak bersuara
oleh ahli panel berkenaan.
Tindakan
pelik Saifuddin menyebelahi pelajar
berkenaan. Pada masa yang sama
Saifuddin bersekongkol dengan pelajar pro pembangkang di seluruh negara menganggap MPP di UUM tidak membela pelajar. Inikah tindakan cerdik dan adil seorang Timbalan
Menteri Pengajian Tinggi yang
membelakangkan MPP yang dipilih
secara demokrasi di UUM?
Sebagai Timbalan Menteri Saifuddin tidak perlu sama sekali untuk
menghubungi pelajar berkenaan, apa lagi bertemunya kecuali Saifuddin mempunyai
hasrat menjadilan pelajar itu sebagai wira. Kenapa Saifuddin tidak juga menghubungi MPP dan mendapatkan
penjelasan kedua-dua belah pihak mengenai insiden yang berlaku di UUM itu?
MPP tidak
boleh berdiam diri dengan tindakan pelik Saifuddin dan perlu mengeluarkan
kenyataan yang mempersoalkan apa yang
Saifuddin lalukan. Walaupun dia
Timbalan Menteri Pengajian Tinggi tetapi tindakan yang menimbulkan kesangsian boleh dipersoalkan. MPP khususnya di UUM tidak
boleh membiarkan perkara-perkara pelik dan penuh sangsi dilakukan oleh
mana-mana pihak yang mempunyai hubungan dengan masa depan pelajar waima
oleh Timbalan Menteri Pengajian Tinggi. MPP UUM tidak wajar membiarkan mereka dipergunakan oleh mana-mana pihak untuk meraih keuntungan politik.

Komen anda amat menghairankan saya. Itu saja saya mahu kata. Selebihnya terpulang pada anda.
ReplyDeleteTerima kasih Dr Ariff Budiman
ReplyDeleteBawani dedah isu sebenar di kampus
ReplyDelete