Apabila Konserto Terakhir ganti “novel itu”
(Petikan Utusan Malaysia 2 Jan. 2012)
Oleh: Ku Seman Ku Hussain
Kementerian Pelajaran membuat keputusan memilih novel Konserto Terakhir karya Sasterawan Negara Abdullah Hussein menggantikan “novel itu” untuk digunakan sebagai teks Komsas tahun ini. Saya menggunakan “novel itu” kerana kaum India amat trauma dengan judul novel itu hingga mereka berjuang bermati-matian memastikan “novel itu” tidak digunakan di sekolah.
“Novel itu” memperkatakan tentang kasta pariah dalam masyarakat India di India yang menumpang kapal arang ke negara ini. Apa yang diharapkan selepas “novel itu” digantikan dengan Konserto Terakhir akan berakhirlah sistem kasta dalam masyarakat India. Tidak ada lagi kasta pariah. Rupa-rupanya pariah hanya ada pada sebuah novel dan demikianlah berpengaruhnya “novel itu” hingga dibenci begitu rupa.
Ada pendapat menganggap menggantikan “novel itu” dengan Konserto Terakhir sebagai mengalah kepada desakan minoriti. Tambahan pula selepas “novel itu” disunting semula dengan memadamkan perkataan “pariah”. Tetapi bagi saya tindakan itu adalah pintar kerana semua orang tahu “novel itu” hanya dijadikan sebab untuk kaum tertentu menafikan sejarah. Tetapi hakikatnya sejarah bukanlah dicipta oleh “novel itu”.
Biasanya manusia yang berjiwa kecil akan berusaha untuk kelihatan besar dengan membuat tindakan-tindakan yang dianggap besar. Apabila tercetus isu mereka pun berasa besar, suara mereka didengar dan semua ini menghapus rasa rendah diri sebagai manusia yang berjiwa kecil. Kerana itu bukanlah suatu yang sukar untuk kerajaan menangani “anak manja” yang belum dewasa ini.
Puak yang menentang “novel itu” kini telah ketandusan idea kerana sebelum ini mereka menjadikan “novel itu” sebagai modal untuk membuat tuntutan. Mereka juga sebenarnya tidak gembira apabila kerajaan membuat keputusan menggantikan dengan Konserto Terakhir. Apabila tuntutan dipenuhi, tidak ada lagilah isu yang boleh dijadikan mata pancing untuk menarik perhatian.
Pilihan Raya Umum ke 13 (PRU) dijangka diadakan tahun ini. “Novel itu” dijadikan isu untuk dipolitikkan sekaligus mengugut dan tawar menawar undi. Tetapi ini adalah strategi politik ketinggalan zaman. Ia hanya sesuai dengan parti politik yang juga ketinggalan zaman dan sudah tidak relevan.
Kerana itu menarik balik “novel itu” dan menggantikan dengan Konserto Terakhir bukanlah kemenangan puak minoriti. Sebaliknya ini satu kekalahan apabila subjek itu dengan mudah dipadamkan. Lebih terpukul lagi tidak ada pihak yang mempertikaikan pemilihan Konserto Terakhir. Ini menunjukkan hakikatnya status sosial kaum India di negara ini bukan ditentukan oleh “novel itu” atau Konserto Terakhir. Ia di tangan mereka sendiri sama ada mahu berubah atau tidak.

setuju...
ReplyDeleteSaudara Ku Seman,
ReplyDeleteSebuah tulisan yang sangat rasional dan bijak.
Saya teringat kepada kisah Perjanjian Hudaibiyyah pada zaman Rasulullah. Pada zahirnya, umat Islam kalah dengan perjanjian yang nampak berat sebelah menyebelahi kuffar, tetapi Rasulullah arif akan hikmahnya.
Penarikan "novel itu" hanyalah menunjukkan kelemahan dan rendah moral kaum pariah yang sangat trauma hanya dengan sepatah perkataan, sehingga sanggup membazirkan wang rakyat. Dengan maksud lain, mereka ini masih terjajah minda dan belum membangun, bagaikan kanak-kanak yang meraung tak dapat mainan.
Isu ini memberi peringatan kepada kita bahawa jika golongan ini naik menjadi pemimpin, mereka bukan akan memperjuangkan kebajikan untuk masyarakat, tetapi hanya akan mengutamakan bangsa mereka. Maka, amat bodohlah para pemimpin kita yang masih buta menilai perangai buruk bangsa ini, dan masih lagi melantik senator yang hanya mengundang masalah dalam negara.
Penarikan novel ini hakikatnya adalah kekalahan moral buat mereka, dan memperlihatkan kepariahan sebenar mereka.
Interlok sebenarnya tak membawa apa-apa makna kepada bangsa India (Hindu) di negara ini. Ada atau tidak ada Interlok, puak ini sama saja kecuali mereka sendiri berubah misalnya kurangkan jumlah gangster India di negara ini.
ReplyDelete