Sunday, February 26, 2012

Polis cadang suami Shahrizat didakwa

Mingguan Malaysia hari ini (26 Feb 2012) menyiarkan berita polis mencadangkan supaya Peguam Negara mendakwa Pengerusi Ekselutif Nasional Fidlot Nasional (NFC) Mohamed Salleh Ismail atas pertuduhan pecah amanah. Mohamed Salleh adalah suami kepada Menteri Pembangunan Wanita Keluarga dan Masyarakat, Shahrizat Jalil.

NFC mendapat dana kerajaan sebanyak RM250 juta untuk menjalankan projek lembu daging di Gemas Negeri Sembilan untuk meningkatkan pengeluaran daging tempatan. Tetapi Laporan Ketua Audit Negara mendapati pusat itu gagal memenuhi matlamat penubuhannya.

Kemudian timbul pula kontroversi pembelian kondo mewah di Bangsar yang didakwa Mohamed sebagai pelaburan yang menguntungkan. Soalnya dana RM250 juta untuk meningkatkan pengeluaran daging bagi keperluan rakyat. Beli kondo mewah kalau untung berganda sekalipun untuk syarikat ini.

Sebelum diadakan PRU 13, Perdana Menteri, Najib Razak kena menyelesaikan isu yang melibatkan keluarga Shahrizat dulu. Kalau dibiarkan tertangguh, ini akan menjadi barah yang mempunah peranahkan UMNO dan Barisan Nasional.

Jangan biar Shahrizat dengan retoriknya menuding jadi kepada pembangkang kerana mahu menjatuhkannya. Itu bukan isunya kerana orang UMNO pun mendesak Shahrizat letak jawatan untuk membersihkan nama UMNO.

Lain kali kerajaan jangan buat kerja bodoh lagi memberi projek yang melibatkan wang rakyat kepada mereka yang ada hubungan dengan kerajaan dan parti pemerintah. Kalau Shahrizat telus, dia boleh menasihatkan suaminya jangan mengambil dana itu kerana dia seorang menteri.

Tidak adakah syarikat lain yang lebih bebas dari hubungan dengan kerajaan yang layak diberi tanggungjawab menambahkan pengeluaran daging tempatan? Kalau satu syarikat ini sahaja, kalau syarikat ini bungkus, maknanya kita kebulur daging tempatan. Rakyat yang membayar cukai pendapatan kepada kerajaan ayuh bersuara.

Payah sangatkah hendak suruh atau paksa Shahrizat letak jawatan? Dr. Mahathir yang lebih diperlukan pun boleh letak jawatan, inikan pula Shahrizat yang tidak nampak apa sumbangan yang dilakukan.

4 comments:

  1. apa pun aku tertarik dengan kolum kau di utusan bertajuk "Media kita sudah lama bebas" dan kau persoalkan "sekiranya tidak ada kebebasan media, bagaimana boleh wujud banyak portal berita, blog..." MASYAALLAH SAMPAI BEGITU SEKALI MENTALITI KAU KU SEMAN? SAMA DENGAN TERNAKAN SHAHRIZAT AKU YAKIN..SAMPAI KAU PENCEN KAU AKAN MERENDAHKAN TAHAP PEMIKIRAN RAKYAT...tapi kira kau perlukan jawapan - umno bn tidak ada jurisdiction di alam maya sebab tu ianya bebas...tidak seperti utusan, tv3, rtm, berita minggu, nst, the star dan beribu lagi di bawah cengkaman bn...

    ReplyDelete
  2. Anonymous, Umno boleh saja menyaman sampai bankrup pengendali portal,blogger malah pemimpin pembangkang sekalipun jika ia mahu. (mungkin inilah yang akan dilakukan oleh PR jika mereka berkuasa kelak).

    Dan jika mereka mahu,Umno juga boleh menyekat akses internet kepada orang ramai untuk mendapat maklumat(lebih tepat lagi fitnah dan pembohongan dari pembangkang)bagi memastikan Umno terus selamat dan selesa. Tapi kenapa Umno tidak berbuat begitu? sebaliknya membuka langit seluas luasnya dan siap bagi laptop percuma lagi...

    ReplyDelete
  3. Keengganan DS Shahrizat meletak jawatan telah menampakkan `wajah` sebenar beliau yang sebelum ini lantang dan berapi api dalam ucapannya bahawa beliau SAYANGKAN NEGARA,SAYANGKAN UMNO...

    ReplyDelete
  4. Pokder ingat semua yang masuk UMNO, jadi ketua bahagian hinggalah jadi menteri semuanya sayangkan negara? Macam yang saya kata, awal lagi Shahrizat sengaja tak halang suaminya dapat dana RM250 juta. Kalau dia halang semua ini tak berlaku. Sekarang bila berlaku kalau "sayangkan UMNO" janganlah bagi UMNO kena kudis buta ini. Dia kena ingat UMNO bukannya sihat sangat.

    ReplyDelete