Wednesday, February 22, 2012

SBPA menindas kakitangan bawahan

Saya bukan pegawai atau kakitangan kerajaan. Saya berkerja dengan syarikat swasta milik Melayu. Orang kerajaan dapat bonus, saya tidak merasa walaupun syarikat tempat saya berkerja menyokong kerajaan hingga surat khabar yang diterbitkan bertukar jadi buletin kerajaan.

Tetapi saya bersimpati dengan pegawai dan kakitangan kerajaan. Sebahagian besar kakitangan yang bernaung bawah CUEPACS misalnya dilayan sebagai ”kuli batak” oleh pegawai kanan kerajaan bertaraf Premier dan JUSA. Kakitangan rendah ini berkerja bagai nak mampus, bila tiba masa merombak skim penyelerasan gaji, puak Premier dan JUSA yang makan isi. Kakitangan bawahan hanya jilat mangkuk, kalau hirup kuah kira okey lagi.

Siapa yang merangka Skim Baru Perkhidmatan Awam (SBPA)? Sudah tentulah puak-puak Premier dan JUSA. Jawatan apa yang bertaraf Premier dan JUSA? Secara mudahnya ialah:

* Kumpulan Premier (Strategic and key positions (Turus): KSN, KSU)

* Kumpulan Pengurusan Tertinggi (Jawatan Utama dan Gred Khas: JUSA C, B dan A)

* Kumpulan Pengurusan dan Profesional (Pegawai Gred 41 hingga Gred 54)

* Kumpulan Pelaksana (Pegawai dengan kelayakan masuk PMR hingga Diploma)

Yang hanya jilat mangkuk adalah kakitangan Gred 54 ke bawah atau yang masuk kerja dengan sijil PMR. Mereka inilah yang dilayan bagai ”kuli batak” dalam SBPA. Tetapi kita jangan lupa kumpulan Gred 54 ke bawah jumlahnya lebih sejuta orang. Semuanya sudah layak mengundi. Bayangkan kalau sejuta orang ini melahirkan kemarahan mereka pada kertas undi?

Mengikut skim baru, gaji kumpulan Premier antara RM35,000 hingga RM60,000. Gaji ini melebihi CEO syarikat GLC. Berapa pula kenaikan JUSA? JUSA diberi kenaikan gaji antara 57 peratus hingga 81 peratus. Kalau dalam Ringgi Malaysia kenaikan gaji mereka ialah RM5,000. Apa kejadah kenaikan gaji hingga RM5,000? Kenaikan gaji kakitangan bawahan yang bernaung bawah CUEPACS pula hanya antara RM116 hingga RM137.

Inilah skim yang paling menindas bertaraf zionis yang pernah dibuat kepada kakitangan bawahan jabatan kerajaan. Datuk Omar Osman Presiden CUEPACS jangan goyah dengan pendirian menuntut SBPA dirombak kembali. Kakitangan bawahan jangan lupa kuasa anda dalam pilihan raya kalau kerajaan masih ketegar tidak mahu merombak SBPA.

Di mana suara UMNO memperjuangkan nasib kakitangan bawahan yang ditindas dalam SBPA? Saya fikir sebahagian besar pemimpin UMNO hanya jaga temolok (perut) masing-masing sahaja. UMNO terlalu kecoh dengan Anwar Ibrahim hingga terlupa ada zionis yang menjadi penentu SBPA. Kenapa UMNO tidak bersuara?


14 comments:

  1. respect sket bro, yg bersengkang mata baca buku bermalam2 semata nak dapat sekeping sijil pastu dulu yg kumpulan sokong naik byk percent tu...Jusa dan Premier tak naik kot hari tu tapi takyah buat komen tak pakai akal yang Allah kurniakan...camnie, kalau ada anak nasihatkanlah supaya belajar pepandai biar lh jadi pengurusan tertinggi sbb diorg ni majoriti perancang polisi, politkus hanya membahaskan...ok

    ReplyDelete
    Replies
    1. Komen anda menunjukkan anda bongkak dan takbur dengan ilmu yang dipinjamkan oleh Allah.

      Tidak semua orang dikurniakan tahap kecerdasan akal yang sama untuk menjadi pandai macam saudara.

      Delete
    2. Betul tu...Tiada semua yg di lahirkan cerdik pandai,

      Delete
  2. Tahniah tuan, sangat jujur dan berani.

