Thursday, November 8, 2012

Apa makna kemenangan Obama?


Barack Obama dipilih sekali lagi menjadi Presiden Amerika Syarikat (AS)  untuk penggal kedua.  Obama  menewaskan pencabarnya Romney  dari parti Republikan.  Kepada dunia, khususnya dunia  Islam  apakah maknanya kemenangan  Obama?   Apakah  dasar luar Obama untuk penggal ini akan berubah?

Pilihan raya Presiden AS  mempunyai kaitan  terutama  kepada negara-negara yang mempunyai pertalian dengan AS atau yang memusuhi AS. Maka dasar luar menjadi faktor penting untuk melihat kestabilan politik dunia setidak-tidaknya untuk satu penggal akan datang. Dasar luar AS terhadap negara-negara yang mempunyai kuasa  ekonomi dan pertahanan seperti China dan Rusia boleh dijadikan petunjuk geopolitik dunia selepas ini.

Pada masa yang sama dasar luar AS terhadap Timur Tengah terutama dalam konflik Palestin - Israel, hubungan AS dengan dunia Islam serta kesan Arab Spring yang meruntuhkan beberapa negara Arab, yang terkini Syria  menanti  tindakan seterusnya daripada Obama. Ketika berkempen pada 2008, Obama menjaja dasar luarnya yang menjurus kepada keamanan sejagat. Antaranya mengeluarkan tentera AS di Afghanistan Dan Iraq, menyelesaikan konflik Palestin - Israel dan menjalin hubungan baik dengan dunia Islam.

Tidak sampai setahun menjadi Presiden, Obama dalam ucapan di Universiti Kaherah pada 4 Jun 2009 menyakinkan dunia Islam dengan janji-janji untuk menjalinkan hubungan baik. Dasar ini bertentangan dengan George W. Bush yang menyerang Afghanistan dan Iraq. Maka banyaklah penganalisis politik melihat kenyataan Obama sebagai satu permulaan yang baik bagi dunia Islam.

Tetapi tidak lama selepas itu Obama mengugut menyerang Iran kerana mendakwa membangunkan senjata nuklear. Hujah ini sama dengan yang digunakan Bush semasa menyerang Iraq. Janji Obama di Kaherah tidak membawa makna apabila Obama juga menindas Palestin dan tidak mengambil tindakan ke atas Israel. Mesir pada era Hosni Mubarak adalah sekutu AS dan turut menindas Palestin.

AS menyumbangkan sebanyak AS$2 bilion (RM6.4 bilion) setahun kepada Mesir sebagai imbuhan memeterai perjanjian damai dengan Israel. Tetapi daripada sumbangan itu, AS$1.3 bilion (RM4.16 bilion) digunakan untuk ketenteraan bagi memastikan tentera terus memerintah Mesir. Kepada Israel pula AS memberikan AS$2.5 bilion (RM9 bilion) pada era Obama telah merenggangkan hubungan dengan Rusia yang menjadi antara kuasa besar yang sering tidak sehaluan dengan AS. Tambahan pula Rusia bertegas membekalkan uranium kepada Iran untuk loji nuklear untuk tujuan tenaga bukannya senjata.

Romney awal-awal lagi menjadikan Israel sebagai faktor menarik pengundi pro Yahudi di AS memilihnya. Romney secara terang-terangan menyokong Israel dalam lawatannya ke Tel Avis tidak lama dulu. Kenyataan Romney memang jelas bersifat rasis apabila menganggap Baitulmaqdis adalah milik Israel. Kenyataan ini dengan sendirinya menafikan hak Palestin. Malah dia juga membandingkan ekonomi Israel yang lebih tinggi kononnya kerana budaya kerja Israel.

Kemudian mempersendakan ekonomi Palestin yang jauh lebih rendah dan mendakwa ini disebabkan kegagalan budaya Palestin memajukan diri. Bagaimanapun dunia tahu bahawa kekayaan Israel adalah hasil menindas Palestin dan bantuan besar daripada AS sebagai proksi AS di dunia Arab.

Romney mungkin terlupa bahawa antara faktor kemenangan Obama  pada 2008   kerana Obama menawarkan pelan keamanan sejagat termasuk berjanji menyelesaikan konflik di Timur Tengah. Ketika Bush melancarkan serangan ke atas Afghanistan dan Iraq selepas tragedi 11 September 2011, pungutan suara memperlihatkan rakyat menentang dasar luar Bush ketika itu. Rakyat tidak mahu AS campur tangan dalam konflik dalaman Iraq untuk menumbangkan Presiden Saddam Hussein.

Hakikatnya dasar luar AS yang berkaitan dengan dunia Islam tidak akan berubah, sekalipun Presidennya bertukar ganti. Konflik di Timur Tengah tidak akan selesai kerana dasar luar AS yang telah menetapkan sedemikian. Walaupun sebelum ini Bill Clinton memperlihatkan usaha bersungguh-sungguh menyelesaikan konflik Israel - Palestin tetapi tidak dapat dilaksanakan.

Faktor penentu dasar luar AS adalah pemodal-pemodal pro Yahudi di AS. Semua calon Presiden AS bergantung kepada dana yang diberikan oleh pemodal pro Yahudi. Mereka boleh gegak gempita bercakap di atas pentas tetapi penentunya di tangan pemodal pro Yahudi. Walaupun Obama bersemangat membantu dunia Islam tetapi siapa yang membiaya dana kempen pilihan rayanya kalau bukan pemodal pro Yahudi yang menguasai ekonomi AS?

Maka  kemenangan Obama  tidak akan mengubah apa-apa yang ditetapkan oleh dasar luar AS. Dunia akan terus menjadi tidak aman kerana AS banyak memainkan peranan di negara-negara lain. Misalnya Obama sendiri banyak memainkan peranan menghancurkan Libya, Mesir dan Syria. Dasar luar AS antaranya ialah menstrukturkan semula politik di dunia Islam mengikut acuannya. Dasar ini akan diteruskan oleh siapa sahaja yang dipilih sebagai Presiden AS. 


Saturday, August 18, 2012

Tak payahlah sertai Olimpik 2016


Kepada satu komen saya dalam blognya, Tokoh Wartawan Negara Datuk A. Kadir Jasin secara sinikal menjawab, “Bagi mereka kerakyatan, satu dunia dah buat. Dalam jel kita ada lanun Somalia. Daripada dok makan free, kerah yang muda-muda tu lari jauh. Kita kena fikir luar daripada kebiasaan. Orang kita kurang dari segi kekuatan tubuh badan dan mental.”  Isu yang dibahaskan  dalam blog itu ialah prestasi negara di Sukan Olimpik London 2012 yang sangat teruk.  Daripada apa yang saya faham Kadir secara sinis mencadangkan kita menggunakan atlet yang “dibeli” dari negara mundur tetapi  mempunyai kehebatan dalam sukan.

