Monday, September 5, 2011

Kelab Putra 1Malaysia gila publisiti

<!--[if gte mso 9]> Normal 0 false false false EN-US X-NONE X-NONE MicrosoftInternetExplorer4

Apabila melihat begitu ramai wakil media yang dibawa ke Somalia untuk membuat liputan Presiden Kelab Putra 1Malaysia, Abdul Azeez Rahim sampaikan barang bantuan kepada rakyat Somalia, saya tertanya-tanya adalah ini satu perkelahan atau misi kemanusiaan? Untuk apa diberi liputan kerana penyampaian bantuan itu tidak perlu dihebah atau dihebohkan? Ia dihebah atau diheboh mungkin kerana di situ ada kepentingan untuk politik Abdul Azeez.

Pihak lain seperti Mercy bukan tidak pernah membawa bantuan kepada mangsa bencana atau perang di luar negara. Tetapi tidak pula membawa berpuluh wartawan untuk membuat liputan. Ini barangkali orang dalam Mercy tidak ada kepentingan politik. Matlamat Mercy untuk menyampaikan bantuan. Tetapi matlamat Abdul Azeez mungkin lain, antaranya hendak memberitahu rakyat Malaysia dia menjadi wira kemanusiaan di Somalia.

Orang selalu berkata, kalau tangan kanan memberi biarlah tangan kiri tidak tahu apa yang diberi. Tidak perlulah menghebah hebohkan kalau bantuan itu datang dari hati yang ikhlas. Nampaknya segala segi hendak dijadikan bahan meraih sokongan politik.

Isu terkorbannya seorang jurukamera Bernama TV tentulah ajal dan maut. Tetapi kalau Abdul Azeez tidak membawa wakil media orang pun tidak tahu Abdul Azeez membuat kerja-kerja amal di Somalia. Maka wakil media menjadi korban politik yang sebenarnya membuatkan orang semakin meluat kepada kecenderungan mengaut kepentingan politik cara begini.

Kalau Kelab Putra 1Malaysia hendak menyampaikan bantuan, mereka boleh pergi secara senyap tanpa publisiti yang melimpah ruah. Rakyat negara ini tidak perlu tahu apa yang kelab ini buat untuk membantu rakyat negara lain yang menderita.

Maka ini boleh dijadikan pengajaran, kalau hendak berbuat kebaikan di luar negara, tidak usahlah mempunyai agenda tersirat untuk kepentingan politik. Buatlah kerja dengan ikhlas sekalipun tidak ada sebaris berita tentang kerja itu.

3 comments:

  1. Saudara,

    Semasa banjir di Kedah baru baru ini, terdapat beberapa kumpulan mubaligh dari agama katolik dan buddha telah membuat lawatan kerumah mangsa mangsa banjir dipersekitaran bandar Alor Setar. Mereka telah menymbangkan bahan makanan dan duit kepada mangsa banjir secara senyap senyap tanpa sebarang publisiti. Ada ketikanya apabila bertembung dengan media, mereka lantas cepat cepat menolak untuk dirakamkan lawatan dan sumbangan mereka. Episod ini adalah pengajaran untuk kita semua termasuk Kelab Satu Malaysia..

    ReplyDelete
  2. Pendedahan Sdra Ramli Mohd Yunus itu sangat menginsafkan...harap harap pemimpin2 kita `kembali ke pangkal jalan`....

    ReplyDelete
  3. TOLONG BANTU ADIK SAYA SHEIKH FAIEZAN OMAR @ PAKTAM YANG TERKANDAS DI PENJARA DI TAIWAN..DIA SALAH SEORANG MANGSA KELDAI DADAH..BANTU LAH KAMI..KERANA KAMI MISKIN TIADA YANG NAK MELAYAN MASALAH KAMI KAH..???

    ReplyDelete