Tuesday, June 12, 2012

Pembangkang kecewa kes Kugan


 Polis yang mencederakan Kugan dalam tahanan tiga tahun lalu sudah dihukum. Konstabel Navidran dihukum penjara tiga tahun.  Kugan mati dalam tahanan dan pembangkang menjadikan kes kematian Kugan ini  peluru untuk menghentam polis dan kerajaan.

Tetapi keluarga Kugan dan juga pembangkang  tidak puas hati. Ini kerana polis yang dipenjarakan kerana mencederakan Kugan adalah seorang India.  Kerana itu keluarganya mahu polis membuka semula siasatan kes kematian Kugan ini.  Kerajaan tidak perlu melayan permintaan yang mengarut ini demi untuk memuaskan hati satu dua orang tetapi menyusahkan jutaan orang.

Cuba bayangkan kalau polis yang mendera Kugan itu seorang Melayu,  sudah pasti ia menjadi lain  dan keluarganya  akan menganggap ini berlaku kerana polis Melayu rasis.  Mereka  mengharapkan polis yang bersalah itu seorang Melayu, bolehlah dipanjangkan menjadi isu perkauman.

Tetapi apabila polis itu seorang India,  tidak jadilah isu rasis.  Bagaimanapun isu ini akan dipanjangkan lagi dengan desakan membuka semula kes ini.  Mereka berlaku tidak adil kepada polis dan kerajaan.  Cuba ingat kembali  adakah mereka  (puak India)  tidak fikir  anggota polis juga banyak yang  maut semasa menjalankan tugas.

Kerajaan jangan melayan isu Kugan ini.  Kira tutup buku sajalah.  Sejak mula dulu pun ia isu politik.  Puak-puak yang melihat kes ini boleh memberikan keuntungan kepada mereka dengan segera menjadi pejuang kononnya menuntut keadilan bagi pihak Kugan.

Bukan tidak ada orang Melayu mati dalam tahanan. Bukan tidak ada orang Melayu yang kena belasah oleh polis kerana jahat. Tetapi tidak ada orang Melayu mendesak itu dan ini  macam orang India kematian  Kugan.  Nampaknya  nyawa orang India dan orang Cina begitu  berharga sekali bagi politik rasis di negara ini.

Tidak lama dulu kematian  Beng Hock yang terjun dari pejabat SPRM di Shah Alam dijadikan isu politik kononnya Cina itu mati dibunuh SPRM.  Desak tubuh siasatan khas tetapi apabila hasil siasatan  menunjukkan Beng Hock mati  jatuh bangunan,  puak pembangkang tidak mahu terima.

Semua ini terpulanglah kepada  keberanian dan kebijaksanaan Menteri KDN,  Hishamuddin Hussein  sama ada mahu terus melayan kononnya  nanti  Cina dan India tak sokong  Barisan Nasional atau  tidak melayan  puak yang ada kepentingan politik perkauman.

No comments:

Post a Comment