Sejak 56 tahun menyertai Sukan Olimpik, hakikat yang terpaksa diterima ialah kegagalan. Tahun ini kalau tanpa Lee Chong Wei dan Pandelela Rinong, delegasi negara sama seperti tahun-tahun sebelumnya yang  pulang dengan tangan kosong. Ironiknya riuh rendah penyertaan kita ke Sukan Olimpik macam mengalahkan negara yang membawa pulang “berkarung-karung” pingat emas. Tetapi masih juga hendak hujah bahawa penyertaan itu mengharumkan nama negara. Apa yang harumnya kalau tercorot?

Barangkali sudah sampai masanya untuk birokrat sukan kita berfikir apakah wajar  kita terus menyertai Sukan Olimpik yang menelan belanja besar tetapi hasilnya kosong. Tanpa menafikan kehebatan Lee Chong Wei memperlihatkan persembahan  tetapi persoalannya  bagaimana dengan yang lain? Kalau begini hasilnya dari London, apa lagi  janji delegasi kita untuk  ditepati di Sukan Olimpik di  Rio de Janiero 2016 nanti?

Apakah matlamat sebenarnya penyertaan kita di acara-acara sukan bertaraf dunia seperti Sukan Olimpik ini? Sekadar mendapat pengalaman menyertai  dan bukan untuk menang? Kegagalan meraih pingat di Sukan Olimpik bukanlah “nasib tidak menyebelahi” kecuali kes Lee Chong Wei. Tetapi yang lain adalah  kegagalan perancangan pembangunan sukan. Kalau perancangan betul sudah tentulah ada peningkatan  setidak-tidaknya sama hebat Kenya atau Ethiopia.

Sebenarnya tidak menyertai Sukan Olimpik  bukanlah menunjukkan negara kita tidak maju. Sukan dan kemajuan negara tidak ada kena mengena. Malah sukan tidak pernah dan tidak boleh dijadikan penanda aras kemajuan ekonomi,  tamadun dan politik sesebuah negara dan juga bangsa. Buktinya negara di Afrika yang lebih mundur tetapi lebih berjaya di Sukan Olimpik. Maka   lebih baik tidak menyertai daripada kita membazirkan kutipan cukai yang dibayar oleh rakyat untuk satu sasaran  yang  sentiasa tersasar.

Kalau masih berhasrat juga untuk menyertai Sukan Olimpik 2016, birokrat sukan kita kenalah ada rasa malu yang amat sangat kepada pembangunan sukan di negara mundur seperti Kenya, Jamaica atau Ethiopia. Di London, Jamaica dapat 10 pingat (3 emas), Kenya lapan pingat (2 emas) dan Ethiopia dapat enam pingat (3 emas). Apa agaknya  hujah birokrat sukan untuk menafikan negara-negara mundur ini lebih hebat berbanding kita?

Kalau dilihat  sejarah penyertaan negara-negara mundur ini pula, Jamaica misalnya menyertai Sukan Olimpik sejak 1948 dan setakat ini telah mengumpul 65 pingat termasuk 16 pingat emas. Sementara Kenya pula mula menyertai Sukan Olimpik pada 1956 telah mengumpul 75 pingat termasuk 23 pingat emas. Birokrat sukan kita perlu belajar dari negara-negara ini bagaimana mereka membangunkan sukan  hingga jauh meninggalkan negara ini yang memperuntukkan RM365 juta untuk sukan dalam Belanjawan 2011. Mungkin  belanja pembangunan  sukan di negara berkenaan tidak sebesar kita. Tetapi mereka  berjaya kerana tidak melibatkan orang politik sebagai pemimpin badan sukan seperti kita.

Birokrat dan pengurusan sukan kita  tentu  ada alasan  kenapa sukan negara ini tidak sepadan dengan wang yang dilaburkan. Mereka mesti bertanggungjawab terhadap sekian banyak pembaziran terutama penyertaan di Sukan Olimpik tanpa ada hasil yang setimpal. Kalau pengurusan sukan kita masih mahu mempertahankan penyertaan ke Sukan Olimpik, mereka kenalah bentangkan kepada rakyat apa hasilnya.

Saya fikir adalah lebih wajar kalau birokrat sukan kita melupakan sahaja Sukan Olimpik. Lagi pun atlet yang berjaya tidak pernah menjulang nama negaranya, cuma  kita sahaja yang selalu menganggap begitu. Kalau benarlah Sukan Olimpik menjulang nama negara, dari negara manakah Asbel Kipruto Kiprop (pingat emas 1,500 meter lelaki), Wifred Bungei (pingat emas 800 meter lelaki) atau Nancy Lagat (pingat emas 1,500 meter wanita) di Sukan Olimpik Beijing 2008? Jangan terpinga-pinga. Kalau benar atlet menjulang nama negara tentu kita tahu negara yang mereka wakili.

Maka janganlah kita terlalu mengharapkan nama negara harum selepas Lee Chong Wei mendapat pingat perak atau Rinong mendapat pingat gangsa. Itu tidak benar. Kita berbangga dengan kejayaan mereka tetapi  hakikatnya tidak mengharumkan nama negara. Sebabnya yang mendapat pingat emas pun orang tidak tahu dari  mana, inikan pula bukan emas. Tetapi kita terpaksalah berbangga dengan dua pingat ini kerana Malaysia bukan Kenya atau Jamaica yang “memborong”   pingat dari London.


Pas wajar keluar Pakatan Rakyat


Sejak lama dulu saya tidak setuju Pas  bersekongkol dengan Pakatan Rakyat yang  dalamnya ada  PKR dan DAP.  Sebabnya  Pas mempunyai kekuatan untuk menarik pengundi Melayu  dan mempunyai peluang cerah untuk menambah negeri takluk Pas selain Kelantan.  Saya yakin UMNO pasti mendepani terancam sekiranya Pas  berdiri secara solo sebagai pembangkang dan tidak bersekongkol dengan Pakatan Rakyat.