    ReplyDelete
  3. Kepada Anonymous, saya dua jawapan. Pertama sijil dengan kualiti kerja adalah dua perkara yang berbeza. Ada yang banyak sijil tetapi kualiti kerja tak seberapa. Jadi kalau penanda aras gaji kerana bersengkang mata nak dapat sijil, itu silaplah.
    Kedua, kumpulan Premier dah gaji RM60,000 takkan nak naik lagi. Tetapi JUSA mendapat kenaikan sekitar RM5,000. Banyak tu Bro kalau dibandingkan dengan kakitangan masuk kerja dengan sijil PMR hingga diploma. Mereka juga nak makan sehingga kenyang macam Premier dan JUSA juga.

    ReplyDelete
  4. Pokder, saya menulis yang orang politik kononnya memperjuangkan nasib rakyat tak perjuangkan. Boleh saya tanya Pokder, bila kali terakhir Pokder terbaca kenyataan orang politik BN yang kata SBPA tidak adil? Kalau ada tolong bagitau saya, sebab mungkin saya terlepas pandang.

    ReplyDelete
  5. sepatutnya gaji kerani mesti sama ngan JUSA.. baru la keadilan untuk semua.. gaji nurse pun mesti sama ngan doktor.. sebab nurse kuli batak.. sokonglah PR kami akan merealisasikan apa saje janji dapat memerintah..

    ReplyDelete
  6. Sdr Anonymous menulis, "sepatutnya gaji kerani mesti sama ngan JUSA.. baru la keadilan untuk semua." Yang sdr katakan itu bukan prinsip keadilan, tetapi itu sama rata. Isu SBPA adalah tidak ada keadilan walaupun yang jawatan kecil logiknya bergaji kecil, yang besar bergaji besar. Yang sdr katakan itu adalah prinsip sama rata. Untuk pengetahuan sdr, prinsip rata bertentangan dengan prinsip keadilan. Saya tak sokong PR sebab dalam PR sendiri tidak ada keadilan.

    ReplyDelete
  7. Sdr Faizal, saya tidak bongkak dan takbur. Kalau sdr kata saya ada ilmu maka saya menggunakan ilmu saya itu untuk menyedarkan ada penindasan dalam SBPA. Apabila sdr kata tak semua dikurniakan kecerdasan, saya amat setuju dengan pandangan itu. Tetapi isunya kalau seseorang itu tidak ada kecerdasan minda misalnya bagaimana mereka boleh jadi JUSA atau Premier? Bukankah itu penanda aras kecemerlangan dalam segala sudut?

    ReplyDelete
    Replies
    1. Pengundi atas pagar tidak mengharap lagi kepada pejuang dari UMNO kerana dalaman UMNO sendiri korup yang amat parah.Menang Ketua Bahagian dengan sogokan.
      Tun M dijunamkan sebagai perwakilan dengan sogokan RM200 setiap perwakilan di Kubang Pasu.
      Read my posting mummyrokiah.blogspot.com

      Delete
  8. tahniah saudara..kupasan yang menarik dan realistik.SPBA sekiranya tidak diselaraskan dengan baik,akan menjadi bom jangka.Niat PM untuk membantu rakyat menikmati faedah amat baik n murni tetapi mereka2 yang gred tinggi ini yg buat kami jd marah.Apa muslihatnye JPA?

    ReplyDelete
  9. Sdr Anonymous (08.00 AM) Kita disumbatkan dengan frasa indah "rakyat didahulukan". Kena buktikanlah rakyat bawahan diberi perhatian kalau pun bukan keutamaan seperti isu SBPA ini. Memanglah mereka yang bertaraf premier yang buat untuk kepentingan puak-puak dia orang saja. Mereka ada kuasa, orang bawah pun ada kuasa juga.

    ReplyDelete
  10. Mummy Rokiah, saya nak tanya satu benda, pasai apa pakat dok berebut nak jadi ketua bahagian? Yang saya tau kerja tu tak ada gaji, kerja sukarela. Tapi pakat berebut sampai ada yang "melabur" berjuta ringgit. Saya pikiaq la Mummy depa ni golongan yang suka buat kerja sukarela. Kerja tak ada gaji pun pakat berebut. Baguih betoilah orang kita. Tapi saya juga terpikiaq juga pasai apa banyak ketua bahagian kaya-kaya? Depa dapat duit dari mana? Mummy tolong habaq mai sat no.

    ReplyDelete
  11. kome stuu ngn ku seman

    ReplyDelete