Monday, May 7, 2012

Media dan UMNO 66 tahun


Pada 3 Mei lalu adalah Hari Kebebasan Akhbar Sedunia. Hari yang dirayakan supaya media dibebaskan cari cengkaman sama ada secara nyata atau sebaliknya oleh pemerintah. Saya merayakan Hari Kebebasan Akhbar Sedunia dengan menulis rencana “Apabila Media Diancam Saman” dalam Mingguan Malaysia.

Ironinya sempena Hari Kebebasan Akhbar Sedunia, wawancara bersama Presiden UMNO Najib Tun Razak sempena sambutan ke 66 parti itu tidak dibuat oleh media yang sebelum ini rakyat labelkan sebagai “media UMNO” iaitu Utusan, Berita Harian dan NST.

Beberapa orang bertanya saya kenapa wawancara dengan Presiden UMNO tidak dibuat oleh media yang disebutkan tadi atau setidak-tidaknya Bernama seperti sebelum ini? Kenapa dibuat oleh UMNO Online, satu unit media bawah UMNO?  Adakah UMNO pun tidak percaya kepada media atau tidak mahu memberi kebebasan kepada media?

Pertanyaan itu sepatutnya bukanlah kepada saya dan saya tidak ada jawapan. Kalau ada jawapan sekalipun saya tidak mahu menjawab kerana orang sudah tahu jawapan saya. Cuma secara berjenaka saya berkata, “Ini meringankan beban kami untuk wawancara kemudian transkrip pula untuk disiarkan.”

Sebenarnya apa yang boleh ditanya oleh UMNO Online dengan media lain sama sahaja. Kalau Utusan yang wawancara pun hasilnya sama juga. Soalan pun sama juga. Ingat boleh bagi soalan macam media AS wawancara Obama?


No comments:

Post a Comment