Idealisme perjuangan Pas yang dibawa oleh generasi terdahulu sangat besar dan yang paling penting penekanan kepada perjuangan Islam serta orang Melayu.  Idealisme ini hanya akan bangkit kalau Pas berada di luar Pakatan Rakyat.  Ini kerana  DAP adalah anasir penting  yang memangkas idealisme  Pas  era Datuk Asri  dan Yusof Rawa.  Idealisme Pas ini bertentangan sama sekali dengan idealisme DAP yang menjadi parti orang Cina.

Apakah Pas percaya kalau keluar dari Pakatan Rakyat,   Pakatan Rakyat  akan  berjaya menawan Putrajaya?  Sebenarnya tanpa Pas,  Pakatan Rakyat tidak  akan sama sekali berjaya menawan Putrajaya.  Biar pun agak tipis untuk Pas secara solo menawan Putrajaya tetapi  tidak usahlah terlalu tamak untuk menjadi kerajaan kerana menjadi pembangkang yang kuat dan  pragmatik juga  sebuah kerajaan.

Sekarang ini kewujudan Pas dalam Pakatan Rakyat hanya alat untuk menarik orang Melayu – Islam menyokong  pembangkang.  Strategi ini telah berjaya dan  kawasan yang diwakili oleh DAP akan mendapat undi  dari  orang Melayu – Islam  yang menyokong Pas.  Tidak terfikirkah oleh Pas  tanpa wujudnya Pas dalam Pakatan Rakyat  orang Melayu – Islam akan memilih DAP dan bukan Pas  kepada yang  tidak menyokong UMNO?

Apakah misalnya wakil  India atau Cina  dari PKR akan mendapat undi  Melayu – Islam  kalau Pas tidak ada dalam Pakatan Rakyat.  Kalau Pas menjadi solo,  Melayu – Islam  hanya mempunyai dua pilihan sama ada Pas atau UMNO.  Mereka tentunya tidak akan memberi undi kepada  bukan Melayu dalam PKR atau DAP.  Sekarang ini yang banyak mengundi  PKR dan DAP adalah  Melayu Islam penyokong Pas  sebab kononnya Pas ada saham dalam Pakatan Rakyat.

Banyak juga orang Melayu kecewa dengan UMNO.  Tanpa menafikan sumbangan UMNO terdahulu tetapi hakikatnya UMNO masa kini  seolah-olah hilang  pengaruh apabila  duduk semeja dengan MCA dan MIC.  Kalau era Dr. Mahathir  UMNO  parti  dominan dalam BN tetapi kini tidak lagi.  Suara MCA dan MIC sama kuat  malah lebih kuat  daripada UMNO.

Orang Melayu yang kecewa dengan UMNO mencari parti alternatif   dan  Pas adalah  jawapan paling tepat.  Bagaimanapun dalam keadaan  Pas yang sama dengan UMNO dalam BN,  mereka  yang kecewa  mungkin  terpaksa mengundi  UMNO kerana  MCA dan MIC lebih baik sikit berbanding DAP.  Tetapi kalau Pas tidak bersekongkol dengan  Pakatan Rakyat,  orang Melayu yang kecewa dengan UMNO akan pergi kepada Pas.

Pas kini sama kedudukannya dengan UMNO dalam BN yang tidak boleh menyuarakan kepentingan Melayu.  Bukti terkini  apabila Pas  memberi tekanan yang kuat untuk menyingkirkan bekas Timbalan Presiden  Pas,  Nasharuddin Mat  Isa  yang mengkritik  DAP.  Kerana berada dalam Pakatan Rakyat  Pas terpaksa “membunuh”  Nasharuddin  walaupun perjuangan Nasharuddin  selari dengan idealisme Pas  sebelum ini.  Tetapi kerana  mengkritik sekutu Pas iaitu DAP,  Pas memilih untuk kehilangan tokoh besar seperti Nasharuddin untuk menjaga hati DAP.

Kalau Pas bersendirian,  orang macam Nasharuddin tidak akan ditendang keluar kerana memperjuangkan Islam.  Malah  tokoh macam Nasharuddin  yang akan menarik  orang Melayu – Islam  menyertai perjuangan Pas  dalam keadaan UMNO yang ikut menjadi liberal sama seperti MCA dan MIC.  Kewujudan Pas dalam Pakatan Rakyat  hanya lebih banyak kerugian berbanding keuntungan.  


Monday, July 23, 2012

Retrospektif Dialog Cerdik 27 tahun lalu


Siri Dialog Cerdik pada 1985 antara yang banyak mempengaruhi saya mengenal filem ketika baru setahun berkelana di ibu kota dan menjadi wartawan Utusan Melayu. Dialog ini dianjurkan setiap bulan di Sudut Penulis DBP dan membincangkan isu-isu seni khususnya filem. Walaupun  berskala kecil dan disertai oleh peminat filem generasi muda tetapi tetap ada kesannya.
.
Dialog ini sebenarnya tidak formal, siapa yang mempunyai idea, mereka tidak teragak-agak melontarkan sekalipun yang sangat provokatif. Ini untuk mencambahkan minda generasi muda pembikin filem dan peminatnya sekaligus. Sebabnya ketika itu adalah zaman peralihan dari filem-filem melodrama Jins Shamsuddin dan Rahim Razali kepada generasi baru seperti Nasir Jani, Mansor Puteh dan Zarul Albakri.
.
Digerakkan oleh orang muda yang sedikit radikal terhadap filem, antaranya Johan Jaaffar Pengkritik Filem Terbaik 1981 tetapi khabarnya beliau memulangkan trofi yang dimenangi itu. Selain Johan ialah Dr. Anuar Nor Arai pensyarah filem di Universiti Malaya dan Mansor Puteh yang kedua-duanya baru pulang dari Amerika Syarikat dan Nasir Jani.
.
Siri Dialog Cerdik ini adalah alternatif kepada sekian banyak seminar dan forum filem yang dianjurkan oleh pelbagai pihak yang lebih mementingkan acara perasmian oleh menteri daripada isi kandungannya. Acaranya terlalu formal, penuh berbasa basi tetapi diakhiri dengan kesimpulan yang semua orang sudah menjangkanya. Kelompok generasi muda mencari alternatif untuk mencambahkan minda, setidak-tidaknya kepada kelompok kecil yang datang ke Sudut Penulis.
.
Mereka adalah generasi yang terpisah daripada kesan nostalgia kepada Jalan Ampas dan P. Ramlee. Dr. Anuar misalnya pernah mengusulkan supaya P. Ramlee dilihat kehebatannya dari sudut akademik melampaui nostalgia rakan semata-mata. Tetapi Dr. Anuar dikecam kerana dianggap memperkecilkan P. Ramlee.
.
Maka generasi muda yang mencintai filem terpinggir dalam forum-forum arus perdana. Merekalah yang menghidupkan siri Dialog Cerdik yang penuh kontroversi apabila memperlihatkan sudut pandangan yang kritis terhadap filem-filem P. Ramlee. Nasir Jani pula yang baru mengarah filem pertama Kembara Seniman Jalanan berkisar mengenai cetak rompak mengamuk bila filemnya dicetak rompak dan dia sendiri yang menangkap lanun cetak rompak itu di Kompleks Pertama.
.
Jumaat lalu Johan menganjurkan Dialog Sri Pentas pertama. Dialog ini akan diadakan pada Jumaat ketiga setiap bulan. Saya antara tiga ahli panel untuk siri pertama ini. Dua panel lagi ialah Rektor Aswara, Prof. Dr Hatta Azad Khan dan pengarah filem Puteri Gunung Ledang, Saw Teong Hin. Tajuknya Filem Malaysia: Antara Kualiti dan Kuantiti.
.
Berada di depan khalayak dan turut disaksikan oleh Johan serta pegawai-pegawai kanan Media Prima Berhad kerana dialog ini adalah inisiatif Johan yang juga Pengerusi Media Prima Berhad, saya seperti terimbau 27 tahun lalu ketika menyertai siri Dialog Cerdik di Sudut Penulis DBP.  
.
Diharapkan semangat Dialog Cerdik dapat diserapkan dalam Dialog Sri Pentas supaya bebas mengkritik dan bercakap mengenai semua cabang seni tanpa ragu-ragu. Ini adalah pentas yang diyakini boleh memberi dan mencambah minda dalam mendepani sebahagian filem kita yang luar biasa buruknya.

