Monday, December 12, 2011

Keberanian Dr. Puad Zarkashi

Isu NFC: Puad gesa Salleh jawab segala tuduhan

KUALA LUMPUR 11 Dis. - Pengerusi Eksekutif Perbadanan Fidlot Nasional (NFC), Datuk Seri Dr. Mohamad Salleh Ismail digesa lebih agresif menjawab tuduhan terbaru mengenai projek itu bagi mengelak rakyat berterusan menyalahkan kerajaan.

Timbalan Menteri Pelajaran, Dr. Mohd. Puad Zarkashi berkata, sikap berdiam diri Mohamed Salleh menyebabkan kerajaan terpaksa menanggung beban dituduh bersubahat sedangkan semua dakwaan melibatkan urusan syarikat.

"Saya gesa Mohamad Salleh tampil ke depan dengan segera untuk menjawab segala tuduhan baru yang tersebar di dalam blog, yang dibuat oleh pembangkang supaya rakyat tidak terkeliru dan kerajaan tidak menjadi mangsa tuduhan.

"Bila berdiam diri, tak jawab segala dakwaan, seolah-olah dia tidak bertanggungjawab, seolah-olah dia sengaja nak susahkan UMNO dan kerajaan," katanya kepada Bernama hari ini.

Mohd. Puad yang juga Ahli Majlis Tertinggi UMNO berkata, tuduhan berhubung pembelian tanah di Putrajaya, menerima elaun RM100,000 dan memberi elaun RM40,000 kepada anak sendiri serta pembelian kereta mewah, yang kesemuanya menggunakan dana syarikat, perlu dijawab segera bagi mengelakkan kekeliruan selain turut memberi kesan negatif terhadap kerajaan.

Beliau berkata, sebagai individu bertanggungjawab, Mohamed Salleh sepatutnya menjawab segala pertuduhan itu dan jika tidak mampu mempertahankan diri, beliau harus segera melepaskan jawatan.

Komen saya:

Pertama, adakah semasa kerajaan hendak memberi dana projek ladang lembu itu sudah tidak ada syarikat lain yang sama layak atau lebih layak berbanding yang dipengerusikan oleh suami seorang menteri?

Kedua, kenapa kerajaan seolah-olah tidak memantau perjalanan syarikat yang menggunakan dana RM250 juta duit kerajaan?

Ketiga, kenapa siasatan kes ini terlalu cepat dilakukan dan cepat pula didapati bersih kerana tidak ada penyelewengan dilakukan. Selalunya siasatan mengambil masa yang lama.

Bagi saya ini bukan masalah Salleh meletak jawatan atau tidak. Kalau dia meletak jawatan sekalipun, ini bukan menyelesaikan masalah selagi kerajaan tidak berhati-hati memantau segala dana yang diberikan. Kenapa pemimpin UMNO terlalu defensif sebelum hasil siasatan dikeluarkan? Seingat saya kenyataan Dr. Puad adalah yang paling berani dalam isu ini. UMNO perlu banyak pemimpin seperti Dr. Puad untuk menunjukkan kepada rakyat bahawa pemimpin UMNO berani mengkritik mereka yang ada kaitan dengan kerajaan. Yang banyak sekarang ialah cakap tidak serupa bikin.

4 comments:

  1. projek NFC dilulus dan diberi dana semasa era pemimpin yang selalu bercakap berkenaan `integriti`....

    ReplyDelete
  2. Ku Seman, 2011 sudah hampir melabuh tirai.. Saya sempat menjeling tirai-tirai catatan kayang daily post 2009 dan 2010.. saya amati ku seman rajin menulis 2009 (72 post) manakala 2010 (49 post).. tahun ini pula tak sampai lagi 49 post, cuma 45 post..makin tahun makin sikit.

    Teruskan menulis Ku seman, medium blog ini wadah kekal.. kerap2 jengah di sini dan cakar-cakar.. ada nilainya di sini walaupun medan blog ini bukan lubuk pendapatan tuan.

    kadang-kadang jariah itu datang dengan ibadah yang kita tak nampak :)

    ReplyDelete
  3. Terima kasih atas nasihat anda. Saya sendiri pun tak perasan jumlah posting itu. Kalau begitu nampaknya KPI saya makin menurun. Saya menulis di laman ini kerana tidak "mahir" menulis hal ehwal politik negara kita di akhbar. Rentaknya macam tak kena dengan kawan-kawan yang lain. Jadi saya pun tak menulis hal itu di akhbar, hanya setakat blog saja. Barangkali di laman ini saya boleh memperlihatkan apa yang sebenarnya berperang dalam jiwa saya.

    ReplyDelete
  4. Padanlah masa zaman Pak Lah, pergerakan Wanita macam tak kena je, yang salah tak ditegur, yang silap tak di perbetulkan, akhirnya terjawaplah sudah, kerana apa...rupanya ada udang disebalik batu.....opssss salah ada lembu didalam kondo rupanya....bikin malu orang penang je, bikin malu anak mami saja. Bayangkanlah anak mami yang didik dengan akhlak yang baik bersama dengan hukum agama, tapi sayang terjebak juga dengan perkara yang rendah moralnya. Belum kira lagi anak monyet, anak mamak, anak jawa, anak bajar,anak hindu, anak along, anak mansur dan macam macam anak orang yang ada dalam kabinet Najib.
    Yang pasti, masyarakat yang tak ada maruah dan akhlak yang rendah bermula daripada keluara anda, Sharizat Jalil.

    Janganlah nak ugut, saman orang, yang kutuk keluarga anda. Maklumat mengenai NFC, bukannya dikutip ditepi jalan, tapi datangnya dari laporan tahunan ketua audit negara.

    Dan janganlah angap Malaysia ni dan rakyatnya macam kat Zimbawe dan Mugabe, dan ugut nak saman, berundurlah anda dari UMNO.

    Anda tidak berjuang untuk UMNO, tapi anda gunakan untuk mendapatkan kekayaan diri sendiri.

    Anda ditolak oleh rakyat semasa pilihanraya dan anda sepatutnya bersara. Tapi Pak Dol tak ada akai, lantik anda sebagai senator dan menteri, dan anda gunkannya untuk kepentingan diri anda.

    Didunia ni anda mungkin licik dan terlepas macam anak monyet tu. Tapi diakhirat anda akan medapat balasan yang setimpal.

    Saya akan mengutuk anda di dunia ni dan mendakwa anda diakhirat kelak.

    Anda dan anak monyet tu bukan lah calon boleh menang. Ketua Pemuda dan Wanita UMNO, kedua duanya haprak dan nangka busuk yang perlu dibuang selama lamanya.

    Ingatlah UMNO jika anda ingin berjaya buanglah mereka yang ada perangai macam sharizat dan anak monyet tu, Kembalilah ke perjuangan asal, basmilah rasuah dan salah guna kuasa.



    MAAM, Jalan Kelang Lama.

    ReplyDelete