Tuesday, December 6, 2011

Shahrizat perlu letak jawatan

Menteri Wanita, Keluarga dan Pembangunan Masyarakat, Shahrizat Jalil tidak perlu menunggu dia dipaksa meletak jawatan, sebaliknya meletak jawatan dengan segera kerana hujah penafiannya semasa Perhimpunan Agung UMNO 2011 yang lalu tidak meredakan skandal Pusat Fidlot Nasional. Suami Shahrizat adalah Pengerusi Eksekutif Pusat Fidlot Nasional yang mendapat dana RM250 juta daripada kerajaan.

Skandal Fidlot dan Shahrizat kini menjadi liabiliti kepada UMNO. Sama ada Shahrizat terlibat atau sebaliknya, dalam permainan politik bukanlah suatu yang penting. Tetapi skandal ini telah menyuburkan satu persepsi yang buruk apa lagi syarikat itu berkaitan dengan keluarga Shahrizat.

Untuk menyelamatkan UMNO khususnya di Lembah Pantai, Shahrizat tidak ada pilihan melainkan meletak jawatan dan tidak dipilih bertanding pada PRU 13 tidak lama lagi. Shahrizat pun memberikan rekod yang buruk pada PRU 12 apabila dia kalah di tangan ”budak hingusan” Nurul Izzah yang tidak ada pengaruh langsung di Lembah Pantai.

Memanglah bukan kuasa pembangkang yang menentukan sama ada Shahrizat boleh terus jadi menteri dan sebagainya. Tetapi kalangan rakyat skandal Fidlot ini mesti diselesaikan. Sementara pihak berkuasa meneruskan siasatan, Shahrizat mesti meletak jawatan.

Bekas Menteri Besar Selangor Muhammad Muhd Taib pun meletak jawatan sekalipun kes membawa wang tunai RM2 juta menang di mahkamah. Walaupun menang tetapi dia kalah moral dan menjadi liabiliti kepada UMNO dan kerajaan. Harap Shahrizat juga faham bahawa politik adalah persepsi. Kalangan rakyat mereka ada persepsi tertentu apabila suami Shahrizat jadi pengerusi eksekutif dan dapat pula dana RM250 juta.


3 comments:

  1. Salam Bro,
    Sukar untuk menyatakan kebenaran. Tetapi terimalah kenyataan walaupun aada ketikanya pahit untuk ditelan.

    It is not we love Shahrizat less but we love UMNO more.

    ReplyDelete
  2. Mungkin beliau `menunggu nasihat` dari PM...dan `setelah memikir semasak-masaknya`

    ReplyDelete
  3. Sdr Merbok Times, apabila Shahrizat kalah kepada seorang budak hingusan tetapi dilantik menjadi Menteri, itulah bermulanya era Shahrizat menjadi liabiliti kepada UMNO dan kerajaan. Apakah kerana dia Ketua Wanita UMNO maka mesti dilantik biarpun kalah? Kalau kalah di tangan Anwar Ibrahim tak apalah juga. Ini anak anwar yang masih berhingus. Apa maknanya itu?

    Kepada Sdr Pokder, kalau sayalah di tempat dia awal-awal lagi saya letak jawatan. Tetapi bagi orang politik mungkin lain fikirnya. Ibarat kalau ayam masih di tangan pun mulut tetap kata "saya tak curi". Tengoklah Anwar Ibrahim, mana ada dia mengaku.

    ReplyDelete