Monday, July 9, 2012

Isu Melayu dan Islam dalam politik

.
Isu Melayu dan Islam menjadi subjek utama yang terus menjadi perbincangan dan perbahasan sama ada dalam Barisan Nasional (BN) atau Pakatan Rakyat (PR). Sebenarnya dalam pentas politik tempatan, kedua-dua isu ini tidak pernah selesai dibahaskan. Pada masa sama menjadi senjata untuk satu pihak menikam pihak yang satu lagi. Kalau dalam dunia politik antarabangsa, isu ekonomi atau pengangguran yang menjadi utama tetapi berbeza dengan negara ini. Di sebalik isu-isu lain yang muncul dari masa ke semasa, Islam dan Melayu tetap menjadi isu dominan kedua-dua parti politik di negara ini. Malah kedua-duanya saling mempergunakan isu Melayu dan Islam ini sama ada secara sedar atau sebaliknya.
.
Muzakarah antara Pas dan UMNO bukanlah isu baru. Tetapi isu ini terus dibaharukan dari masa ke semasa kerana Islam dan Melayu mempunyai harga politik yang tinggi bagi kedua-dua parti. Tarik tali antara Pas dan UMNO mengenai muzakarah bukanlah luar biasa, malah sebenarnya tidak perlu dibangkitkan pun kerana titik akhir sudah diketahui iaitu Pas dan UMNO tidak akan mencapai kata sepakat. Tetapi kerana Melayu dan Islam mempunyai harga politik bagi kedua-duanya, isu lapuk ini terus dibahaskan kemudian senyap dan muncul lagi suatu masa nanti.
.
Banyak yang bertanya kenapa UMNO harus melayan kenyataan dari Pas mengenai muzakarah? Bukankah mereka tidak tahu bahawa sudah beberapa kali usaha ini dilakukan tetapi akhirnya tidak mencapai kata sepakat dalam isu Islam dan Melayu? Tetapi itulah politik. Isu yang dicetuskan menjadi kepentingan rakyat khususnya dalam konteks negara ini yang agama rasminya Islam dan Melayu diberi taraf ketuanannya. Sama ada UMNO atau Pas, isu Melayu dan Islam tidak dibahaskan tanpa mengaitkan dengan fahaman politik. Adalah penting bagi kedua-dua parti Melayu ini mengenepikan kepentingan politik seketika untuk membincangkan kemelut yang melanda orang Melayu dan agama Islam.
 .
Melayu dan Islam bukan sahaja digunakan oleh parti Melayu / Islam seperti UMNO dan Pas malah parti majoriti Cina, DAP juga menggunakan isu Melayu dan Islam. Semua tahu bahawa dasar DAP yang tidak tertulis adalah menolak Islam dan kepimpinan tertinggi kalangan bukan Cina. Baru-baru ini Pengerusi DAP Karpal Singh memperjuangkan Perdana Menteri akan datang bukan daripada kalangan Melayu. Isu ini sebenarnya menggelisahkan Pas yang sama-sama berpayung di bawah PR. Tetapi sejak dulu lagi DAP sentiasa menolak gagasan Pas untuk menjadikan Malaysia negara Islam. Bagaimanapun demi kepentingan politik, Pas dan DAP rela duduk bawah payung yang sama.
 .
Sebenarnya Karpal Singh bukan tidak tahu sekalipun Perlembagaan Persekutuan tidak mensyaratkan Perdana Menteri terdiri daripada Melayu tetapi untuk memilih bukan Melayu hampir tidak menjadi kenyataan. Ini kerana Malaysia sebuah negara Islam dan menganggotai Persidangan Negara-Negara Islam (OIC). Kalau Perdana Menteri bukan Melayu dan bukan Islam, bagaimanakah kedudukan Perdana Menteri Malaysia di persidangan itu. Karpal Singh menyedari hakikat ini tetapi kerana nilai isu Melayu dan Islam boleh memberi keuntungan politik, Karpal Singh melontarkan isu ini. Setidak-tidaknya boleh menarik perhatian bukan Melayu dan bukan Islam terhadap DAP dalam Pilihan Raya Umum 13 (PRU 13) tidak lama lagi.
.
Beberapa pihak dalam Pas gelisah dengan lontaran isu oleh Pengerusi DAP itu. Pemimpin tertinggi Pas mengambil sikap berdiam diri daripada memberi sebarang reaksi sekalipun ini bertentangan dengan dasar Pas. Tetapi pemimpin muda di peringkat bawah menyanggah kenyataan Karpal Singh dan tetap memperjuangkan bahawa Perdana Menteri mesti seorang beragama Islam. Isu ini sedikit sebanyak mengeruhkan PR yang awal-awal lagi membayangkan Anwar Ibrahim sebagai Perdana Menteri. Kenyataan Karpal Singh secara tidak langsung mengenepikan Anwar sebagai Perdana Menteri.
.
Pada masa sama UMNO pula menggunakan isu Perdana Menteri bukan Melayu ini untuk menyerang balas DAP, sebuah parti Cina yang lahir daripada Parti Tindakan Rakyat (PAP) Singapura. UMNO menolak sekeras-kerasnya Perdana Menteri bukan Melayu, ini juga sebagai keuntungan  politik kepada UMNO. Maka kelihatan UMNO memperjuangkan kepentingan Melayu apabila menolak Perdana Menteri bukan Melayu. Pas kelihatan sangat tersepit tetapi seperti biasa Pas akan mengalah demi keuntungan politik dengan DAP. Parti Keadilan Rakyat (PKR) muncul sebagai parti pelbagai kaum; Melayu, Cina, India dan sebagainya. Sebagai parti pelbagai kaum, PKR tidak boleh berkata apa-apa mengenai isu Perdana Menteri bukan Melayu sekalipun kenyataan Karpal menafikan Anwar boleh jadi Perdana Menteri.
