Tuesday, May 8, 2012

Mana bukti polis ganas?

Tindakan beberapa akhbar arus perdana menyiarkan keganasan perusuh pada 28 April lalu membelasah polis dan warga media telah menyedarkan rakyat.  Banyak yang seperti tidak percaya perhimpunan yang ditekankan sebagai “aman” itu menjadi sebaliknya dan  perusuh bertindak ganas  berbeza dengan janji ketua mereka, Si Ambiga.

Orang Pas yang menyokong  perhimpunan haram itu sedikit sahaja kalau dibandingkan dengan  jumlah semua ahli Pas.  Walaupun  pemimpin Pas seperti Haji Hadi dan Nik Aziz menyeru supaya menyertai perhimpunan itu,  ahli Pas yang waras  hanya mengambil sikap tunggu dan lihat.

Akhirnya mereka melihat sendiri  penyelewengan pemimpin mereka yang cuba menghalalkan rusuhan dan membelasah orang yang mengawal supaya rusuhan itu tidak terus merebak.  Mereka ini sangat kecewa dengan Pas tetapi  mengambil sikap berdiam diri.  Mereka hanya akan menunjukkan pendirian apabila tiba di peti undi nanti.

Saya tidak menganggap semua orang Pas  seperti mereka yang merusuh  seperti  anjing-anjing  yang diarahkan oleh tuannya untuk mengejar babi di hutan.  Saya tahu  hanya segelintir sahaja yang berperangai seperti anjing  dan membuat kacau  kerana mengikut arahan pemimpin.  Orang yang cerdik dan waras  bertindak cara lain, bukan memukul polis dan warga media.

Gambar seorang anak muda yang masih belajar dengan biadabnya menendang anggota polis telah memberi  keinsafan kepada banyak orang Pas terhadap kerja  jahat yang dirancang pemimpin mereka.  Anak muda itu suatu  hari nanti akan menjadi penyangak  dan mendapat tempat dalam Pas. Ini kerana Pas suka orang yang biadab begini untuk menjadi pelapis kepada  Mahfuz,  Mat Sabu dan banyak lagi  suatu masa nanti.

Pemimpin Pas  menuduh polis melakukan keganasan  dan  provokasi  tetapi mereka tidak dapat membuktikan dengan gambar atau video.  Tetapi polis  dan jurugambar  media  serta orang persendirian mempunyai bukti  apa yang  orang Pas  atau kuncu mereka lakukan pada 28 April itu.

Kalau mereka ada bukti  kenapa tidak siarkan menerusi media mereka seperti  Harakah,  Suara Keadilan,  Malaysiakini,  Malaysian Insider atau Malaysia Today?  Mereka tidak ada bukti.  Orang Pas yang tidak ikut merusuh bukan bodoh seperti  anjing-anjing  yang menyalak dan menggigit  polis  semasa rusuhan itu.  Mereka hanya siar gambar polis mengepit kepala perusuh di celah ketiak dan menganggap itu satu “keganasan” oleh polis.  Orang Pas yang cerdik boleh menilai tindakan polis itu.

Banyak orang Pas meluahkan  meluahkan kepada saya kekesalan terhadap pemimpin mereka yang gagal menjadikan perhimpunan itu aman.  Apabila melihat keganasan   yang dipapar di media arus perdana,  mereka menjadi mar4ah dan benci kepada Pas kerana sikap pemimpin yang kononnya “Islamik” tetapi jadi penyangak.

Tanyalah kepada pemimpin Pas berapa perusuh yang patah tangan atau kaki  dibelasah polis?  Suruh mereka tunjukkan bukti.  Kalau tidak ada yang patah, di mana pula datangnya ganas.  Lainlah kalau  polis belasah sampai patah atau  menggunakan peluru hidup seperti  Dataran Tiannanmen  pada  4 Jun 1989.  Seorang  ahli Pas berkata kepada saya,  “Kalau saya tahu begini ganasnya mereka,  saya nak cadang supaya polis guna peluru hidup  atau belasah  biar sampai tak ingat hari.”

Orang Pas secara senyap-senyap membuat penilaian di sebalik pemimpin mereka yang terus menyalak siang  dan malam.  Mereka menilai  Hadi dan Nik Aziz yang sudah turun tahap ulama jadi penyangak.  Mat Sabu mereka tidak masuk senarai, begitu juga Mahfuz.  Seorang lagi orang Pas yang  marah dengan muka merah menyala berkata, “Dua-dua ekor itu kalau lembu sudah lama kena sembelih dan dijual daging.  Tak berguina kepada agama, bangsa dan negara.”  Ini cakap orang Pas sendiri  yang pemimpin mereka tidak tahu.

Saya simpati dengan orang Pas. Mereka benar-benar mahu mencari jalan memartabatkan Islam  dan mereka ditemukan dengan Pas yang mempunyai slogan Islam.  Tetapi akhirnya mereka dikecewakan kerana yang disangka  ulama itu adalah “orang politik”  yang mempolitikkan apa sahaja  termasuk agama.  Paling mereka tidak sangka  apabila “ulama”  seperti  Hadi dan Nik Aziz menyeru ke arah rusuhan.


2 comments:

  1. sepatutnya pandangan saudara lebih neutral bagi kedua2 belah pihak.....nampaknya silap saya kerana menilai blog ini sbg blog kempen politik...

    ReplyDelete
  2. saudari, maaf mecelah, saya rasa tidak.. sebab mengikut kefahaman saya, sememangnya Harakah, dan lain-lain tidak pernah menyayangkan apa yang sebenarnya berlaku.. mungkin saudara Ku SEman agak keras dalam mengkritik kepimpinan PAS namun sebagai penyokong PAS saya pun rasa seperti tersentuh dengan apa yang berlaku.. tidak gamak elihat bagaiman seorang polis dikasari sebegitu rupa..

    ReplyDelete