Tuesday, July 3, 2012

Misteri penamatan jawatan KP JPA

Ketua Pengaran Jabatan Perkhidmatan Awam (JPA),  Abu Bakar Abdullah  telah ditamatkan perkhidmatannya pada usia 57 tahun,  sedangkan usia persaraan kakitangan awam ialah 60 tahun.  Abu Bakar pula  tidak memohon  bersara awal  walaupun dalam akhbar beberapa kali dinyatakan semua faedah persaraan diterima oleh Abu Bakar.

Apakah sebenarnya misteri di sebalik penamatan jawatan Abu Bakar ini?  Adakah dia melakukan kesalahan?  Kalau benar apa kesalahannya dan kenapa tidak kenakan apa-apa tindakan?  Kalau penamatan itu kerana Abu Bakar melakukan kesalahan,  ini  satu penyelewengan. Sebabnya  orang yang dituduh tidak didakwa.

Sehingga kini  banyak berita tentang penamatan Abu Bakar dilaporkan sepintas lalu  dan  Timbalan Ketua Pengarah kini memangku tugas Abu Bakar.  Ini bukan jawapan yang  rakyat mahu tahu.  Rakyat mahu tahu kalau  bersalah,  apa salahnya? 

Hairan juga kenapa  Ketua Setiausaha Negara (KSN) yang baru  berat mulut sangat untuk menyuraikan  misteri penamatan seorang  yang bertaraf Ketua Pengarah.  Apa yang payahnya  sehingga kini  KSN  masih tidak bersuara.  Bukan payah sangat pun,   kalau salah  katalah ada buat salah.

Tindakan  bodoh tidak mendedahkan  sebab penamatan itu  mendorong rakyat membuat pelbagai persepsi antaranya  adakah  Abu Bakar condong kepada pembangkang?   Ini kerana  kalau Abu Bakar melakukan kesalahan  jenayah  lain sudah tentu  dia didakwa.  Tetapi “kesalahan”  condong kepada pembangkang  tidak boleh didakwa, sebab itulah ditamatkan secara misteri.

Rakyat  pasti  bertanya di mana telusnya  kalau penamatan seorang Ketua Pengarah  sebuah jabatan penting dalam kerajaan   dibenamkan dan dibiarkan misteri.   Rakyat  pasti berfikir tentu ada “kerja kotor”  yang tidak mahu  rakyat tahu di sebalik penamatan itu.

Perkara yang mudah begini janganlah disembunyikan daripada rakyat.  Nanti akhirnya menjadi payah dan berbelit-belit kerana rakyat  bukan bodoh.  Mereka  juga boleh berfikir dan mempunyai banyak akses untuk mendapatkan maklumat. 



7 comments:

  1. PIHAK BERKUASA MELANTIK & MENAMATKAN PERKHIDMATAN PENJAWAT AWAM http:
    http://www.jpa.gov.my/panduan/kit_perkhidmatan_awam/Kit_Perkhidmatan.pdf

    ReplyDelete
  2. setuju .. di mana ketelusan dan keterbukaan yang dijanjikan selama ini.

    sedangkan Pelayan Pejabat yang ghaib 3 tahun pun akan diberi Surat Tunjuk Sebab sebelum tindakan penamatan perkhidmatan diambil.

    jangan biarkan rakyat diselubungi misteri.

    ReplyDelete
  3. SBPA - CERITA LAMA DIBONGKAR SEMULA
    http://muafakatmembawaberkat.blogspot.com/2012/07/sbpa-apa-orang-ramai-kata-sbpa-usaha.html

    ReplyDelete
  4. Mr ku seman,

    To shed some light, tuan boleh rujuk perkara 49, peraturan pegawai awam (pelantikan, kenaikan pangkat dan penamatan), P.U(A) 1/2012. bole donlod dr web AG Chambers/JPA.

    Dibaca bersekali dengan perkara 135(2)(c), federal consti...

    ** dipahamkan dr sumber jpa bahawa inilah punca kuasa utk penamatan TS abu bakar. Takkan la tsab ni ejen CIA nk jual negara kot ??
    *** btw, lembu punya sisa, sapi yg kena tamat prkhidmatan...bagus sgt lah tu.

    ReplyDelete
  5. Maaf cakap le ye, saya tak salahkan KSN yang baru. Tapi ini kerja PM. Dari sumber-sumber semua ini kerana SBPA yang dibuat oleh KP JPA tu. Bila kakitangan awam memprotes, pembangkang bersuara kerana tak adil, Najib jadi kelam kabut. Padahal SBPA telah diberi kepada Najib. Mustahil skim yang besar begitu dibuat tanpa pengetahuan Najib. KSN yang dulu pun lepas tangan. Ini menggambarkan seolah-olah Najib tak tau apa satu pun tentang SBPA sebab itu dia minta tangguh dan kemudian batalkan. Dari satu sisi, Najib nampak menyebelahi kakitangan awam. Tapi dari satu sisi lain, bagaimana Najib boleh bagi KP JPA kuasa untuk melaksanakan SBPA, padahal dia tak dimaklumkan? Kalau benar begini, jawapannya bukan salah KP JPA. Tapi biasalah, orang kecil kena tanggung salah orang besar.

    ReplyDelete
  6. Saya tak mempersoalkan Najib boleh memecat sesiapa yang dia tidak suka. Tapi sebagai rakyat walaupun bukan kakitangan awam, saya ingin tahu sebabnya. Mesti ada sebab. Rakyat cuma nak tahu sebabnya sahaja, bukan mempertikaikan tindakan memecat itu. Saya gunakan istilah memecat sebab ketua pengarah itu bukan bersara awal, dia baru 57. Umur persaraan 60 tahun. Bagi saya kalau Najib kata, "memang saya tak suka dia." itu adalah jawapan yang merungkai misteri pemecatan ini. Kalau dibiarkan misteri, ibarat baling batu sembunyi tangan. Maknanya seseorang berani buat satu tindakan tetapi tidak berani ambil risiko.

    ReplyDelete
  7. Ala mudah saja bagi aku Najib telah cuci tangan dan Abu Bakar jadi kambing hitam.

    ReplyDelete