.
Isu Melayu dan Islam akan terus subur dalam pergolakan politik negara ini. Isu ini tidak akan selesai kerana kecenderungan parti politik bukanlah untuk menyelesaikan. Keutamaan daripada isu ini ialah sejauh manakah ia boleh memberikan keuntungan politik. Pas secara terang-terang bertenggek dia atas nama Islam tetapi demi kepentingan politik Pas tidak berani bertegas dalam isu yang berkaitan Islam. Ini bukanlah suatu yang menghairankan kerana Pas adalah sebuah parti politik bukannya pertubuhan bukan kerajaan (NGO) yang memperjuangkan Islam. Sifat parti politik adalah sama, tidak kira dasarnya kepada bangsa atau agama. Lihatlah bagaimana tolerannya Pas dalam isu serbuan di gereja di Petaling Jaya tidak lama dulu kerana acara memurtadkan Islam. Selangor adalah negeri PR di mana Pas turut mempunyai suara selain PKR dan DAP.
.
Tetapi kerana Pas lebih mementingkan keuntungan politik, Exco agama dari Pas, Hassan Ali yang membangkitkan isu memurtadkan Islam itu dilucutkan jawatan oleh Menteri Besar Khalid Ibrahim dari PKR. Tetapi Pas tidak mempertahankan Hassan Ali kerana bagi Pas mempertahankan Hassan Ali akan merugikan politik PR yang juga ada DAP. Sekali lagi PR menggunakan isu Islam dan Melayu untuk kepentingan politik kepada bukan Melayu dan bukan Islam. Dalam soal lain Pas kelihatan ke depan termasuk melabelkan UMNO dan BN tidak Islamik dalam pentadbiran negara. Tetapi pada isu yang fundalmental seperti murtad ini, Pas tidak menjadi pejuang seperti mereka membelasah UMNO. Kalau Pas tidak memperjuangkan isu yang fundalmental, apakah isu Islam yang mahu diperjuangkan oleh Pas? Bukanlah gagasan negara Islam yang cukup besar itu juga telah beralih arah kepada negara berkebajikan?
.
Dalam BN juga keadaannya tidak jauh berbeza. BN memayungi antara parti induknya UMNO, MCA dan MIC. Ketiga-tiga parti ini berteraskan kaum, sekaligus Islam. Apabila berada di bawah payung BN, UMNO sejak akhir-akhir ini tidak begitu lantang mengenai isu-isu yang ada kepentingan dengan orang Melayu. Bermula era kepimpinan Abdullah Haji Ahmad Badawi sebagai Perdana Menteri,  UMNO kelihatan sangat toleran. Sikap UMNO ini diambil peluang oleh MCA dan MIC memperjuangkan kaum masing-masing. Sekali lagi isu Melayu dan Islam menjadi timbang tara politik dalam BN. Untuk menjaga hati, sebenarnya menjaga undi daripada India dan Cina tidak mengalir kepada DAP dan PKR, UMNO sanggup tidak lantang seperti era kepimpinan Dr. Mahathir Mohamad.
.
MCA pernah memberi amaran kepada UMNO supaya tidak menjadi “big brother” dalam BN. Ini kerana UMNO sedikit lantang memperjuangkan isu-isu Melayu. Malah bekas Presiden MCA, Ong Tee Kiat menerusi laman blognya mengadakan undi wajarkah MCA terus berada dalam BN. Hasil undian itu ialah MCA tidak perlu terus berada bawah payung perikatan BN.
.
Maka parti politik Melayu seperti UMNO dan Pas mesti melihat isu Melayu dan Islam di luar kepompong politik semata-mata. Apakah salahnya kalau UMNO bermuzakarah dengan Pas dalam isu Melayu dan Islam? Muzakarah bukan bermakna UMNO akan menjadi Pas atau Pas akan menjadi UMNO. Malah muzakarah juga bukanlah menggabungkan UMNO dan Pas. Beberapa pemimpin Pas menjadikan pengalaman lampau Pas di bawah payung Perikatan (kemudian menjadi BN pada 1973) bersama UMNO alasan menolak muzakarah. Sebaliknya Pas dan UMNO mesti fikir tentang pentingnya dalam isu tertentu terutama yang berkaitan Melayu dan Islam, kedua-duanya mempunyai tanggungjawab untuk menyelamatkan keadaan.
.
UMNO dan Pas sewajarnya tidak bertentang pendapat mengenai isu Melayu dan Islam. Kedua-dua parti Melayu ini tidak wajar bertelagah di depan khalayak mengenai kedua-dua isu ini. Bertelagahlah mengenai isu lain misalnya memerangi budaya rasuah  dalam kerajaan BN dan isu lain di mana kepentingannya untuk rakyat. Kalau Pas berasa kedudukannya dalam PR tergugat dengan pendirian Islamnya, Pas bukan parti kecil yang harus menggadai prinsip untuk terus berada di bawah PR. Pas tidak memerlukan DAP dan PKR untuk menang banyak kerusi Parlimen dan ADUN. Sebaliknya DAP yang memerlukan Pas untuk menembusi kawasan majoriti Melayu, kononnya undi DAP adalah undi Pas. DAP melihat kepentingan Melayu dalam politiknya. Kalau tidak untuk apakah DAP mahu meletakkan calon Melayu di kawasan majoriti Melayu? Ini membuktikan Melayu dan Islam ada harga yang tinggi dalam politik di negara ini. Persoalannya sejauh manakah harga itu bijak dimanfaatkan supaya kepentingan rakyat tidak dijualbeli oleh kepentingan politik?





Tuesday, July 3, 2012

Misteri penamatan jawatan KP JPA

Ketua Pengaran Jabatan Perkhidmatan Awam (JPA),  Abu Bakar Abdullah  telah ditamatkan perkhidmatannya pada usia 57 tahun,  sedangkan usia persaraan kakitangan awam ialah 60 tahun.  Abu Bakar pula  tidak memohon  bersara awal  walaupun dalam akhbar beberapa kali dinyatakan semua faedah persaraan diterima oleh Abu Bakar.

Apakah sebenarnya misteri di sebalik penamatan jawatan Abu Bakar ini?  Adakah dia melakukan kesalahan?  Kalau benar apa kesalahannya dan kenapa tidak kenakan apa-apa tindakan?  Kalau penamatan itu kerana Abu Bakar melakukan kesalahan,  ini  satu penyelewengan. Sebabnya  orang yang dituduh tidak didakwa.

Sehingga kini  banyak berita tentang penamatan Abu Bakar dilaporkan sepintas lalu  dan  Timbalan Ketua Pengarah kini memangku tugas Abu Bakar.  Ini bukan jawapan yang  rakyat mahu tahu.  Rakyat mahu tahu kalau  bersalah,  apa salahnya? 

Hairan juga kenapa  Ketua Setiausaha Negara (KSN) yang baru  berat mulut sangat untuk menyuraikan  misteri penamatan seorang  yang bertaraf Ketua Pengarah.  Apa yang payahnya  sehingga kini  KSN  masih tidak bersuara.  Bukan payah sangat pun,   kalau salah  katalah ada buat salah.

Tindakan  bodoh tidak mendedahkan  sebab penamatan itu  mendorong rakyat membuat pelbagai persepsi antaranya  adakah  Abu Bakar condong kepada pembangkang?   Ini kerana  kalau Abu Bakar melakukan kesalahan  jenayah  lain sudah tentu  dia didakwa.  Tetapi “kesalahan”  condong kepada pembangkang  tidak boleh didakwa, sebab itulah ditamatkan secara misteri.

Rakyat  pasti  bertanya di mana telusnya  kalau penamatan seorang Ketua Pengarah  sebuah jabatan penting dalam kerajaan   dibenamkan dan dibiarkan misteri.   Rakyat  pasti berfikir tentu ada “kerja kotor”  yang tidak mahu  rakyat tahu di sebalik penamatan itu.

Perkara yang mudah begini janganlah disembunyikan daripada rakyat.  Nanti akhirnya menjadi payah dan berbelit-belit kerana rakyat  bukan bodoh.  Mereka  juga boleh berfikir dan mempunyai banyak akses untuk mendapatkan maklumat. 



Tuesday, June 12, 2012

Pembangkang kecewa kes Kugan


 Polis yang mencederakan Kugan dalam tahanan tiga tahun lalu sudah dihukum. Konstabel Navidran dihukum penjara tiga tahun.  Kugan mati dalam tahanan dan pembangkang menjadikan kes kematian Kugan ini  peluru untuk menghentam polis dan kerajaan.

Tetapi keluarga Kugan dan juga pembangkang  tidak puas hati. Ini kerana polis yang dipenjarakan kerana mencederakan Kugan adalah seorang India.  Kerana itu keluarganya mahu polis membuka semula siasatan kes kematian Kugan ini.  Kerajaan tidak perlu melayan permintaan yang mengarut ini demi untuk memuaskan hati satu dua orang tetapi menyusahkan jutaan orang.

Cuba bayangkan kalau polis yang mendera Kugan itu seorang Melayu,  sudah pasti ia menjadi lain  dan keluarganya  akan menganggap ini berlaku kerana polis Melayu rasis.  Mereka  mengharapkan polis yang bersalah itu seorang Melayu, bolehlah dipanjangkan menjadi isu perkauman.

Tetapi apabila polis itu seorang India,  tidak jadilah isu rasis.  Bagaimanapun isu ini akan dipanjangkan lagi dengan desakan membuka semula kes ini.  Mereka berlaku tidak adil kepada polis dan kerajaan.  Cuba ingat kembali  adakah mereka  (puak India)  tidak fikir  anggota polis juga banyak yang  maut semasa menjalankan tugas.

Kerajaan jangan melayan isu Kugan ini.  Kira tutup buku sajalah.  Sejak mula dulu pun ia isu politik.  Puak-puak yang melihat kes ini boleh memberikan keuntungan kepada mereka dengan segera menjadi pejuang kononnya menuntut keadilan bagi pihak Kugan.

Bukan tidak ada orang Melayu mati dalam tahanan. Bukan tidak ada orang Melayu yang kena belasah oleh polis kerana jahat. Tetapi tidak ada orang Melayu mendesak itu dan ini  macam orang India kematian  Kugan.  Nampaknya  nyawa orang India dan orang Cina begitu  berharga sekali bagi politik rasis di negara ini.

Tidak lama dulu kematian  Beng Hock yang terjun dari pejabat SPRM di Shah Alam dijadikan isu politik kononnya Cina itu mati dibunuh SPRM.  Desak tubuh siasatan khas tetapi apabila hasil siasatan  menunjukkan Beng Hock mati  jatuh bangunan,  puak pembangkang tidak mahu terima.

Semua ini terpulanglah kepada  keberanian dan kebijaksanaan Menteri KDN,  Hishamuddin Hussein  sama ada mahu terus melayan kononnya  nanti  Cina dan India tak sokong  Barisan Nasional atau  tidak melayan  puak yang ada kepentingan politik perkauman.

Tuesday, May 15, 2012

Padan muka Si Ambiga


Pagi tadi  sekumpulan bekas tentera pagi ini mengadakan  senaman  tunjuk punggung  di depan kediaman penganjur KOTOR 3.0, paria  Si  Ambiga di Bukit Damansara. Kumpulan 15 orang daripada Persatuan Veteran Tentera Melayu (PVTM) itu melakukan gimik demonstrasi yang dinamakan mereka sebagai "senaman punggung" – dengan membongkok dan menggoyang-goyangkan punggung mereka ke arah kediaman Ambiga.

Kumpulan yang  diketuai  oleh presiden PVTM, Mohd Ali Baharom  itu membantah  kebiadapan  Si Ambiga yang  menganjurkan KOTOR 3.0  pada 28 April lalu.

Penganjuran senaman tunjuk punggung itu tidak ada kena mengena dengan Si Ambiga kerana ia dibuat di kawasan awam  iaitu jalan raya di depan rumah Si Ambiga.  Sepatutnya ia tidak menjadi isu kerana bukan diadakan dalam kawasan rumah Si Ambiga.

Tetapi sebelum ini bila ada beberapa orang menjual burger di kawasan awam depan rumahnya, Si Ambiga berkata,  “Jangan ganggu privasi saya.”   Privasi  apa,  orang jul burger  di atas jalan raya.  Takkan pula jual burger boleh menganggu privasi?

Paria ini baru tahu bahawa kerja jahat yang dilakukan pada 28  April  lalu bukan sahaja menganggu privasi  tetapi juga memporakperandakan  negara.  Apabila  orang lain melakukan  perbuatan yang kena atas batang hidung dia,  ada pula istilah “privasi.”  Tetapi  dia tidak sedar atau sengaja buat-buat tidak sedar  penganjuran  KOTOR 3.0  juga menganggu privasi warga Kuala Lumpur.

Kesimpulannya hanya orang Melayu dan Cina yang  bodoh sahaja sanggup  mengikut  bontot  Si Ambiga menuntut demokrasi.  Malangnya  KDN  bertindak macam kura-kura, hingga hari ini tidak ada tindakan atas Si Ambiga.  Malah polis pula yang dipersalahkan dan KDN  tidak mempertahankan tindakan polis  yang bertungkus lumus menyuraikan orang gila yang buat kacau pada  perhimpunan haram KOTOR 28 April lalu.



DAP yang demokratik....

Naib Pengerusi parti cauvinis Cina, DAP, Tunku Abdul Aziz Tunku Ismail telah meletak jawatan dalam DAP berkuatkuasa malam tadi.  Ini adalah ekoran Tunku Abdul Aziz yang dikecam hebat oleh DAP (kononnya sebuah parti yang demokratik)  kerana menyanggah  penganjur perhimpunan KOTOR 3.0  di Kuala Lumpur  pada 28 April lalu.  Sebelum ini DAP tidak melanjutkan  jawatan senator kepada Tunku Abdul Aziz.

DAP  bermakna Democratic Action Party.  Ini adalah satu-satunya parti yang kononnya bersifat demokratik dan memperjuangkan demokrasi.  Akhirnya suatu yang tidak menguntungkan mereka,  demokratik ke mana, demokrasi ke mana.  Semua orang tahu apabila sebuah parti misalnya  ada perkaraan “keadilan”, “demokratik”  atau  “Islam”  berjaga-jagalah.

Sebabnya  hanya yang tidak ada sifat-sifat itu suka menunjuk-nunjuk kepada orang label yang boleh dilihat iaitu nama parti.  Tengoklah  di mana adilnya Parti Keadilan Rakyat.  Tengok juga di mana Islamnya Parti Islam SeMalaysia (Pas).  DAP pun dalam kandang yang sama juga, tidak ada demokratik seperti yang dijaja oleh DAP.

DAP  adalah anak saudara kepada  PAP  yang  langsung tidak ada demokratik di Singapura. Tengoklah  bagaimana Pulau Pinang yang jatuh ke tangan  pelahap seperti  Guan Eng.  DAP  hanya meletakkan muka Melayu sebagai  hiasan supaya kelihatan ini sebuah parti pelbagai kaum.  Hakikatnya ini parti  Cina.  Cina  pun ada dua. Satu Cina yang menerima hakikat berada di sebuah negara Melayu,  dan satu Cina lagi iaitu Cina DAP tidak menerima hakikat ini.

Tetapi tidak kisahlah  kalau  Cina menyokong DAP  yang  cauvinis itu.  Masalahnya  parti  ini  bergabung dalam satu kandang yang dinamakan Pakatan Rakyat.  Dalamnya ada  Parti Islam SeMalaysia  yang dulunya memperjuangkan negara Islam.  Selepas berkahwin dengan DAP,  “negara Islam” telah digugurkan.  Parti  Islam ini pun sudah tidak boleh bercakap lagi mengenai gagasan  negara Islam.  Kalau cakap juga kena sergah dengan DAP.

Apabila seorang Melayu berada di kedudukan tinggi dalam DAP walaupun tidak ada kuasa,  kemudian  dibelasah  kerana tidak menyokong  perjuangan seorang paria bernama Si Ambiga  yang mahu memporakperandakan negara,  semua orang yang waras boleh fikir tentang sebuah parti yang setaraf sebuah kandang babi ini.

Semasa menulis entri ini di Star Buck  Kota Raya,  sebuah lori penuh dengan babi melintasi  jalan di tempat saya menulis. Saya pun mendapat ilham untuk menyamakan  DAP dengan babi yang senama dengan kotor, busuk dan jahat.  Memang babi.

Monday, May 14, 2012

UMNO dinamik dan tetap relevan


APABILA Parti Liberal Demokratik (LDP) di Jepun kecundang dalam pilihan raya umum 2009, ada pihak cuba menyamakan LDP dengan UMNO. Ini kerana LDP menerajui Jepun sejak 1955 hingga 2009 walaupun pernah tewas selama 11 bulan pada tahun 1993. UMNO pula ditubuhkan tahun 1946 dan terus berkuasa hingga kini.

LDP bertanggungjawab mengubah Jepun daripada padang jarak padang tekukur akibat bom atom di Hiroshima dan Nagasaki semasa Perang Dunia Kedua. Tetapi pada 2009 LDP ditolak oleh rakyat dan memilih parti pembangkang, Parti Demokratik. Ada pihak cuba menyamakan Parti Demokrat itu dengan pembangkang di negara ini.

Sebenarnya menyamakan UMNO dengan LDP adalah sudut pandangan yang dangkal. Ini satu provokasi murahan tanpa bertolak dari hujah matang. Seolah-olah apabila sesebuah parti itu melepasi usia setengah abad ia mesti digantikan dengan parti lain. Hujah ini tidak boleh dipakai sama sekali.

LDP menerima nasib malang kerana faktor-faktor yang tidak sama dengan masalah UMNO yang terjejas dalam Pilihan Raya Umum 12 tahun 2008. Salah satunya LDP tidak mendengar suara rakyat meminta perubahan. LDP menjadi begitu elit dan angkuh apabila memegang gergasi-gergasi korporat sebagai peti wangnya.

Tetapi UMNO sentiasa berubah dan menerima kritikan. Buktinya Presiden UMNO yang juga Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak sendiri pernah secara terbuka meminta maaf kepada rakyat dan berjanji akan membuat perubahan. Mengakui kesilapan adalah satu kekuatan dan itu tidak ada pada LDP.

Jumaat lalu genaplah usia UMNO 66 tahun. Sambutan ulang tahun itu dibuat dalam suasana meriah dan bersemangat. Dianggarkan lebih 100,000 ahli UMNO telah “memerah-putihkan" Stadium Bukit Jalil, Kuala Lumpur. Kemeriahan bukanlah penanda aras kekuatan UMNO. Tetapi ulang tahun UMNO kali ini mempunyai signifikan besar kerana PRU 13 dijangka diadakan tahun ini. Walaupun begitu perhimpunan lebih 100,000 orang itu sebenarnya adalah isyarat UMNO bersedia untuk menghadapi PRU 13.

PRU ini penting kerana menjadi tumpuan untuk melihat pencapaian yang dibuat UMNO selepas menerima isyarat rakyat dalam PRU 12.

Kalau diteliti, perubahan yang dibuat UMNO sangat ketara berbanding sebelum 2008. Perubahan ini bukan sahaja secara fizikal malah semangat dan iltizam untuk kembali kepada teras memperjuangkan hak dan kepentingan Melayu dalam konteks negara pelbagai kaum tanpa menafikan hak kaum lain.

Kerana itu UMNO mesti berjaya dalam PRU 13 untuk terus membangunkan negara. Walaupun teori politik menegaskan pilihan raya dengan membangunkan negara adalah dua perkara berbeza. Tetapi bagi UMNO, parti ini telah berjaya dalam kedua-duanya. Adalah suatu yang sangat malang sekiranya rakyat memilih parti yang hanya mahu berjaya dalam pilihan raya.

Apabila menginjak usia 66 tahun, ada pula mempersoalkan apakah UMNO masih relevan? Tetapi hakikatnya relevan atau tidak sesebuah parti kepada rakyat dan negara tidak disukat pada usia. Sebuah parti yang dinamik akan terus relevan dengan sosiopolitik semasa biar berapa puluh tahun usianya.

Dinamisme adalah faktor sangat penting untuk UMNO meneruskan kelangsungan. Ciri-ciri dinamiklah yang meletakkan perjuangan parti pada landasan betul dan tepat kepada sasaran. UMNO berada pada kedudukan ini. Buktinya selepas melepasi satu demi satu pilihan raya umum, UMNO terus relevan dengan zaman. Walaupun perpecahan UMNO dikatakan berlaku pada 1999 selepas pemecatan Datuk Seri Anwar Ibrahim tetapi UMNO terus diberi keyakinan untuk berkuasa.

Kita kena terima hakikat bahawa perjuangan UMNO semasa ditubuhkan pada 1946 dulu pada era Dato’ Onn jauh berbeza dengan UMNO pada era Najib. Sosiopolitik berubah dan laras perjuangan UMNO juga turut berubah, dari memperjuangkan kemerdekaan beralih kepada mempertingkatkan ekonomi orang Melayu dan kini memperkukuhkan perpaduan rakyat pelbagai kaum.

Sesebuah parti politik tidak menjadi kuat dan relevan hanya dengan sejarah yang panjang. Dalam konteks UMNO, sejarah tidak begitu menyumbang. Sejarah memang penting kerana ia adalah cermin menoleh masa silam dan juga obor menyuluh masa depan. Tetapi hakikat penanda aras UMNO adalah pencapaian semasanya.

UMNO yang terus mempertahankan keutuhan hingga kini bukanlah menumpang sejarahnya yang besar. Sebaliknya UMNO terus mencipta sejarah. Misalnya UMNO pada era Tun Dr. Mahathir mencipta sejarah kebangkitan dan menjadi rujukan. Ibu bukan kerana hampir separuh dari usia UMNO berada pada era kepimpinan Dr. Mahathir tetapi UMNO menonjol dalam perikatan Barisan Nasional (BN). Dr. Mahathir juga berjaya mengekalkan taraf de fecto UMNO dalam BN dan kerajaan. Tidak timbul soal UMNO mahu mengatasi MCA atau MIC.

Walaupun UMNO tidak akan menerima nasib seperti LDP, tetapi dalam beberapa perkara UMNO perlu mengambil iktibar daripadanya. LDP tersingkir kerana ia terlalu berkuasa. Apabila terlalu berkuasa, ia boleh menukarkan parti bersifat rakyat kepada elit. Kerana elit dan kuasa ekonomi yang dipegang itulah LDP tidak menghiraukan rakyat yang tertekan dengan krisis ekonomi.

Tetapi pendekatan UMNO yang realistik dengan perubahan masa mendekati generasi muda sangat menyakinkan UMNO tidak akan menjejaki nasib malang LDP. Perubahan sosiopolitik dalam masyarakat khususnya peningkatan penembusan maklumat perlu diambilkira oleh UMNO untuk terus kukuh. Pembudayaan politik kalangan generasi hari ini jauh lebih tinggi berbanding sebelum ini.

Pada era perang maklumat dengan wujudnya teknologi maklumat terkini, generasi Y sekarang ini terdedah kepada terlalu banyak maklumat, tidak kira sahih atau palsu. Pembudayaan politik generasi Y dibentuk oleh maklumat yang berada di hujung jari mereka. Mereka berada dalam komuniti maya yang sangat besar pengaruhnya. Sudah tentu keterlibatan mereka tidak boleh diketepikan atau diperkecilkan.

Inilah cara terbaik meremajakan UMNO. Maknanya UMNO mesti menawan generasi muda dan propaganda parti juga perlu menepati jiwa dan alam pemikiran mereka yang diluaskan oleh perang maklumat. Mereka berfikiran kritis dan UMNO juga mesti kreatif untuk terus berjaya.

Seperkara lagi yang mesti diberi keutamaan ialah rasuah. Ini kerana adalah barah paling bahaya kepada parti politik yang berada di tampuk kuasa. Rasuah datang bersama kuasa. Kesungguhan UMNO memerangi rasuah sangat ketara. Tindakan tegas yang dikenakan kepada perasuah politik adalah bukti jelas parti ini memerangi rasuah, sama ada dalam parti mahupun kerajaan. Ketegasan ini menuntut kelangsungan dan pesalah rasuah tidak boleh dilibatkan dengan apa sahaja yang ada kaitan dengan UMNO dan kerajaan. Sebabnya kerajaan pada persepsi rakyat adalah UMNO dan UMNO itu kerajaan.